Naratif Drama Korea True Beauty Yang Sindir Secara Halus
True Beautytengah trending kat Netflix. Dalam Top 10 TV Shows kat Malaysia, siri ni dapat tempat ke-9.
Saya nampak sisi betapa Korea tengah menyindir. Tu sebab saya buat thread ni. Sebab penonton mungkin tak perasan. twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Tapi kadang saya bercerita pasal kebudayaan sesuatu bangsa supaya kita dapat kenal-mengenali.
Korang kalau minat benda gini, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread dengan niat nak kongsi ilmu percuma.
True Beauty ni genre cinta (Romance). Tapi genre ni bagi saya perangkap fokus. Kita akan tumpu pada dasar genre sampai terlepas pandang mesej-mesej fiksyen.
Macam True Beauty ni, saya yakin korang nampak angle “persepsi hodoh”. Fokus pada watak utama iaitu Jugyeong.
Watak dia showrunners buat nampak macam ‘dewi’. Terlalu cantik. Tapi ada satu titik hitam dalam sejarah hidup dia. Sebab dia pernah kena buli. Kenapa? Sebab ‘persepsi hodoh’ tu.
Sebab kena buli tu, dia bantai tengok video tutorial mekap. Dan sungguh dia mekap, sampai cantik.
Saya amati betul-betul macam mana dia kena buli. Keluarga dia sama naik. Kawan pun sama naik. Lalu nak tangani masalah ni? Jugyeong buru kecantikan dan kesempurnaan.
Saya ulang: ‘kecantikan dan kesempurnaan’.
Apa takeaway kita kat sini? Ni satu statement sebenarnya.
Sebelum ulas panjang pasal statement, saya nak recommend Kitab Tamadun Korea ni.
Harini last nak buat pratempah. Kalau tunggu esok, rugi... sebab ada diskaun DAN free shipping lagi.
Link: bit.ly/tamadunkorea
Bagi yang tak tahu, gerakan #MeToo mendedahkan sesuatu. Apa benda MeToo ni?
Tarana Burke mulakannya kat MySpace tahun 2006. Waktu tu takde sapa peduli. Malah waktu tu bukan suatu gerakan. Sekadar usaha kecil. Flashforward 11 tahun... MeToo jadi unstoppable force.
Sebab geng celebrity timbul seorang demi seorang bercerita macam mana orang dalam industri filem ambil kesempatan.
Ramai dengan berani kongsi pengalaman. Salah seorang adalah Angelina Jolie sendiri. Dan MeToo bila sampai kat Korea Selatan disahut ramai wanita marhaen.
Pertama sekali, MeToo ni melawan perangai ‘orang besar’ yang menyangka wanita wajib patuhi standard tertentu. Kalau nak berjaya, wajib ikut.
Hollywood ada behavioral standard. Korea Selatan pula ada beauty standards. Sensasi jer MeToo, wanita Korea buat social revolution.
Mereka post gambar muka mereka tanpa mekap kat media-media sosial. Ada yang potong rambut terus. Sebab setiap hari dalam hidup, mereka harungi beauty standards yang tak semulajadi.
Malah kalau korang google, korang akan tahu wanita Korean sebenarnya ada keterampilan ideal.
Thompson & Park (2015) bercerita betapa beauty standards Korea ni sangat menindas. Wanita Korea diwajibkan ada kulit sama ada chok-chok atau taeng-taeng.
Chok-chok tu kulit yang lembab dan bouncing. Taeng-taeng pula licin dan jelas. Kedua-duanya kena berkilau.
Sini korang nampak beza mekap Korea dan Barat? Wanita Barat pakai mekap sebab nak tutup kekurangan (flaw). Wanita Korea pula pakai mekap sebab nak tunaikan expectation awam.
Serupa amalan agama. Wajib tunai... kalau tak, mana nak letak muka (no pun intended)?
Chan & Chitrakorn (2018) mengulas kat Gangnam penuh dengan iklan yang tunjuk macam mana muka “ideal woman”. Mata macam anak patung. Dagu kena tajam. Kulit nampak baby.
Dah tu rupanya wanita Korea dipaksa pakai corset sebab nak bagi badan nampak serupa gitar.
Khedun-Burgoine & Kiaer (2022) pula membawa nada gusar sebab Korean Wave tengah bawa expectation ni ke Barat.
Ubah kulit atas dasar nak tunaikan kehendak orang keliling yang berkehendak secara budaya... tapi tak berkehendak secara individual. Kalau tak tunaikan, kena bahan.
Nampak tak persamaan dengan plot True Beauty? Dah tu kalau mekap tak boleh tunaikan benda ni, nak kena buat apa?
Apa lagi? Plastic surgery lah. Korea Selatan ni jadi kiblat plastic surgery dunia tau. Orang Amerika, Rusia dan China turun sana nak dapatkan rawatan kosmetik.
Begitu dahsyat mereka boleh bedah. Nak buang kedut tu perkara biasa. Tapi ni nak buat reduction rahang dan dagu... nak kurangkan kat tulang pipi. Sebab nak capai “muka bujur”.
Daaaan ya, Cain (2015) dedahkan ramai orang Barat turun nak bedah muka sendiri jadi macam K-pop star.
Malah lelaki juga ada beauty standards sebenarnya. Bukan perempuan jer. Kulit kena licin. Rambut kena digayakan setiap masa.
Badan pula kena berbentuk tapi tak boleh terlalu berotot. Semua ni ada established research. Of course, orang marhaen tak buat benda ni.
Tapi tu tak bermakna expectation macam ni tak dibudayakan. Dan bila dah melawa, kena hadap satu masalah pula. Orang ambil kesempatan.
Rakyat Korea bengang apabila calon presiden Ahn Hee-jung tiba-tiba didapati tak bersalah dalam kes dia dengan setiausahanya.
Mereka marah bila mahkamah salahkan mangsa. Tapi bila protest, mahkamah boleh pula buat u-turn dan hukum Hee-jung 3.5 tahun penjara. Pelik. Tu salah satu masalah.
Korea Selatan terkenal dengan kes pemasangan kamera halus dalam tandas wanita. Spy cam. Siapa yang pakai skirt pula—
—selalu dirakam dari bawah. Memang savage. Dan semua ni berangkaian dengan beauty standards dan expectations. Lelaki ada standards. Tapi standards wanita jauh lagi tinggi.
Benda ni merendahkan darjat kaum wanita pada mata awam... sampai terjerumus ke kancah jenayah.
Itu saya nampak apabila tengok True Beauty. Layak masuk Top-9. Cerita ni flop kat Korea Selatan.
Tapi puncanya lebih pada plot development terlalu predictable (sebab mereka dah tengok kisah-kisah lebih kurang sama).
Namun pada mata penonton global, True Beauty ni best gila.
Apa maknanya tu? Bagi penonton Korea, “ni daily lives kitaorang”. Yet another story. Dan impian Jugyeong pun sangat menusuk. Dia nak jadi pakar bedah kosmetik.
Unik betul macam mana showrunners bawa sindiran halus dalam genre Romance.
It comes down to that question:
Jugyeong ni cantik sebab apa? Sebab dia memang dah tersedia cantik... atau dia perlu kosmetik nak jadi cantik?
Dan dia nak mencantikkan diri tu sebab apa? Sebab dia suka diri cantik atau takut kena buli?
Culture, guys. Culture. Sampai pelakon cakap susah nak buat kening tau.
Agak-agak apa lagi culture Korea kita tak tahu? Sebab tu saya nak recommend buku ni. Harini last preorder ni. Harini last tau korang dapat free shipping.
Masuk Shopee kang faham je lah kena bayar shipping dengan harga buku. Boleh dapat naskhah kat link: bit.ly/tamadunkorea
Subscribe kat Telegram Channel saya untuk dapatkan exclusive content. Situ juga saya kumpul semua thread lama saya.
Link: t.me/ahmadfaezalpen…
RUJUKAN:
Cain, G. (2015, Mac 14). I wanted to look like a K-pop star so I went to a South Korean plastic surgery clinic. Business Insider.
Chan, K., & Chitrakorn, K. (2018, Oktober 18). Why a new generation of women are challenging South Korea's beauty standards. I-D Vice.… twitter.com/i/web/status/1…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.