Sempena pelancaran tempahan set novel Wira Cilik pada 15 Disember 2021 ini, kami akan menganjurkan pertandingan #wiracilikfanart !
Di sini kami sertakan perincian Pertandingan FanArt Wira Cilik!
10 lukisan akan dipilih sebagai pemenang. 5 lukisan terbaik akan membawa pulang wang ringgit berjumlah RM200 setiap seorang, dan 5 lagi penyertaan berpeluang memenangi hadiah saguhati berjumlah RM100 setiap seorang.
Bagaimanakah setiap penyertaan akan dinilai? Lukisan fanart anda akan dinilai oleh barisan pengkarya Wira CIlik iaitu:
Setiap juri akan menilai dan memberi markah dan penyertaan dengan markah tertinggi dari keseluruhan jumlah markah tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang!
Terma dan syarat
1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia SAHAJA.
2. Digalakkan untuk follow Page Facebook Hilal Asyraf(Official) atau Twitter Hilal Asyraf untuk mengikut rapat pengumuman terkini.
3. Pertandingan berlangsung bermula dari 13 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021, jam 11:59 pm.
4. Ilustrasi adalah berdasarkan watak-watak daripada novel Wira Cilik; rujukan dan penerangan bagi setiap karakter akan dilampirkan di dalam posting pautan ini atau pada link -
5. Para pelukis boleh melukis satu atau LEBIH dari satu watak bagi setiap ilustrasi
6. Para pelukis boleh mengilustrasikan mengikut kreativiti masing-masing selagi mana TIDAK MENCIPLAK atau TRACING mana-mana karya atau ilustrasi selain dari Wira Cilik.
7. Ilustrasi tanpa warna atau berwarna tetap diterima.
8. Medium bebas, samada secara tradisional atau secara digital.
9. TIADA HAD penyertaan; para pelukis boleh menghantar seberapa banyak karya, tetapi hanya SATU penyertaan yang terbaik yang akan dipilih sebagai pemenang.
10. Tema lukisan adalah bebas, asalkan tidak menyentuh unsur-unsur sensitif seperti politik, keagamaan, keganasan, seksual dan seumpamanya. Lukisan juga perlulah menepati syariat dan juga mesra/selamat buat tatapan semua peringkat umur.
11. Pihak penganjur BERHAK untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
12. Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak penganjur SAHAJA untuk menggunakan penyertaan yang telah anda hantarkan.
13. Lukisan Pemenang adalah hak pemenang, tetapi penganjur berhak menggunakannya untuk tujuan promosi Wira Cilik. Namun begitu, apabila digunakan, karya berkenaan akan tetap menerima pengiktirafan (credits) yakni, siapa yang telah menghasilkannya.
Karya TIDAK AKAN digunakan untuk menjadi merchandise atau dicetak untuk dijual oleh pihak penganjur tanpa kebenaran pengkarya.
14. Anda WAJIB post pada sosial media masing-masing dengan #wiracilikfanart dan hantarkan penyertaan anda melalui pautan ini.
Dan pastikan akaun anda tidak ‘private’ agar kami dapat melihat hasil karya anda.
15. Anda WAJIB menghantar ilustrasi dan Isikan maklumat anda dalam link di bawah dengan betul.
Novel Relasi & Terasing merupakan manuskrip terawal yang pernah saya karang. Masa itu, kedua-dua novel ini sebenarnya dalam satu manuskrip. Karya inilah yang saya karang semasa saya menjadi guru sandaran selepas SPM dahulu. Kedua-duanya bertemakan persahabatan.
Novel Sinergi pula antara karya saya yang terhangat dahulu. Terbit tahun 2010 jika saya tidak silap. Saya karang semasa saya masih belajar di Jordan. Tema persahabatan, dan latarnya merupakan Irbid, Jordan, tempat saya belajar.
Teguran dan pandangan pembaca sangat hargai. Saya maklum saya ada banyak kekurangan. Tak perlu minta maaf atau rasa serba tak kena bila menyentuh kekurangan-kekurangan karya saya.
Sebab saya terima seadanya.
Cuma jangan salah anggap jika kadang2 saya menjawab atau membalas...
... kembali apa yang diutarakan.
Saya tak berniat nak timbulkan rasa tak selesa kepada para pembaca.
Kadang sebab saya rasa tu peluang berbual, bertukar pandangan, dan sebagai penulis, saya kadang nak berkongsi dgn pembaca proses pemikiran & sebab saya dalam buat sesuatu itu.
Cuma biasanya bila saya berbalas pandangan dengan pembaca secara terus, ada pula yang cakap saya keras kepala, tak boleh terima pendapat, hanya tahu menjawab dll.
Pada perspektif saya, perbezaan pendapat itu sihat. Saya belajar byk dari pembaca2 yg berbeza pendapat dengan saya.
Antara ulasan terawal berkait Nirnama, ada yang mengkritik perihal kesempurnaannya.
Jadi saya ada tulis berkenaan hal ini.
Bagi saya lah, Nirnama tak sempurna. Dia sekadar orang yang berusaha, kerana sedar dia sedang membawa sesuatu yang besar. Dia sudah dilatih sekian lama.
Bagi saya watak macam Nirnama tu tak pelik, sebab dalam kehidupan saya ada beberapa orang saya kenal begitu.
Saya pernah nyatakan, Nirnama ini antara inspirasi besar wataknya merupakan datuk saya, Hj Salleh bin Hj Kassim.
Setakat cerita-cerita saya dengar berkenaan dia ...
... dia orangnya seperti Nirnama itu.
Nirnama bukan budak, dia sudah berumur 30 tahun. Dia melalui tragedi yang sangat memberikan kesan kepada jiwa dan mindanya. Dia kemudian dilatih di tempat terpencil, dengan fokus dan tujuan yang besar.
🟦Novel Nirnama versi rumi & jawi!
Harga asal versi rumi: RM75.00 sekarang RM70.00
Harga asal versi jawi: RM90.00 sekarang RM85.00
Nirnama mengisahkan kelana seorang pendekar tanpa nama di Tanah Semenanjung, kala tempat itu dicengkam kekuasaan seorang Sultan bernama Jagat Suci.
🟦Siri Saga HERO - harga asal RM150, sekarang jadi RM85 sahaja!
Saga HERO ni macam MCU. 4 novel pertama tu fasal 4 watak utama yang berbeza. Mereka kemudian bergabung di novel terakhir untuk gagalkan misi orang jahat nak rentas masa bunuh Rasulullah!
🟦Novel Nirnama versi rumi & jawi!
Harga asal versi rumi: RM75.00 sekarang RM70.00
Harga asal versi jawi: RM90.00 sekarang RM85.00
Nirnama mengisahkan kelana seorang pendekar tanpa nama di Tanah Semenanjung, kala tempat itu dicengkam kekuasaan seorang Sultan bernama Jagat Suci.
🟦Siri Saga HERO - harga asal RM150, sekarang jadi RM85 sahaja!
Saga HERO ni macam MCU. 4 novel pertama tu fasal 4 watak utama yang berbeza. Mereka kemudian bergabung di novel terakhir untuk gagalkan misi orang jahat nak rentas masa bunuh Rasulullah!