Hilal Asyraf Profile picture
Pemilik Hilal Asyraf Resources(002572057-W) - Penerbit - Penulis. Untuk dapatkan karya-karya Hilal Asyraf -https://t.co/83N6qnxTDA

Dec 13, 2021, 13 tweets

PERTANDINGAN MELUKIS FANART WIRA CILIK

Sempena pelancaran tempahan set novel Wira Cilik pada 15 Disember 2021 ini, kami akan menganjurkan pertandingan #wiracilikfanart !

Di sini kami sertakan perincian Pertandingan FanArt Wira Cilik!

10 lukisan akan dipilih sebagai pemenang. 5 lukisan terbaik akan membawa pulang wang ringgit berjumlah RM200 setiap seorang, dan 5 lagi penyertaan berpeluang memenangi hadiah saguhati berjumlah RM100 setiap seorang.

Bagaimanakah setiap penyertaan akan dinilai? Lukisan fanart anda akan dinilai oleh barisan pengkarya Wira CIlik iaitu:

Penulis - @khairul_exodus
Penulis - @violety_velvet
Pelukis - @haikalkus
Pelukis - @aminimint
Pelukis - @kirinlukis
Pelukis - @nen_isa
Pelukis - @fizzyfiz

Setiap juri akan menilai dan memberi markah dan penyertaan dengan markah tertinggi dari keseluruhan jumlah markah tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang!

Terma dan syarat

1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia SAHAJA.

2. Digalakkan untuk follow Page Facebook Hilal Asyraf(Official) atau Twitter Hilal Asyraf untuk mengikut rapat pengumuman terkini.

3. Pertandingan berlangsung bermula dari 13 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021, jam 11:59 pm.

4. Ilustrasi adalah berdasarkan watak-watak daripada novel Wira Cilik; rujukan dan penerangan bagi setiap karakter akan dilampirkan di dalam posting pautan ini atau pada link -

drive.google.com/drive/folders/…

5. Para pelukis boleh melukis satu atau LEBIH dari satu watak bagi setiap ilustrasi

6. Para pelukis boleh mengilustrasikan mengikut kreativiti masing-masing selagi mana TIDAK MENCIPLAK atau TRACING mana-mana karya atau ilustrasi selain dari Wira Cilik.

7. Ilustrasi tanpa warna atau berwarna tetap diterima.

8. Medium bebas, samada secara tradisional atau secara digital.

9. TIADA HAD penyertaan; para pelukis boleh menghantar seberapa banyak karya, tetapi hanya SATU penyertaan yang terbaik yang akan dipilih sebagai pemenang.

10. Tema lukisan adalah bebas, asalkan tidak menyentuh unsur-unsur sensitif seperti politik, keagamaan, keganasan, seksual dan seumpamanya. Lukisan juga perlulah menepati syariat dan juga mesra/selamat buat tatapan semua peringkat umur.

11. Pihak penganjur BERHAK untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

12. Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak penganjur SAHAJA untuk menggunakan penyertaan yang telah anda hantarkan.

13. Lukisan Pemenang adalah hak pemenang, tetapi penganjur berhak menggunakannya untuk tujuan promosi Wira Cilik. Namun begitu, apabila digunakan, karya berkenaan akan tetap menerima pengiktirafan (credits) yakni, siapa yang telah menghasilkannya.

Karya TIDAK AKAN digunakan untuk menjadi merchandise atau dicetak untuk dijual oleh pihak penganjur tanpa kebenaran pengkarya.

14. Anda WAJIB post pada sosial media masing-masing dengan #wiracilikfanart dan hantarkan penyertaan anda melalui pautan ini.

Dan pastikan akaun anda tidak ‘private’ agar kami dapat melihat hasil karya anda.

15. Anda WAJIB menghantar ilustrasi dan Isikan maklumat anda dalam link di bawah dengan betul.

forms.gle/pVy6NfZ7CR9aWr…

Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini!
Semoga berjaya!
😁😁😁

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling