Zamir Mohyedin Profile picture
Oct 5, 2021 9 tweets 4 min read Read on X
Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.

Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.

#UntaianZM
1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.
Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.
Einstein meramalkan, pergerakan zarah ini terjadi kerana wujudnya molekul yang membuatkan zarah itu berlanggar dan menjadikan pergerakannya rawak. Semenjak itu, fizikawan mula mengambil serius dengan kewujudan atom. Sebelum itu sedikit orang yang percaya dengan kewujudannya.
Sejak itulah munculnya pelbagai model atom yang sering berubah ketika kurun ke-20 kerana fizikawan mula aktif melakukan eksperimen untuk membuktikan kewujudan atom dan menentukan strukturnya.
Apa yang dilakukan oleh Einstein sebenarnya menyambung bermula daripada Ludwig Boltzmann yang pertama kalinya meramalkan taburan zarah dan kelajuannya. Idea Boltzmann sebenarnya tidak begitu dipandang serius kerana saintis pada ketika itu tidak percaya dengan kewujudan zarah.
Tetapi legasinya oleh Einstein, Paul Dirac, Clerk Maxwell, Satyendra Nath Bose dan Enrico Fermi. Masing-masing mencipta model bagaimana pergerakan dan taburan rawak zarah dapat diramalkan. Semua model ini terletak di bawah payung fizik statistik atau mekanik statistik.
Amnya, sumbangan Giorgio Parisi yang menerima Hadiah Nobel Fizik 2021 hampir serupa, tetapi lebih sejagat (universal). Beliau mencipta model untuk memahami dan meramalkan mana-mana sistem fizikal alam yang rawak dan rumit dari skala atom hinggalah skala planet.
Sumbangannya tempias dari bidang fizik, sainsneuro, ekonomi, biologi hinggalah ke sains komputer dan kecerdasan buatan (artificial intellligence). Rukun utamanya adalah serumit dan serawak mana pun kejadian alam, pasti ada ketentuan disebaliknya, boleh diramalkan walaupun rawak.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

Nov 30, 2023
Baik. Saya nak tunjuk yang Prof Bahasa Arab UIA ini reka cerita berdasarkan kertas kajiannya mengenai Keturah.

Mari kita tengok satu-satu. Ini bebenang.
Image
1. Ini kertas kajian beliau. Boleh muat turun secara percuma;

irep.iium.edu.my/65495/?fbclid=…
Image
2. Dakwaan Nabi Ibrahim a.s. ada Isteri bernama Keturah datang daripada Bible. Saya sebenarnya tak tahu sama ada Islam ada sebut pasal ini. Tapi sumber yang dia petik dari Bible. Tapi dalam Bible tak sebut isteri, ia sebut gundik (concubine). Image
Read 15 tweets
Jul 29, 2023
Saintis Korea mendakwa berjaya hasilkan adipengalir pada suhu bilik & bertekanan normal.

Ramai saintis teruja kerana adipengalir bersuhu bilik akan mengubah dunia kita pada hari ini.

Apa itu adipengalir? Kenapa adipengalir dapat mengubah dunia kalau bersuhu bilik?

#UntaianZM Image
Adipengalir adalah bahan yang dapat alirkan elektrik dengan lancar tanpa sebarang hadangan (resistance). Disebabkan ini, aliran elektrik akan mengalir tanpa melepaskan sisa-sisa haba (heat waste). Jadi, apa yang mengejutkan di sini? Image
Selama ini banyak perkakas elektrik kita pakai seperti komputer, modem WiFi, TV, telefon pintar dan pelbagai lagi akan hasilkan haba. Rasa panas-panas. Cuba bayangkan, dengan adi-pengalir, kita pakai telefon tak panas. Kipas pun tak payah pasang kat PC. Ini pun dah rasa syok. Image
Read 15 tweets
Jul 20, 2023
Orang susah hargai filem Oppenheimer (2023) kalau tak kenal saintis yang muncul dalam filem ini.

1. Robert Oppenheimer.

Dikenali "Bapa Bom Atom". Pengarah dalam projek merekacipta bom. Dia juga meramalkan kejadian lohong hitam akibat dari kematian bintang.

#UntaianZM Image
Sebelum itu, boleh baca berkenaan Projek Manhattan di bawah:

2. Ernest Lawrence.

Ahli fizik nuklear yang merupakan pencipta pemecut zarah termaju di dunia masa itu. Ciptaan ini membolehkannya menang Hadiah Nobel Fizik 1939.

Dalam Projek Manhattan, Lawrence bertanggungjawab mendapatkan isotop uranium sebagai bahan bom atom.
Image
Image
Read 17 tweets
Jul 14, 2023
Filem Oppenheimer akan ditayangkan pada 21 Julai nanti, korang kena tahu pasal Project Manhattan kalau tonton filem itu.

Ia projek cipta bom nuklear pertama dunia. Robert Oppenheimer adalah pengarah yang reka-bentuk bom sampai jadi.

Macam mana projek ini bermula?
#UntaianZM Image
Pada tahun 1938, saintis Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann jumpa yang atom boleh dibelah. Pembelahan itu menatijahkan penghasilan tenaga yang sangat kuat — kini dikenali sebagai pembelahan nuklear (nuclear fission). Image
Berita penemuan ini sebenarnya menimbulkan ketakutan pada ramai orang, terutamanya saintis. Mana tak takutnya kalau satu hari nanti Jerman fasis berjaya buat bom nuklear, habis sengsaralah manusia di seluruh dunia. Image
Read 26 tweets
Jun 17, 2023
Bedah Interstellar (2014) siri ke-1

Filem sains fiksyen terbaik pernah saya tonton. Konsep ruang-masa, lohong hitam, pengembaraan masa dll dipersembahkan dengan baik & tepat. Banyak benda boleh bedah. Antaranya, kenapa Cooper tak menua? Kenapa anaknya jauh lebih tua?

#UntaianZM Image
Jawapan ringkasnya disebabkan oleh dilasi masa (time dilation) yang berlaku disebab perbezaan daya graviti planet.

Apa kaitan graviti dengan masa?
Graviti terjadi akibat daripada lengkungan ruang-masa. Ruang-masa melengkung akibat keberadaan objek berjisim. Misalnya Matahari ada graviti kerana keberadaannya telah melengkungkan ruang-masa dan terjadinya graviti. Image
Read 14 tweets
May 7, 2023
Sekitar 30-60% manusia yang mempunyai gigi berhimpit (crooked/crowded). Gigi macam ini hanya terjadi pada manusia moden.

Gigi bongsu (wisdom teeth) manusia moden juga tak tumbuh menegak. Kenapa manusia moden ada gigi macam ini?

#UntaianZM Image
Sebabnya manusia moden mempunyai rahang yang kecil. Nak tahu tak leluhur kita dalam kalangan pemburu mempunyai rahang yang besar, tuntas menjadikan gigi mereka tersusun rapi dan sempurna.

Gigi mereka tidak berhmpit dan bertindih. Gigi bongsu mereka tumbuh menegak. Image
Kenapa rahang kita lebih kecil berbanding leluhur kita? Sebab diet pemakanan. Leluhur kita banyak makanan yang liat dan keras, menjadikan rahang mereka lebih besar.

Sejak manusia mula bertani 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia jadi lembut dan mudah dikunyah. Image
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(