Dr. Siv Azhar OStJ Profile picture
Hospital Administrator at the Ministry of Health Malaysia @kkmputrajaya. Federal Territory Chair of @sjamalaysia. @LSBU grad. Archer. 9W2AZV of @hamradioworld.

Aug 8, 2021, 13 tweets

Laporan WHO yang 5 hari yang lepas menunjukkan jumlah kes meningkat secara global, termasuk tanah air tercinta kita. (Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Kebangsaan)

Terdapat 4 faktor yang menyebabkan peningkatan ini:

Ini adalah bebenang…

1. Virus #COVID19 itu sendiri

Ia sangat berbahaya, lebih-lebih lagi varian mutasi #DeltaVariant kini punca kadar transmisi yang agresif (increased transmissibility).

Kajian ke atas sampel-sampel pesakit (Genomic surveillance) yang berwarna biru menunjukkan dalam beberapa minggu sahaja, #DeltaVariant ini mendominasi negara kita, menjawab kepada kes yang meningkat secara mendadak.
(Sumber: NIH KKM)

Faktor kedua adalah kontak sesama kita (social mixing)

Ramai di antara kita harus berulang ke tempat kerja mencari nafkah dan ke kedai membeli barang keperluan, maka kita terdedah kepada persekitaran dan juga kepada orang lain yang tidak kita ketahui statusnya.

Memandangkan ramai telah divaksinasi, maka mereka mungkin tiada symptom atau symptom ringan yang sembuh dalam masa singkat sahaja tanpa mereka sendiri sedari.

Aktiviti kehidupan harian kita boleh menyumbang kepada jangkitan silang antara satu sama lain samada disedari ataupun tidak. Oleh itu, berhati-hatilah di luar sana, termasuk ketika bekerja/berada dalam pejabat.

Ketiga, SOP-SOP sedia-ada tidak kita patuhi sepenuhnya.

Ketika berada di luar, kita digalakkan memakai pelitup muka berganda, bersihkan tangan, amalkan jarakkan fizikal yang baik, bersihkan tangan, mengelak tempat yang sesak, bersihkan tangan dan

adakan pengudaraan yang baik di tempat kerja dan juga di rumah.

“Kenapa sebut banyak kali pasal tangan ini, Dr?”
Kerana tangan kitalah pegang tombol pintu, telefon, mouse, keyboard, butang lif, rail tangga….

Dan yang keempat, dan paling mencabar bagi negara kita sekarang adalah #Vaksin.

Kita harus mendapatkan vaksin, agar kita mendapat sedikit sebanyak perlindungan dan ia boleh melindungi diri kita daripada penyakit COVID-19 yang serius.

Perlu diingat, Individu yang telah divaksin masih perlu mengamalkan langkah SOP yang saya sebut tadi sebelum imuniti kelompok dicapai.

Mengambil contoh pelaporan pada 2 Ogos baru ini (15,764 kes dilaporkan), didapati pesakit yang dijangkiti #COVID19 lebih ramainya belum divaksinasi (berwarna merah).

Bagi pesakit yang telah divaksinasi pula (warna hijau), mereka bergejala ringan dan alhamdullilah tidak tenat sehingga Kategori 5, berbanding dengan pesakit yang belum divaksinasi (warna merah).

Oleh itu, saya berpandangan kita semua perlu main peranan dan jaga diri dan keluarga kita masing-masing. Sepertimana dalam keadaan perang, kita akan melindungi diri kita dan orang tersayang kita. Amalkan SOP dan dapatkan vaksin.

#KitaJagaKita

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling