Nenek moyang orang Hui merupakan orang Asia Tengah yang memasuki China semasa zaman pemerintahan Mongol di China (1234-1368). Kebanyakan mereka menetap di kawasan barat laut (seperti Gansu dan Ningxia) dan selatan (Yunnan). Di kawasan utara seperti Beijing juga ramai.
Zheng He iaitu pelayar terkenal pada zaman Ming adalah orang Hui dari keturunan orang Asia Tengah. Leluhurnya Sayyid Ajall Shams al-Din Omar berasal dari Bukhara dan dilantik sebagai gabenor Yunnan oleh kerajaan Mongol.
Di zaman Ming, Muslim Asia Tengah ni tak boleh pakai nama eksotik macam Shams al-Din lagi. Kebanyakan pilih Ma (馬) sebagai nama keluarga mereka yang merupakan singkatan kepada Muhammad (馬哈麻). Ada juga yang pakai Ding (丁) sebagai singkatan kepada nama berakhir dengan -din.
Dasar asmilasi Ming tidak menjadi penghalang kepada perkembangan Islam. Malah ramai orang Han juga convert ke dalam Islam.
Akibat kahwin campur antara Hui dan Han, ramai orang Hui dari segi rupa dah tak ada beza dengan orang Han.
Orang Hui memakai Bahasa Cina (Bahasa Han) dalam kehidupan seharian. Tulisan Xiaoerjing (小兒經) dicipta bagi menulis Bahasa Cina dalam aksara Arab (fungsi sama macam Jawi).
Contoh mcm tafsir surah at-Takwir (太克威尔) yg ditulis dalam Xiaoerjing dlm gambar ni.
Dalam kosa kata orang Hui ada banyak istilah Parsi (yang dipakai di Asia Tengah). Seperti solat dipanggil naimazi (dari "namaz"), imam dipanggol "ahong" (dari "akhund"), dan azan dipanggil "bangke" (dari "bang").
Semua Muslim di China dikenali sebagai Hui sehingga kerajaan Qing (pengganti Ming) menakluk Xinjiang pada tahun 1759. Dengan itu ramai kaum beragama Islam spt Uyghur, Kazakh, Kyrgyz dan Tajik juga diletakkan di bawah pemerintahan China.
Berbeza dengan Hui pada zaman Ming, mereka tak mengalami proses asimilasi Han sebab pemerintah Qing adalah orang Manchu. Walaupun kerajaan Qing juga mengkategorikan mereka sebagai Hui, mereka lebih berpegang kpd identiti masing2.
Selepas penubuhan PRC pada 1949, kaum-kaum Muslim (Hui) dikategorikan semula. Mereka yang beragama Islam tapi mengamalkan budaya Han dikategorikan sebagai Hui, yang ada bahasa dan budaya sendiri dikategorikan ikut bahasa/budaya masing2.
Macam Jiang Xin (蔣欣) dan Liu Shishi (劉詩詩) adalah orang Hui yang memakai nama Cina Han. Manakala Dilraba dan Gilnazar tak dikira sbg orang Hui sebab beridentitikan Uyghur.
Istilah Hui Jiao (回教) juga mula digantikan dengan Yisilan Jiao (伊斯蘭教) kerana tidak sesuai panggil Islam sebagai "agama orang Hui" semata-mata.
Disebabkan Hui telah menjadi satu kategori etnik, jadi Hui yang tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam tetap dianggap sebagai Hui.
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:
Rumusan:
1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.
3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.
5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19.
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.
UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong.
Tindakan dia pasti akan backfire sebab rakyat Korea Selatan ni sensitif dengan pencabulan demokrasi.
Dalam sejarah moden Korea Selatan ada 2 diktator: Park Chung-hee (1962-79) dan Chun Doo-hwan (1980-88). Diorang tentera yang rampas kuasa dan buat darurat gantung demokrasi.
Tindakan Chun Doo-hwan bawa kepada demonstrasi di Gwangju pada Mei 1980. Chun respond dengan bunuh orang Gwangju ramai-ramai.
Kejadian tu lah yang dipanggil sebagai Gwangju Uprising, titik hitam dalam sejarah Korea Selatan.