Waiver tu sebut “mati” tiga kali kat muka surat pertama jer.
Kira merbahayalah, senang kata. Siapa yang ‘berani’ ambil pakej ni? Memperkenalkan jutawan Pakistan Shahzada Dawood dan juga anaknya, Suleman.
Mereka pergi bersama Hamish Harding... juga hartawan.
Kenderaan mereka dikenali Paul-Henry Nargeolet dan Stockton Rush.
Mereka meninggalkan Newfoundland, Canada, pada 16 Jun, naik kapal MV Polar Prince.
18 Jun, operasi diving dibuat. Kenderaan selam tu bernama Titan. Kira ikut plan, Titan bawa ‘pelancong’ ke Titanic.
Setiap 15 minit, Titan akan berkomunikasi dengan Polar Prince. 9 pagi turun. Tapi 11:47 pagi, komunikasi terhenti.
Orang kat kapal Polar Prince bimbang. Mereka biar dulu sebab Titan kena naik balik pada 6:10 pm.
Malangnya, tak naik langsung. Dari sini yang pihak berkuasa—
—mula terlibat.
Jadi kelima-lima orang dalam senarai tu kira terperangkap dalam lautan ni.
Ada beberapa kemungkinan. Pertama sekali, hanya peralatan komunikasi jer rosak. Bermakna Titan boleh bergerak macam biasa.
Tapi dah berhari-hari ni, boleh tolak dah teori ni.
Kena consider teori ada masalah kat sistem ballast. Titan tak boleh nak terapung balik.
Ketiga, Titan mungkin rosak. Dan keempat, Titan dah bersepai kat laut dalam. Kalau teori keempat ni terjadi, semua penumpang kira dah pergi buat selamanya.
Niat nak pergi tengok Titanic sekarang dah boleh jadi Titanic II. Susah dah.
Ini contoh keadaan kat dalam.
Bila jadi macam ni, mulalah orang korek-mengorak. Rupanya sejak tahun 2018 lagi, Titan ni dah ada masalah.
Tahun lalu, Titan terputus hubungan dengan kapal induk.
Jadi ni bukan first time.
Tak lupa juga, Titan dituduh mempunyai controller $30 daripada Logitech untuk kawal.
Ni tak ambil kira faktor keralatan yang mana enjin Titan dipasang terbalik... dan masalah-masalah bateri yang berbangkit.
Apabila kita tengok isu-isu macam ni,—
—nampak sangat ni accident waiting to happen.
Dan sekarang dah jadi potential accident. Buat masa ni, memanglah pihak SAR sedang anggap misi mereka ni rescue... bukan recovery.
Tapi Titan tu tak besar. Mereka hanya ada sampai 22 Jun saja.
Apa jadi selepas tu?
Ikut kiraan pakar, oksigen dalam Titan akan habis pada 22 Jun. Lepas tu, semua akan diisytihar meninggal dunia.
Semangat mereka naik lepas dengar sesuatu pada 20 Jun.
Dengar apa?
Okay, Canada ada hantar CP-140 Aurora ni. Kapal ni ada teknologi sonar.
Dengan menggunakan sonar, mereka ‘terdengar’ bunyi ketukan dari dasar laut.
Bagi mereka, bunyi ni tak normal. Ya, data sedang dianalisis. Ya, ada potensi ni bunyi entah apa-apa.
Tapi buat masa ni, pihak SAR consider ni bunyi dari kenderaan selam.
Cuma itulah, ni dah serupa cari kutu kat tengah-tengah padang.
Satu kenderaan selam yang dah rosak. Belum tentu ada lampu. Saiz kawasan SAR tu besar lagi banding saiz negeri Perak.
Memang susah. Silap-silap tak jumpa terus kang.
Buat masa ni, dah banyak negara hantar kapal untuk bantu misi pencarian. Cuma yang terlibat sekarang hanya Amerika dan Canada.
Kapal-kapal dari negara-negara Eropah belum sampai lagi. Cuaca pun boleh tahan mencabar dengan ombak serba kuat.
Time is ticking. Tak lama dah!
Saya nak bagitau, naskhah PUTIN: TSAR MODEN RUSIA tinggal lima saja kat tangan.
Habis ni, kira habis dah naskhah berautograf. Jemput beli kat shope.ee/5fIXSr85TM
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.
Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes.
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.
Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!
Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.
Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama—
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.
Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat.
Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.
Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.
Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana?
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.
UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa.