Ahmad Faezal Profile picture
May 20, 2023 26 tweets 10 min read Read on X
Naratif Drama Korea True Beauty Yang Sindir Secara Halus

True Beautytengah trending kat Netflix. Dalam Top 10 TV Shows kat Malaysia, siri ni dapat tempat ke-9.

Saya nampak sisi betapa Korea tengah menyindir. Tu sebab saya buat thread ni. Sebab penonton mungkin tak perasan. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Tapi kadang saya bercerita pasal kebudayaan sesuatu bangsa supaya kita dapat kenal-mengenali.

Korang kalau minat benda gini, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread dengan niat nak kongsi ilmu percuma. Image
True Beauty ni genre cinta (Romance). Tapi genre ni bagi saya perangkap fokus. Kita akan tumpu pada dasar genre sampai terlepas pandang mesej-mesej fiksyen.

Macam True Beauty ni, saya yakin korang nampak angle “persepsi hodoh”. Fokus pada watak utama iaitu Jugyeong. Image
Watak dia showrunners buat nampak macam ‘dewi’. Terlalu cantik. Tapi ada satu titik hitam dalam sejarah hidup dia. Sebab dia pernah kena buli. Kenapa? Sebab ‘persepsi hodoh’ tu.

Sebab kena buli tu, dia bantai tengok video tutorial mekap. Dan sungguh dia mekap, sampai cantik. Image
Saya amati betul-betul macam mana dia kena buli. Keluarga dia sama naik. Kawan pun sama naik. Lalu nak tangani masalah ni? Jugyeong buru kecantikan dan kesempurnaan.

Saya ulang: ‘kecantikan dan kesempurnaan’.

Apa takeaway kita kat sini? Ni satu statement sebenarnya. ImageImage
Sebelum ulas panjang pasal statement, saya nak recommend Kitab Tamadun Korea ni.

Harini last nak buat pratempah. Kalau tunggu esok, rugi... sebab ada diskaun DAN free shipping lagi.

Link: bit.ly/tamadunkorea Image
Bagi yang tak tahu, gerakan #MeToo mendedahkan sesuatu. Apa benda MeToo ni?

Tarana Burke mulakannya kat MySpace tahun 2006. Waktu tu takde sapa peduli. Malah waktu tu bukan suatu gerakan. Sekadar usaha kecil. Flashforward 11 tahun... MeToo jadi unstoppable force. Image
Sebab geng celebrity timbul seorang demi seorang bercerita macam mana orang dalam industri filem ambil kesempatan.

Ramai dengan berani kongsi pengalaman. Salah seorang adalah Angelina Jolie sendiri. Dan MeToo bila sampai kat Korea Selatan disahut ramai wanita marhaen. Image
Pertama sekali, MeToo ni melawan perangai ‘orang besar’ yang menyangka wanita wajib patuhi standard tertentu. Kalau nak berjaya, wajib ikut.

Hollywood ada behavioral standard. Korea Selatan pula ada beauty standards. Sensasi jer MeToo, wanita Korea buat social revolution. Image
Mereka post gambar muka mereka tanpa mekap kat media-media sosial. Ada yang potong rambut terus. Sebab setiap hari dalam hidup, mereka harungi beauty standards yang tak semulajadi.

Malah kalau korang google, korang akan tahu wanita Korean sebenarnya ada keterampilan ideal. Image
Thompson & Park (2015) bercerita betapa beauty standards Korea ni sangat menindas. Wanita Korea diwajibkan ada kulit sama ada chok-chok atau taeng-taeng.

Chok-chok tu kulit yang lembab dan bouncing. Taeng-taeng pula licin dan jelas. Kedua-duanya kena berkilau. Image
Sini korang nampak beza mekap Korea dan Barat? Wanita Barat pakai mekap sebab nak tutup kekurangan (flaw). Wanita Korea pula pakai mekap sebab nak tunaikan expectation awam.

Serupa amalan agama. Wajib tunai... kalau tak, mana nak letak muka (no pun intended)? Image
Chan & Chitrakorn (2018) mengulas kat Gangnam penuh dengan iklan yang tunjuk macam mana muka “ideal woman”. Mata macam anak patung. Dagu kena tajam. Kulit nampak baby.

Dah tu rupanya wanita Korea dipaksa pakai corset sebab nak bagi badan nampak serupa gitar. Image
Khedun-Burgoine & Kiaer (2022) pula membawa nada gusar sebab Korean Wave tengah bawa expectation ni ke Barat.

Ubah kulit atas dasar nak tunaikan kehendak orang keliling yang berkehendak secara budaya... tapi tak berkehendak secara individual. Kalau tak tunaikan, kena bahan. Image
Nampak tak persamaan dengan plot True Beauty? Dah tu kalau mekap tak boleh tunaikan benda ni, nak kena buat apa?

Apa lagi? Plastic surgery lah. Korea Selatan ni jadi kiblat plastic surgery dunia tau. Orang Amerika, Rusia dan China turun sana nak dapatkan rawatan kosmetik.
Begitu dahsyat mereka boleh bedah. Nak buang kedut tu perkara biasa. Tapi ni nak buat reduction rahang dan dagu... nak kurangkan kat tulang pipi. Sebab nak capai “muka bujur”.

Daaaan ya, Cain (2015) dedahkan ramai orang Barat turun nak bedah muka sendiri jadi macam K-pop star. Image
Malah lelaki juga ada beauty standards sebenarnya. Bukan perempuan jer. Kulit kena licin. Rambut kena digayakan setiap masa.

Badan pula kena berbentuk tapi tak boleh terlalu berotot. Semua ni ada established research. Of course, orang marhaen tak buat benda ni. Image
Tapi tu tak bermakna expectation macam ni tak dibudayakan. Dan bila dah melawa, kena hadap satu masalah pula. Orang ambil kesempatan.

Rakyat Korea bengang apabila calon presiden Ahn Hee-jung tiba-tiba didapati tak bersalah dalam kes dia dengan setiausahanya. Image
Mereka marah bila mahkamah salahkan mangsa. Tapi bila protest, mahkamah boleh pula buat u-turn dan hukum Hee-jung 3.5 tahun penjara. Pelik. Tu salah satu masalah.

Korea Selatan terkenal dengan kes pemasangan kamera halus dalam tandas wanita. Spy cam. Siapa yang pakai skirt pula—
—selalu dirakam dari bawah. Memang savage. Dan semua ni berangkaian dengan beauty standards dan expectations. Lelaki ada standards. Tapi standards wanita jauh lagi tinggi.

Benda ni merendahkan darjat kaum wanita pada mata awam... sampai terjerumus ke kancah jenayah.
Itu saya nampak apabila tengok True Beauty. Layak masuk Top-9. Cerita ni flop kat Korea Selatan.

Tapi puncanya lebih pada plot development terlalu predictable (sebab mereka dah tengok kisah-kisah lebih kurang sama).

Namun pada mata penonton global, True Beauty ni best gila. Image
Apa maknanya tu? Bagi penonton Korea, “ni daily lives kitaorang”. Yet another story. Dan impian Jugyeong pun sangat menusuk. Dia nak jadi pakar bedah kosmetik.

Unik betul macam mana showrunners bawa sindiran halus dalam genre Romance.

It comes down to that question:
Jugyeong ni cantik sebab apa? Sebab dia memang dah tersedia cantik... atau dia perlu kosmetik nak jadi cantik?

Dan dia nak mencantikkan diri tu sebab apa? Sebab dia suka diri cantik atau takut kena buli?

Culture, guys. Culture. Sampai pelakon cakap susah nak buat kening tau. Image
Agak-agak apa lagi culture Korea kita tak tahu? Sebab tu saya nak recommend buku ni. Harini last preorder ni. Harini last tau korang dapat free shipping.

Masuk Shopee kang faham je lah kena bayar shipping dengan harga buku. Boleh dapat naskhah kat link: bit.ly/tamadunkorea Image
Subscribe kat Telegram Channel saya untuk dapatkan exclusive content. Situ juga saya kumpul semua thread lama saya.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…
RUJUKAN:

Cain, G. (2015, Mac 14). I wanted to look like a K-pop star so I went to a South Korean plastic surgery clinic. Business Insider.

Chan, K., & Chitrakorn, K. (2018, Oktober 18). Why a new generation of women are challenging South Korea's beauty standards. I-D Vice.… twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21, 2024
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11, 2024
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17, 2024
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(