Zunita Ramli Profile picture
A Malaysian in Japan. Love to write, travel & skincare enthusiast.

Jul 30, 2021, 8 tweets

Mungkin ada juga yang tak tahu Jepun menggunakan 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020.

Rileks.
Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama.

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun

1. Jepun, adalah negara yang kurang sumber alam. Menjadi tuan rumah Olimpik bermakna, mereka memerlukan banyak sumber alam seperti emas, perak dan gangsa untuk buat pingat.

1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen misalnya.

2. Method kitar semula ini juga adalah salah satu inovasi Jepun dalam usaha “Green Technology” kitar semula bahan terpakai dan sekaligus menjimatkan sumber alam Jepun.

3. Katil atlet Tokyo Olimpik pula diperbuat dari kotak. Tapi bukan lah kotak biasa. Kotak ni boleh tahan sehingga berat 200kg.

Rasionalnya, selepas temasya Olimpik, kotak-kotak ini dapat di kitar semula dan dijadikan bahan lain, jadi tidak lah membazir kan?

4. Mungkin mengejutkan, mereka juga ambil berat tentang solat.

Trak lori diubah-suai jadi tempat solat yang selesa siap dengan tempat wudhu sekali yang dipanggil “Mobile Mosque”. Ini menjadikan Jepun negara penganjur Olimpik pertama yang menyediakan inisiatif seperti itu.

5. Menariknya, trak ni boleh bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mudah dan boleh extend seluas 48 meter persegi.

Benda ni membolehkan atlet yang bertanding dapat solat dengan mudah dan selesa.

6. Sebab tu walaupun hampir 80% rakyat Jepun membantah penganjuran Olimpik, tapi dengan segala persiapan yang dilakukan dan tiada arahan pembatalan dari pihak IOC, ia tetap dijalankan dengan pelbagai SOP yang ketat.

7. Nak buat macam mana,
Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Sponsor pun dah ramai tarik diri dengan kes Covid terus mencanak tinggi. But, the show must go on.

#CatatanZunitaDiJepun

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling