Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

May 19, 2022, 18 tweets

"Macam mana nak eja ABC dalam tulisan Cina?"

Tulisan Cina tak dapat dieja sebab tak wujud huruf/abjad Cina.

Apa yg wujud ialah "karakter". Kalau nak tulis "kuda", kena tulis 馬. Nak tulis "gunung", kena tulis 山.

Karakter2 ni sebenarnya berasal drpd lukisan.

#1Hari1TriviaKTC

Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.

Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.

Jiaguwen ini kemudian jadi makin ringkas, dan diselaraskan menjadi Zhuanshu (篆書) pada zaman Qin (221-204 SM). Kemudian pada zaman Han Timur (25-220), muncul Kaishu (楷書) yang dipakai sampai hari ini.

Tulisan Cina dalam bentuk asal adalah bersifat piktogram atau 象形(xiangxing). Piktogram ni macam gambar (picture - pictogram). Orang yang menulis tu lukis apa yang dia nampak. Nak tulis "kuda", lukis kuda. Nak tulis "ikan", lukis ikan. Nak tulis "matahari", lukis matahari.

Tapi piktogram tak dapat gambarkan konsep yang lebih rumit, maka karakter bersifat "ideogram" atau 指事 (zhishi) yang melambangkan idea (idea - ideogram) abstrak juga diperkenalkan.

Contoh ideogram ni macam nak tulis satu, buat satu line. Nak tulis dua, maka buat dua line. "Satu" dan "dua"ni bukan benda yang wujud tapi konsep/idea. "Atas" dan "bawah" juga adalah konsep/idea.

Ideogram juga dapat dihasilkan dengan menggabungkan piktogram. "Tangan atas mata" tu merujuk kepada aksi melihat. "Orang yang bersandar pada pokok" merujuk kepada aksi rehat. "Dua tangan yang saling berpegangan" merujuk kepada kawan. Lain macam kawan pegang tangan.

Ideogram bagi lelaki bermaksud "orang yang bajak sawah" sebab bajak sawah tu kerja lelaki dulu. Manakala ideogram bagi perempuan bermaksud orang yang duduk dengan gaya ayu & sopan. "Rumah yang ada perempuan" memberi gambaran suasana sejahtera.

Tapi ni dulu lah.

Selain piktogram & ideogram, terdapat karakter bersifat "phono-semantic compound" atau 形聲 (xingsheng). Karakter jenis ini ada 2 bahagian, satu melambangkan rupa (xing) atau sifat, satu lagi melambangkan bunyi (sheng).

Ayam, itik ni semua ada 鳥 sebab dlm kategori burung.

Sistem tulisan Cina ini dipakai untuk masa 2,000 tahun dan tak pernah ubah sejak zaman Han. Ini merupakan sebab utama tamadun dan budaya Cina dapat bertahan dan diwarisi dari generasi ke generasi tanpa putus.

Kebanyakan orang Cina hari ini tak ada masalah langsung untuk baca buku zaman Han. Tapi hanya insan terpilih je mampu baca BM zaman Srivijaya sebab tulisan dah tak sama.

Tapi kekurangan terbesar tulisan Cina ini ialah memakan masa untuk menulis. Kalau satu "stroke" (garisan karakter) tu ambil masa 0.5 saat untuk ditulis, nak tulis perkataan "murung" tu pun kena ambil masa 15 saat. Macam mana tak murung jadinya.

Jadi, tulisan ringkas atau 简体字 (jiantizi) diperkenalkan pada 1930an oleh Republik China (ROC) bagi memudahkan penulisan Bahasa Cina. Tapi ROC tak sempat nak kuatkuasa dah kena berperang dengan Jepun.

Hanya selepas ROC digantikan oleh kerajaan komunis Republik Rakyat China (PRC) pada 1949, baru Jiantizi dikuatkuasakan di seluruh China. Manakala Taiwan yang masih ditadbir oleh ROC dan Hong Kong di bawah penjajahan British tak pakai Jiantizi & kekal pakai tulisan tradisional.

Sekolah di Malaysia dan Singapura ajar tulisan ringkas. Tapi ramai masih dapat baca dan tulis tulisan tradisional sebab pengaruh budaya Taiwan dan Hong Kong. Ada juga yang kekal pakai tulisan tradisional atas alasan tulisan ringkas tak indah dan "merosakkan" tulisan.

Tulisan Cina juga pernah dipakai di Korea dan Vietnam, dipanggil sebagai Hanja dan Chữ Hán. Manakala Jepun masih kekalkan tulisan Cina (dipanggil Kanji) sebab sifat Bahasa Jepun tu lagi senang pakai Kanji berbanding Hiragana/Katakana.

"Hanja", "Chữ Hán", "Kanji" ni semua merujuk kpd Hanzi (漢字) iaitu nama rasmi bagi tulisan Cina yg bermaksud "tulisan orang Han". Kaum bukan Han di China seperti Mongol, Manchu & Tibet juga ada tulisan masing-masing.

Nak tau more, beli & baca KTC:

bit.ly/KTCAyman

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling