Mohammad Faeez Harith Profile picture
Aug 6, 2021 13 tweets 4 min read Read on X
Peribahasa Melayu Berkenaan Katak.

Sebab katak dijangka akan dapat sambutan hangat dalam tempoh terdekat ni, jadi aku rasa macam nak tulis.

Kau orang nak baca tak? Ulang ciap (RT) dulu banyak², malam ni aku siapkan bebenang ni.

Kalau tak ada respons, tak jadilah!
1)Katak hendak jadi lembu.

Maksudnya;
Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.
2)Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.

Maksudnya; Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga
3)Katak di bawah tempurung.

Maksudnya;
Amat picik pengetahuannya
4)Laksana katak di harung ular.

Maksudnya: Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
5)Takkan ada katak beranakkan ular.
Maksudnya;
Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.
6)Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain

Maksudnya;
Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.
7) Alim bagai katak di tepi air

Maksudnya; Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
8) Gajah mati dicatuk katak.

Maksudnya; Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan
9)Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.

Maksudnya; "Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak."
12) Terkilap-kilap bagai katak disemburi

Maksudnya: Orang yang diam saja dalam sesuatu perbincangan.
13)Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun.

Maksudnya; Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok
Demikianlah 13 peribahasa Melayu tentang katak, semoga bermanfaat dan jauhilah katak-katak politik yang pandai berkata-kata.

Rujukan; Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, DẞP

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

Apr 22
Apa Berlaku Sejurus Kematian Paus (Pope)? Bahagian 1

Penafian: Bebenang ini untuk pendidikan dan pendedahan umum untuk mereka yang berminat tentang perbandingan agama.Yang tak berminat boleh abaikan dan jalan terus.

1) Apabila seorang Paus meninggal dunia, maka kematiannya... Image
...akan disahkan oleh seorang doktor dan Camerlango.Pada siri kematian sebahagian Paus yang terdahulu, doktor memeriksa nafas Paus dengan meletakkan cermin di bawah hidungnya untuk mengesan nafas.

Setelah disahkan doktor, Camerlengo akan menggunakan sebuah penukul kecil... Image
Image
...yang terbuat dari perak dan akan menyeru nama asal Paus tersebut (nama sebenar Paus Francis : Jose Mario Bergoglio) sambil menyuruhnya bangun sambil mengetukkan penukul itu ke dahi Paus.Setelah 3 kali proses ini berlaku, Camerlengo akan mengumumkan kematian Paus secara rasmi.
Read 13 tweets
Jul 12, 2024
Ada Apa Dengan 'Asyura?

'Asyura ialah hari ke-10 bulan Muharram yang memiliki berberapa kelebihan dan sejarah yang warid dari hadith-hadith, athar dan riwayat sejarah Islam.

Antara kelebihan 'Asyura;

1) Hari yang dicari keutamaan berpuasa padanya oleh Rasulullah ﷺ Image
Dari Sidna 'Abdullah ibn 'Abbas رضي الله عنهما و سلام الله عليهما katanya: "Aku tidak pernah melihat Nabi ﷺ bersegera dalam puasa kerana keutamaannya melainkan hari ini, iaitu hari 'Asyura dan dalam suatu bulan melainkan bulan Sya'ban"
2) Puasa 'Asyura merupakan puasa yang wajib sebelum pensyari'atan puasa Ramadan.

Sebagaimana disebutkan oleh Sidtina 'Aisyah bintu Abi Bakr رضي الله عنهما : Bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan orang ramai berpuasa pada hari 'Asyura sebelum turunnya perintah puasa Ramadan... Image
Read 11 tweets
Apr 7, 2024
Tanbih(hati-hati):
1) Tidak boleh jamak dan qasar di kampung jika kampung masih lagi dianggap watan asli.Watan Asli ni maksudnya tempat yang memang kita nak duduk balik di situ bila-bila dah habis belajar,berkerja dsb.Bila sudah balik ke watan asli meskipun tempoh…
… duduk kurang dari 3 hari sekalipun, masih dianggap sebagai orang yang mastautin, bukan musafir.

Melainkan orang yang memang kampungnya bukan lagi watan aslinya,dia dah beli/sewa kediaman di tempat lain dan dia berazam untuk tidak lagi mendiami kampung halamannya…
…pada masa akan datang, maka barulah tempoh dia berada di kampung itu sekiranya 3 hari atau kurang, dia adalah musafir.

Adik-adik pelajar IPT balik kampung tak boleh jamak qasar ye.Rumah mak abah tu masih watan asli kamu.

Watan asli suami/isteri pun dikira begitu.Bila…
Read 6 tweets
Mar 26, 2024
Zakat Fitrah Perempuan Bujang (Anak Dara/Janda/Balu/Ibu Tunggal) ; Siapa Yang Bayar?

1) Zakat Fitrah ialah ibadah badaniyyah iaitu ibadah yang diwajibkan ke atas individu yang memenuhi syarat-syaratnya dan tidak boleh dilaksanakan oleh orang lain tanpa izin empunya badan.
2) Syarat wajibnya zakat fitrah ke atas seseorang ialah ;
-Muslim
-Merdeka
-Punyai harta yang melebihi keperluan makan minumnya untuk malam raya dan hari raya.
-Sempat hidup pada kedua-dua tempoh Ramadan dan Awal Syawal walaupun seketika. Image
3) Bagi mereka yang nafqahnya ditanggung oleh Suami atau jika dia seorang bujang, dia dinafqahi oleh Usulnya (bapa, datuk dan ke atas) atau Furu’nya (anak, cucu ke bawah) zakat fitrah mereka dikeluarkan oleh orang yang menanggung nafqah mereka.
Read 9 tweets
Mar 9, 2024
Aku nak kasi korang ‘lifehack’ berguna untuk pastikan korang mesti dapat kelebihan Lailatul Qadr samada korang akan perasan atau tidak malam tu Lailatul Qadr.

1) Jaga sembahyang Isyak dengan Subub berjemaah.Sabit dalam hadith, sembahyang Isyak berjemaah dapat…
…pahala seperti qiyamullail separuh malam.Sembahyang Subuh berjemaah dapat pahala seperti qiyamullail sepanjang malam tak tidur.

2) Cari tabung-tabung sedekah dan peruntukkan paling tidak Rm 1 setiap malam Ramadan untuk korang sedekah.Tak dapat bagi Rm 1 bagi Rm 100.
3) Jangan tingggal baca doa Sidtina ‘Aisyah رضي الله عنها pada setiap malam Ramadan bermula lepas berbuka lagi.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Allahumma innaka ‘afuww tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
Orang haid nifas pun boleh baca.
Read 4 tweets
Jul 27, 2023
Peringkat Pensyariatan Puasa 'Asyura

Terdapat empat peringkat pensyariatan puasa 'Asyura.

Pertama;
Rasulullah ﷺ berpuasa pada hari 'Asyura semenjak berada di Mekah namun tidak memerintahkan orang lain agar berpuasa pada hari tersebut.
Berdasarkan hadith; Image
- Daripada sidtina A'isyah bahawa Hari 'Asyura merupakan hari yang berpuasanya orang-orang Quraisy sejak Jahiliyyah lagi dan demikian pula Rasulullah ﷺ juga berpuasa padanya, ketika tiba di Madinah barulah Baginda memerintahkan agar setiap daripada kaum Muslimin untuk...
...berpuasa pada hari 'Asyura sebelum daripada pensyariatan puasa Ramadan, yang mana setelah puasa Ramadan disyariatkan maka Rasulullah ﷺ memberi kelonggaran bagu sesiapa yang ingin berpuasa pada 'Asyura maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak ingin maka tidak perlu".
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(