Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

Sep 6, 2021, 18 tweets

Prison Break : Versi Palestin

1/ Awal pagi tadi berlaku kejadian yang menggemparkan Penjajah Israel apabila 6 orang tawanan Palestin berjaya membebaskan diri mereka daripada penjara yang paling ketat di Israel, Gilboa dengan menggali terowong dari dalam penjara. Alhamdulillah!

2/ Tawanan yang berjaya melepaskan diri:

4 orang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah, 46 tahun. Muhammad Al-Aridah, 39 tahun. Ya'qub Qadiri, 39 tahun. Iham Kamamji, 35 tahun.

2 orang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi 45 tahun & Munadil 26 tahun.

3/ Gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara.

4/ Terowong yang digali oleh tawanan tawanan tersebut dari dalam penjara. Video telah disiarkan oleh pihak penjara Israel. Bagaimana mereka berjaya menggalinya tiada siapa yang tahu.

5/ Video lubang terowong yang digali dari dalam sel penjara. Penjara Gilboa adalah penjara yang paling ketat dan memiliki kawalan keselamatan yang paling canggih di Israel. Tetapi kerana kegigihan, tawanan berjaya melepaskan diri mereka. Alhamdulillah.

6/ Pakaian penjara yang dikoyakkan dan ditinggalkan oleh para tawanan setelah mereka berjaya membebaskan diri daripada penjara.

7/ Di pihak rakyat Palestin pembebasan ini disokong sepenuhnya. Penduduk di sekitar kawasan penjara diseru untuk menutup kamera keselamatan cctv dan memadam rakaman video hari ini untuk mengelakkkan tawanan tersebut daripada dijejaki.

8/ Pihak Penjara Gilboa memindahkan kesemua tahanan ke penjara lain untuk melakukan pemeriksaan yang menyeluruh terhadap penjara jika ada terowong terowong lain yang digali.

9/ Penjajah Zionis menggerakkan seluruh tenaga untuk menjejaki enam orang tawanan Palestin yang berjaya membebaskan diri. Sehingga kini mereka gagal mencari mereka. Tentera juga mengeluarkan arahan agar kawalan sempadan Gaza diperketatkan bagi mengelak tawanan pergi ke sana.

10/ Sehingga sekarang Israel seperti diserang penyakit gila kerana pembebasan tawanan ini amat memalukan mereka dan sehingga kini tawanan masih gagal dikesan. Kita doakan semoga semua tawanan tersebut dilindungi Allah SWT.

11/ Tawanan palestin di penjara Gilboa dipindahkan sementara ke penjara lain sehingga dapat dipastikan tiada terowong lain yang digali untuk mereka melepaskan diri daripada penjara. #نفاق_الحرية

Laporan Al-Quds network tentang kejadian 6 tawanan palestin berjaya membebaskan diri mereka hari ini. #نفاق_الحرية

Tiga orang daripada tawanan Palestin tersebut tertulis pada kad penjara mereka, “Highly To Escape”. Tetapi hari ini mereka berjaya melepaskan diri daripada penjara paling ketat Israel. Ini memberikan tamparan yang hebat terhadap sistem keselamatan Israel. #FreePalestine

Mereka menggali terowong menggunakan sudu. Salute!

Simulasi kejadian semalam.

Tambah kepingan puzzle baru.

Mastermind bagi Gilboa Escape Plan.

Perkembangan hari ini.

Israel masih gagal mengesan 6 tawanan Palestin yang berjaya membebaskan diri mereka semalam.

Akan datang lebih banyak lagi.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling