Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

May 21, 2022, 13 tweets

Islam berkembang dengan pesat di China pada zaman Ming (1368-1644).

Zhu Yuanzhang dan anak cucunya membenarkan Muslim untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka, cuma dengan syarat ikut adat Cina Han.

Maka lahirlah etnik baharu yang bernama Hui (回).

#1Hari1TriviaKTC

Nenek moyang orang Hui merupakan orang Asia Tengah yang memasuki China semasa zaman pemerintahan Mongol di China (1234-1368). Kebanyakan mereka menetap di kawasan barat laut (seperti Gansu dan Ningxia) dan selatan (Yunnan). Di kawasan utara seperti Beijing juga ramai.

Zheng He iaitu pelayar terkenal pada zaman Ming adalah orang Hui dari keturunan orang Asia Tengah. Leluhurnya Sayyid Ajall Shams al-Din Omar berasal dari Bukhara dan dilantik sebagai gabenor Yunnan oleh kerajaan Mongol.

Di zaman Ming, Muslim Asia Tengah ni tak boleh pakai nama eksotik macam Shams al-Din lagi. Kebanyakan pilih Ma (馬) sebagai nama keluarga mereka yang merupakan singkatan kepada Muhammad (馬哈麻). Ada juga yang pakai Ding (丁) sebagai singkatan kepada nama berakhir dengan -din.

Dasar asmilasi Ming tidak menjadi penghalang kepada perkembangan Islam. Malah ramai orang Han juga convert ke dalam Islam.

Akibat kahwin campur antara Hui dan Han, ramai orang Hui dari segi rupa dah tak ada beza dengan orang Han.

Orang Hui memakai Bahasa Cina (Bahasa Han) dalam kehidupan seharian. Tulisan Xiaoerjing (小兒經) dicipta bagi menulis Bahasa Cina dalam aksara Arab (fungsi sama macam Jawi).

Contoh mcm tafsir surah at-Takwir (太克威尔) yg ditulis dalam Xiaoerjing dlm gambar ni.

Dalam kosa kata orang Hui ada banyak istilah Parsi (yang dipakai di Asia Tengah). Seperti solat dipanggil naimazi (dari "namaz"), imam dipanggol "ahong" (dari "akhund"), dan azan dipanggil "bangke" (dari "bang").

Semua Muslim di China dikenali sebagai Hui sehingga kerajaan Qing (pengganti Ming) menakluk Xinjiang pada tahun 1759. Dengan itu ramai kaum beragama Islam spt Uyghur, Kazakh, Kyrgyz dan Tajik juga diletakkan di bawah pemerintahan China.

Berbeza dengan Hui pada zaman Ming, mereka tak mengalami proses asimilasi Han sebab pemerintah Qing adalah orang Manchu. Walaupun kerajaan Qing juga mengkategorikan mereka sebagai Hui, mereka lebih berpegang kpd identiti masing2.

Selepas penubuhan PRC pada 1949, kaum-kaum Muslim (Hui) dikategorikan semula. Mereka yang beragama Islam tapi mengamalkan budaya Han dikategorikan sebagai Hui, yang ada bahasa dan budaya sendiri dikategorikan ikut bahasa/budaya masing2.

Macam Jiang Xin (蔣欣) dan Liu Shishi (劉詩詩) adalah orang Hui yang memakai nama Cina Han. Manakala Dilraba dan Gilnazar tak dikira sbg orang Hui sebab beridentitikan Uyghur.

Istilah Hui Jiao (回教) juga mula digantikan dengan Yisilan Jiao (伊斯蘭教) kerana tidak sesuai panggil Islam sebagai "agama orang Hui" semata-mata.

Disebabkan Hui telah menjadi satu kategori etnik, jadi Hui yang tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam tetap dianggap sebagai Hui.

Nak tau more, beli & baca Kitab Tamadun Cina:

bit.ly/KTCAyman

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling