BERNAMA Profile picture
Nov 2, 2021 24 tweets 10 min read Read on X
[Thread] Keputusan akhir kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui hari ini.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan untuk mengetahui nasib 18 penuntut yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan #Zulfarhan
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi ini.

Ia sekaligus akan menjawab segala pertanyaan seluruh rakyat Malaysia sama ada 18 penuntut berkenaan didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan
' #justice4farhan'
' #sayNOtoBULLY '
' #humanity '

Ibu bapa #Zulfarhan tiba di Kompleks Mahkamah KL untuk mendengar keputusan kes pembunuhan anak mereka pagi ini

Kedua-dua mereka kelihatan tenang.
[Video] “Moga Allah SWT makbulkan permintaan kami supaya Farhan Osman (Zulfarhan) mendapat pembelaan yang sewajarnya”.

Reaksi sebak ibu kepada arwah #Zulfarhan, Hawa Osman ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.
Mengimbau kembali kes yang pernah menggemparkan tanah air ini, Zulfarhan Osman berusia 21 tahun pada waktu kejadian telah ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi pada 22 Mei 2017
"Zulfarhan jerit, tarik kaki semasa ditekap seterika wap"

"Zulfarhan juga menjerit 'jangan buat lagi!',"

Itu antara kenyataan tertuduh kelima di mahkamah.

Perbuatan tertuduh menyebabkan pegawai kadet laut #Zulfarhan menderita melecur di bahagian dada, tangan dan kaki
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi KL merumuskan punca kematian disebabkan jangkitan kuman di dada & luka lecur utama 'sequela'
Jenazah #Zulfarhan dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru selepas solat jenazah di Masjid UniTEN.
Jenazah #Zulfarhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru

Susulan kes itu, 36 individu berusia 20 hingga 21 tahun terdiri daripada penuntut UPNM dan UNITEN ditahan bagi membantu siasatan
Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM & dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan & penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019
Lima tertuduh iaitu

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
Muhammad Azamuddin Mad Sofi
Muhammad Najib Mohd Razi
Muhammad Afif Najmudin Azahat
Mohamad Shobirin Sabri

berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Pertuduhan adalah di bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha.....
....Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman & Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.
Pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Al Fatihah buat Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
[TERKINI] Enam penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[TERKINI] 18 penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan cederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain
[Berita] Enam penuntut UPNM didapati bersalah sebabkan kematian Zulfarhan Osman bernama.com/bm/jenayah_mah…
[TERKINI] Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[TERKINI] 17 penuntut UPNM dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana cederakan #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[Video] "Jangan jadi pembuli.. ia boleh hilangkan nyawa, kesannya kepada ibu bapa, seperti saya telah kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga,".

Itu reaksi bapa #Zulfarhan, Zulkarnain Idros selepas mendengar keputusan kes pembunuhan anaknya di Kompleks Mahkamah KL
“Ya, kami akan memfailkan rayuan.”

Kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh

#Zulfarhan

bernama.com/bm/jenayah_mah…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with BERNAMA

BERNAMA Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @bernamadotcom

Dec 18, 2022
#HuluTerengganu Seorang penduduk, Osman Ibrahim, 37, menyelamatkan seekor lembu peliharaannya ketika kawasan itu dinaiki air berikutan hujan lebat di Kampung Tengkawan hari ini.

📸Mohd Shafiq Ambak | BERNAMA
Penduduk beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan #banjir.

Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan, antara stesen mencatat aras air bahaya setakat jam 8 pagi tadi ialah Stesen Sungai Telemong di Kampung Sungai Ping dan Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu.
Read 5 tweets
Dec 18, 2022
7:40 pagi: Suasana sekitar pusat operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm hari ini.

📹 Syed Iylia | Digital Media BERNAMA

#TanahRuntuhBatangKali
Agensi Pengurusan Bencana Negara @mynadma membawa satu unit alat ‘Ground Penetrating Radar’ ke lokasi operasi mencari dan menyelamat bagi membantu usaha mengesan mangsa di dalam tanah menerusi refleks gelombang.

📹 Syed Iylia | Digital Media BERNAMA

#TanahRuntuhBatangKali
📌Ground Penetrating Radar digunakan untuk kesan mangsa tanah runtuh Batang Kali yang dikhuatiri tertimbus - Pengarah Bomba Selangor

📌Tanah runtuh: Waris mangsa diminta ke Hospital Sg Buloh bantu proses pengecaman mayat - Polis

#TanahRuntuhBatangKali
Read 12 tweets
Dec 17, 2022
Kronologi tanah runtuh di seluruh negara sepanjang 2022

#BernamaTerangkan
7 kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan 6 kawasan di Selangor & satu di Negeri Sembilan

#BernamaTerangkan
Pada 15 Mei, 2 wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

#BernamaTerangkan
Read 8 tweets
Dec 17, 2022
Sebuah trak polis dipercayai membawa mayat ke-22 dan 23 kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2.38 petang ini.

📹 Marfika Adnan | BERNAMA
#TanahRuntuh #BatangKali

Tanah runtuh: Dua lagi mangsa ditemukan, angka korban meningkat 23 orang

bernama.com/bm/am/news.php…
#TanahRuntuh #BatangKali

TUDM sedia bantu operasi SAR tanah runtuh di Batang Kali

@tudm_rasmi

bernama.com/bm/am/news.php…
Read 14 tweets
Dec 17, 2022
Kenderaan polis dipercayai membawa dua lagi mangsa yang ditemukan di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk dibawa ke hospital.

📹 Syed Ilylia | BERNAMA
#TanahRuntuh #BatangKali

Sebuah lagi jentera pengaut tiba di lokasi kejadian tanah runtuh bagi mempercepatkan usaha mencari & menyelamat.

Ini menjadikan 4 jentera pengaut digunakan dalam operasi hari ini.

📹 Syed Iylia/BERNAMA
#TanahRuntuh : Dua mayat ditemukan hari ini dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, pengecaman - JPBM Selangor #batangkali
Read 5 tweets
Dec 17, 2022
1/10
Fakta utama penubuhan kerajaan perpaduan

#BernamaTerangkan
2/10
Fakta utama penubuhan kerajaan perpaduan

#BernamaTerangkan
3/10
Fakta utama penubuhan kerajaan perpaduan

#BernamaTerangkan
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(