Peribahasa Melayu Berkenaan Katak.
Sebab katak dijangka akan dapat sambutan hangat dalam tempoh terdekat ni, jadi aku rasa macam nak tulis.
Kau orang nak baca tak? Ulang ciap (RT) dulu banyak², malam ni aku siapkan bebenang ni.
Kalau tak ada respons, tak jadilah!
1)Katak hendak jadi lembu.
Maksudnya;
Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.
2)Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.
Maksudnya; Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga
3)Katak di bawah tempurung.
Maksudnya;
Amat picik pengetahuannya
4)Laksana katak di harung ular.
Maksudnya: Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
5)Takkan ada katak beranakkan ular.
Maksudnya;
Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.
6)Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
Maksudnya;
Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.
7) Alim bagai katak di tepi air
Maksudnya; Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
8) Gajah mati dicatuk katak.
Maksudnya; Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan
9)Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.
Maksudnya; "Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak."
12) Terkilap-kilap bagai katak disemburi
Maksudnya: Orang yang diam saja dalam sesuatu perbincangan.
13)Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun.
Maksudnya; Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok
Demikianlah 13 peribahasa Melayu tentang katak, semoga bermanfaat dan jauhilah katak-katak politik yang pandai berkata-kata.
Rujukan; Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, DẞP
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.