Kenapa Penting Kita Kena Tahu Tentang Kehilangan Titan
Tak pasti korang perasan isu ni.
US Coast Guard, US Navy dan Canadian Coast Guard sedang berhempas pulas cari sebuah kenderaan selam (submersible).
Masa tak panjang. Mereka kena jumpa sebelum 22 Jun! Kenapa? Apa jadi? twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.
Sehari saya buat satu thread untuk bercerita tentang isu semasa. Kalau suka perbincangan gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti.
Saya yakin korang perasan #Titanic tengah trending sekarang.
Isu dia simple jer. Pihak OceanGate Expeditions (OGE) buat pakej pelancongan dasar laut Atlantik.
Kat sini kan RMS Titanic karam 1912 dulu. OGE bawak orang berduit nak pi tengok bangkai kapal.
Pakej ni sangat mahal tapi berisiko tinggi. Siapa yang nak tu kena sign waiver.
Jualan PASCA-PBAKL 2023 masih ongoing kat the Patriots sekarang.
Banyak diskaun diberi. Rebut peluang ni. Beli buku-buku yang korang dah lama plan nak beli alang-alang ada diskaun.
Link: shope.ee/4AUqcOWdAu
Waiver tu sebut “mati” tiga kali kat muka surat pertama jer.
Kira merbahayalah, senang kata. Siapa yang ‘berani’ ambil pakej ni? Memperkenalkan jutawan Pakistan Shahzada Dawood dan juga anaknya, Suleman.
Mereka pergi bersama Hamish Harding... juga hartawan.
Kenderaan mereka dikenali Paul-Henry Nargeolet dan Stockton Rush.
Mereka meninggalkan Newfoundland, Canada, pada 16 Jun, naik kapal MV Polar Prince.
18 Jun, operasi diving dibuat. Kenderaan selam tu bernama Titan. Kira ikut plan, Titan bawa ‘pelancong’ ke Titanic.
Setiap 15 minit, Titan akan berkomunikasi dengan Polar Prince. 9 pagi turun. Tapi 11:47 pagi, komunikasi terhenti.
Orang kat kapal Polar Prince bimbang. Mereka biar dulu sebab Titan kena naik balik pada 6:10 pm.
Malangnya, tak naik langsung. Dari sini yang pihak berkuasa—
—mula terlibat.
Jadi kelima-lima orang dalam senarai tu kira terperangkap dalam lautan ni.
Ada beberapa kemungkinan. Pertama sekali, hanya peralatan komunikasi jer rosak. Bermakna Titan boleh bergerak macam biasa.
Tapi dah berhari-hari ni, boleh tolak dah teori ni.
Kena consider teori ada masalah kat sistem ballast. Titan tak boleh nak terapung balik.
Ketiga, Titan mungkin rosak. Dan keempat, Titan dah bersepai kat laut dalam. Kalau teori keempat ni terjadi, semua penumpang kira dah pergi buat selamanya.
Niat nak pergi tengok Titanic sekarang dah boleh jadi Titanic II. Susah dah.
Ini contoh keadaan kat dalam.
Bila jadi macam ni, mulalah orang korek-mengorak. Rupanya sejak tahun 2018 lagi, Titan ni dah ada masalah.
Tahun lalu, Titan terputus hubungan dengan kapal induk.
Jadi ni bukan first time.
Tak lupa juga, Titan dituduh mempunyai controller $30 daripada Logitech untuk kawal.
Ni tak ambil kira faktor keralatan yang mana enjin Titan dipasang terbalik... dan masalah-masalah bateri yang berbangkit.
Apabila kita tengok isu-isu macam ni,—
—nampak sangat ni accident waiting to happen.
Dan sekarang dah jadi potential accident. Buat masa ni, memanglah pihak SAR sedang anggap misi mereka ni rescue... bukan recovery.
Tapi Titan tu tak besar. Mereka hanya ada sampai 22 Jun saja.
Apa jadi selepas tu?
Ikut kiraan pakar, oksigen dalam Titan akan habis pada 22 Jun. Lepas tu, semua akan diisytihar meninggal dunia.
Semangat mereka naik lepas dengar sesuatu pada 20 Jun.
Dengar apa?
Okay, Canada ada hantar CP-140 Aurora ni. Kapal ni ada teknologi sonar.
Dengan menggunakan sonar, mereka ‘terdengar’ bunyi ketukan dari dasar laut.
Bagi mereka, bunyi ni tak normal. Ya, data sedang dianalisis. Ya, ada potensi ni bunyi entah apa-apa.
Tapi buat masa ni, pihak SAR consider ni bunyi dari kenderaan selam.
Cuma itulah, ni dah serupa cari kutu kat tengah-tengah padang.
Satu kenderaan selam yang dah rosak. Belum tentu ada lampu. Saiz kawasan SAR tu besar lagi banding saiz negeri Perak.
Memang susah. Silap-silap tak jumpa terus kang.
Buat masa ni, dah banyak negara hantar kapal untuk bantu misi pencarian. Cuma yang terlibat sekarang hanya Amerika dan Canada.
Kapal-kapal dari negara-negara Eropah belum sampai lagi. Cuaca pun boleh tahan mencabar dengan ombak serba kuat.
Time is ticking. Tak lama dah!
Saya nak bagitau, naskhah PUTIN: TSAR MODEN RUSIA tinggal lima saja kat tangan.
Habis ni, kira habis dah naskhah berautograf. Jemput beli kat shope.ee/5fIXSr85TM
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.