Anak Muda Thailand Meranapkan Kerajaan Tentera!
Hari sama Erdogan dan Kilicdaroglu terikat sampai kena masuk round two, #Bangkok bergelora!
Ramai minta saya ulas. Sebab anak muda #Thailand dah tundukkan kuasa tentera. Tanpa buang masa, jom baca ulasan ni! twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread. Ada saja benda diulas. Jemput follow saya kalau korang suka bab-bab gini.
Thread kali ni saya harap dibaca Gen Z kat Malaysia. Ya, ramai hina kononnya ‘anak muda tak matang’.
Tapi anak muda lah selalu buat perubahan. Sebab anak muda ni besi.
Besi ni hentam meranapkan Soviet dulu. Besi ni sekarang hentam politik Amerika. Dan besi ni dah hentam politik Thailand.
Jadi Gen Z, take note pasal kuasa anak muda.
Nak faham Thailand, kena start tahun 2014.
PBAKL 2023 nak mai dah guys. Saya akan turun sana pada 3 Jun nanti. Jumpa korang kat PWTC nanti.
Buku saya selalu recommend pun akan ada tau. Mana yang tak boleh turun PBAKL? Jangan risau. Shopee ada. Sekarang pun ada: shope.ee/7KQzIK4fse
Masa tu Yingluck Shinawatra jadi PM. Yingluck ni adik pada ex-PM Thaksin Shinawatra.
Masa tu dia dah tak popular. Ramai turun ke jalanan membantah sampai jadi krisis politik. Yingluck bubarkan parlimen dan jadi interim PM. Tapi Mahkamah Perlembagaan gugurkan dia dari jawatan tu.
Perintah mahkamah tu memudahkan kerja Jeneral Prayut Chan-o-cha rampas kuasa. Dah mahkamah dapati Yingluck salah guna kuasa, Prayut boleh bentuk kerajaan dengan mudah.
Dia jadi PM secara luar demokrasi tapi dengan perkenan Raja Bhumibol Adulyadej.
Masa Thaksin Shinawatra jadi PM (2001-2006), Prayut ni dah mula tunjuk taring sebagai penentang.
Ogos 2014 tu, jangankan jawatan PM — Dewan Parlimen tu pun dah didominasi tentera. Nak legitimize kuasa, sebuah parti diasaskan: People’s State Power (Palang Pracharath) Party.
Tahun 2019 ada pilihan raya. Palang Pracharat masuk dipimpin Prayut yang ada segala advantage. Masa tu Raja Bhumibol dah mangkat, diwarisi Vajiralongkorn sekarang ni.
Dan ada sedikit kekecohan sebab kakak baginda tiba-tiba dinamakan sebagai calon PM untuk parti Thai Raksa Chart.
Prayut terus jadi PM sampailah pilihan raya 14 Mei ni. Tu pun jadi kecoh juga. Sebab ada had PM tak boleh lebih 8 tahun.
Prayut dah jadi “head of junta” sejak rampas kuasa tahun 2014. Patutnya tahun 2022 dia kena stop.
Tapi pada 30 Sept 2022, mahkamah buat keputusan.
Had lapan tahun ni dikira dari 2017. Sebab tu tahun Prayut betul-betul jadi PM. Pada ambang pilihan raya, Prayut masuk parti United Thai Nation. Plan nampak okay... tapi kena menang pilihan raya lah dulu.
Mereka tak perasan satu benda. Rakyat tak suka mereka. Big problem.
Menghala ke pilihan raya, ada dua parti saya nak sentuh:
1. Move Forward Party pimpinan Pita Limjaroenrat.
2. Pheu Thai Party pimpinan Paethongtarn Shinawatra.
There’s that name again. Shinawatra.
Siapa Paethongtarn ni? Dia anak bongsu Thaksin. Muda lagi. Baru 36 tahun.
Pita tu pula 42 tahun. Jadi sini korang faham?
Saya buat head-to-head balik ya.
Pita (Moving Forward): 42 tahun
Paethong (Pheu Thai): 36 tahun
Prayut (UTN): 69 tahun
Prawit (Palang): 77 tahun
Ini battle antara generasi “muda” dan “tua”. And people have spoken.
Rampasan kuasa 2014 tu membuat anak muda bertambah lantang. Dah dengan kerajaan berteraskan tentera, geng Millennial (dan Gen Z) betul-betul lantang.
Contohnya, Chonticha Changriew jadi pro-democracy campaigner. Diberkas dan diheret ke mahkamah.
Pada mata anak muda dia pejuang.
Chonticha hadap gas pemedih mata dan peluru getah... siap desak macam-macam reform yang dianggap “khianat”.
Dia masuk bertanding jadi calon Move Forward di belakang Pita Limjaroenrat.
Dan dia menang! Kawan dia Piyarat Jongthep menang juga. Dari jalanan masuk parlimen dah.
Total up keputusan pilihan raya kita nampak anak muda tolak Boomers.
Move Forward dapat 152 kerusi. +71 kerusi tau. Tsunami Jingga!
Dah tu Pheu Thai mengekalkan kerelevanan Dapat 141 kerusi.
Prayut pimpin UTN dapat 36 kerusi jer. Manakala Palang kehilangan -76 kerusi.
In short, Move Forward dan Pheu Thai dah cukup nak bentuk majoriti dengan 293 gabungan kerusi. Kedua-dua parti ni haluan tengah. Anti-junta. Antimilitarism.
Gandingan dua parti ni memang kena betul. Tentera tak mampu lawan. Sebab apa? Pheu Thai ni ada loyal base.
Hidup mati mesti Pheu Thai. Orang kampung mesti undi mereka sejak zaman Thaksin Shinawatra lagi. Wajib.
Paethongtarn dapat kekalkan momentum ni... sambil menangi undi orang bandar. Puak tentera tak mampu challenge benda ni. Tambah Moving Forward tarik pengundi muda.
Anak muda jadi mimpi ngeri penguasa tua. Mereka buat perubahan mengejut yang sangat radikal. Benda ni pasti kita dah nampak kalau perhatikan komen-komen kat media sosial. Sekarang dah nak dapat kuasa, amanah kat tangan pemenang.
First, siapa jadi PM? Kalau ikut statement, gila!
Pita taknak partner dengan Pheu Thai jer. Dia nak buat kerajaan gabungan enam parti.
Sebab mereka nak ubah sistem tentera. Kemudian nak pacu ekonomi dengan kuasa sangat solid.
Saya rasa dia nak cekau majoriti dua-pertiga terus untuk start ubah Thailand.
Sekelip mata, Thailand dah mengorak langkah lantik orang muda jadi PM. Tak kisahlah Pita atau Paethongtarn, dua-dua muda. Kemenangan ni dah jadi 9 May of Thailand.
Cuma sana pemimpin orang muda. No more political games of old people. Sebab tu Bangkok tengah bersorak sekarang.
Gen Z kat Malaysia boleh ambil iktibar. Gen Z ni dah berusia sebenarnya. Umur 11 ke 26 tahun. Dah ada usia rumah tangga.
Waktu Millennials umur ni, teruk kami kena kat Facebook. Budak hingusan lah. Budak kanyiaq lah.
Semua ni “age bias”. Human nature berteraskan dengki.
Ramai Millennial lupa age bias ni dan buat benda sama tuduh Gen Z “budak TikTok” dan “budak lemah”.
Not true. The youth holds the power. Gen Z ada akses ilmu yang luar biasa sekarang. Jangan sia-siakannya. Sebab makin dunia maju, makin cepat segalanya.
Saya bagi pembayang mudah. 17 Disember 1903, pesawat pertama diterbangkan Wilbur dan Orville Wright. Teknologi pesawat ni dirintis lama.
Abbas ibn Firnas jadi glider pada abad ke-9. Jadi ambil masa 1,000 tahun nak ubah glider ke airplane.
1,000 tahun nak perfect. Tapi ambil masa 66 tahun jer dari 1903 tu nak mendaratkan manusia pertama kat Bulan.
See the gap? Apabila teknologi bertambah maju, semua akan jadi lagi cepat. One breakthrough after another. Jadi jangan buang masa risaukan “age bias” generasi terdahulu.
Sebab Gen Z sangat pandai berteknologi. Tak bergantung pada berita arus perdana. Tengok media sosial dah boleh buat keputusan politik. Benda ni “new age of politics”.
Dan Gen Z akan menentukan politik 10-20 tahun akan datang. Zaman tu tetap akan datang jua.
Junta pandang rendah anak muda kat Thailand. Kena teruk.
Boomers pandang rendah anak muda kat US. Gen Z mengejutkan mereka semua sampai halang legislation mereka nak buat.
Forbes siap buat research lagi pasal Gen Z punya buying power. Situ dah nampak anak muda ni kuat mana.
Saya kumpulkan semua thread kat Telegram Channel. Jemput subscribe di t.me/ahmadfaezalpen…
Ada fakta menarik saya akan tepek kat sana saja. Exclusive content.
Kalau nak saya ulas apa-apa, PM jer. Jangan reply sini. Kadang tak perasan. Saya buat percuma.
Kalau nak support penulisan percuma saya, jemput beli PUTIN: TSAR MODEN RUSIA di Shopee dengan DISKAUN.
Link: shope.ee/5fIXSr85TM
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.