Zamir Mohyedin Profile picture
Physicist | Solid-state physics, quantum chemistry, radiation physics | TEDx Speaker | Columnist | Author (latest: GENESIS II) | 📩: zamirmohyedin@gmail.com

Oct 5, 2021, 9 tweets

Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.

Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.

#UntaianZM

1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.

Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.

Einstein meramalkan, pergerakan zarah ini terjadi kerana wujudnya molekul yang membuatkan zarah itu berlanggar dan menjadikan pergerakannya rawak. Semenjak itu, fizikawan mula mengambil serius dengan kewujudan atom. Sebelum itu sedikit orang yang percaya dengan kewujudannya.

Sejak itulah munculnya pelbagai model atom yang sering berubah ketika kurun ke-20 kerana fizikawan mula aktif melakukan eksperimen untuk membuktikan kewujudan atom dan menentukan strukturnya.

Apa yang dilakukan oleh Einstein sebenarnya menyambung bermula daripada Ludwig Boltzmann yang pertama kalinya meramalkan taburan zarah dan kelajuannya. Idea Boltzmann sebenarnya tidak begitu dipandang serius kerana saintis pada ketika itu tidak percaya dengan kewujudan zarah.

Tetapi legasinya oleh Einstein, Paul Dirac, Clerk Maxwell, Satyendra Nath Bose dan Enrico Fermi. Masing-masing mencipta model bagaimana pergerakan dan taburan rawak zarah dapat diramalkan. Semua model ini terletak di bawah payung fizik statistik atau mekanik statistik.

Amnya, sumbangan Giorgio Parisi yang menerima Hadiah Nobel Fizik 2021 hampir serupa, tetapi lebih sejagat (universal). Beliau mencipta model untuk memahami dan meramalkan mana-mana sistem fizikal alam yang rawak dan rumit dari skala atom hinggalah skala planet.

Sumbangannya tempias dari bidang fizik, sainsneuro, ekonomi, biologi hinggalah ke sains komputer dan kecerdasan buatan (artificial intellligence). Rukun utamanya adalah serumit dan serawak mana pun kejadian alam, pasti ada ketentuan disebaliknya, boleh diramalkan walaupun rawak.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling