BERNAMA Profile picture
Agensi Berita Nasional Malaysia, sejak 1967 / The Malaysian National News Agency, since 1967 - SUMBER BERITA KEPERCAYAAN ANDA / YOUR TRUSTED NEWS SOURCE

Nov 2, 2021, 24 tweets

[Thread] Keputusan akhir kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui hari ini.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan untuk mengetahui nasib 18 penuntut yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan #Zulfarhan

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi ini.

Ia sekaligus akan menjawab segala pertanyaan seluruh rakyat Malaysia sama ada 18 penuntut berkenaan didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan

' #justice4farhan'
' #sayNOtoBULLY '
' #humanity '

Ibu bapa #Zulfarhan tiba di Kompleks Mahkamah KL untuk mendengar keputusan kes pembunuhan anak mereka pagi ini

Kedua-dua mereka kelihatan tenang.

[Video] “Moga Allah SWT makbulkan permintaan kami supaya Farhan Osman (Zulfarhan) mendapat pembelaan yang sewajarnya”.

Reaksi sebak ibu kepada arwah #Zulfarhan, Hawa Osman ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

Mengimbau kembali kes yang pernah menggemparkan tanah air ini, Zulfarhan Osman berusia 21 tahun pada waktu kejadian telah ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi pada 22 Mei 2017

"Zulfarhan jerit, tarik kaki semasa ditekap seterika wap"

"Zulfarhan juga menjerit 'jangan buat lagi!',"

Itu antara kenyataan tertuduh kelima di mahkamah.

Perbuatan tertuduh menyebabkan pegawai kadet laut #Zulfarhan menderita melecur di bahagian dada, tangan dan kaki

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi KL merumuskan punca kematian disebabkan jangkitan kuman di dada & luka lecur utama 'sequela'

Jenazah #Zulfarhan dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru selepas solat jenazah di Masjid UniTEN.

Jenazah #Zulfarhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru

Susulan kes itu, 36 individu berusia 20 hingga 21 tahun terdiri daripada penuntut UPNM dan UNITEN ditahan bagi membantu siasatan

Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM & dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan & penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019

Lima tertuduh iaitu

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
Muhammad Azamuddin Mad Sofi
Muhammad Najib Mohd Razi
Muhammad Afif Najmudin Azahat
Mohamad Shobirin Sabri

berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Pertuduhan adalah di bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha.....

....Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman & Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Al Fatihah buat Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

[TERKINI] Enam penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain

[TERKINI] 18 penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan cederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain

[Berita] Enam penuntut UPNM didapati bersalah sebabkan kematian Zulfarhan Osman bernama.com/bm/jenayah_mah…

[TERKINI] Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain

[TERKINI] 17 penuntut UPNM dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana cederakan #Zulfarhan Osman Zulkarnain

[Video] "Jangan jadi pembuli.. ia boleh hilangkan nyawa, kesannya kepada ibu bapa, seperti saya telah kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga,".

Itu reaksi bapa #Zulfarhan, Zulkarnain Idros selepas mendengar keputusan kes pembunuhan anaknya di Kompleks Mahkamah KL

“Ya, kami akan memfailkan rayuan.”

Kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh

#Zulfarhan

bernama.com/bm/jenayah_mah…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling