EPISODE 2

Tajuk : Kawan Ku Psiko

Thread : FB Fiksyen Shasha
Post by : IG lawak.twitters Image
#FazAhmad

…………

“……….Eh Faz, Mika masuk masuk jemput masuk.Apani datang tak kasi tahu kat aku. Kalau tak aku boleh prepare nak masak apa apa untuk korang. Dah lah datang dari jauh.”
Adam membebel biasalah mulut dia ni memang kecoh sikit huhu dan dia terus pelawa kami masuk ke dalam rumahnya. Besar betul senyuman dia bila nampak kitaorang berdiri kat luar rumah dia. Dalam wajahnya yang tak lekang dari terus tersenyum tu kejap kejap Adam batuk.
Bukan batuk biasa biasa ni. Batuk yang agak teruk dan aku nampak mata Adam macam menahan air keluar dari kelopak matanya. Muka dia pucat. Ya aku tahu Adam memang sangat tak sihat masa ni. Tiba tiba aku macam rasa bersalah. Aku dan Mika kacau dia rehat ke kat kampung dia ni?
Aku suka betul tengok Adam pakai jubah dan kopiah entah kenapa aku macam nak try pulak pakai jubah putih dia tu. Huhu. Mana tahu dia punya handsome tu boleh melekat sikit kat aku. Hahaha.
Ada seorang lelaki yang lebih kurang muka macam Adam gak tapi badan dia sado macam Mika. Aku agak tu adik beradik dia lah sebab muka nak sama gila. Dan Adam perkenalkan lelaki yang aku cakap muka macam Adam tu dekat kitaorang berdua.
“Faz,Mika ni abang aku Afiq. Abang ni kawan kawan kerja Adam kat office. Selalu turun site dengan muka muka ni lah.”

Huluran salam antara kami bertiga bersambut. Amboi adik beradik dia memang segak betul eh. Aku jadi jealous tiba tiba.
“Oh kawan kawan Adam. Dari jauh korang datang jumpa Adam? Mesti ada apa apa ni.”

Ya bang Afiq. Memang ada apa apa pun. Dan apa apa tu bang Afiq tanyalh si Mika. Saya ikut dia je huhu. Dan aku nampak Adam senyum pandang Mika. Mika pulak aku tgk mvm tak tahu nak reaksi macam mana.
Nampak yang dia tak selesa sangat sekarang ni. Yang aku tahu Mika bukan Mika yang dulu yang happy go lucky, peramah dan kelakar orangnya.Dan dia sekarang memang sangat serius akan sesuatu hal. Dan sesuatu hal itu….
“Mika….Aku tahu kau tak okay. Sebab tu kau datang cari aku.”

Mata mereka berdua bertembung antara satu sama lain. Aku hanya jadi pemerhati dan pendengar sahaja….
(AMARAN KERAS) : SKIP INTRO INI KALAU TAK RAJIN NAK BACA.
(Jangan cakap abang tak warning awal awal. Hahaha.)
Salam semua kepada warga FS. Thanks admin FS kalau terima dan publish cerita ni. Aku Faz dan aku akan sambung balik pengalaman lepas aku yang bertajuk Kawan Aku Psiko.
So bila aku baca komen dekat FS dan dekat FB (guna Mika punya FB sebab aku takde FB hehe) aku macam jadi semangat lain macam nak teruskan cerita aku sampai tamat.
Then thanks lah kepada semua yang sudi baca dan komen baik baik. Tak lupa jugak yang turut mendoakan kitaorang semua. Thanks a lot guys….
Ada sebab weh kenapa aku tak habiskan cerita aku haritu. Antara sebab sebabnya adalah banyak lagi yang aku tak korek dengan lebih terperinci dan jelas dari kawan kawan aku.
Ada yang cerita lama dah pastu aku ingat ingat lupa sebab baru sekarang aku baru terfikir nak share dekat sini. Oh ya diingatkan sekali lagi abang takde FB ye hehe.
Untuk makluman semua ini adalah pengalaman original terus dari aku untuk Fiksyen Shasha dan aku tak pernah kongsikan dekat mana mana page sekalipun.
So bila ada yang cakap macam pernah baca aku jadi hairan bin ajaiblah kan dah bila masa pulak aku share pengalaman aku ni selain dekat FS ni tapi aku beranggapan mungkin ada sedikit persamaan kot dengan cerita cerita psiko yang korang pernah baca tu.
Dan ya ramai yang tanya dan fikir aku ni kawan ijam kacak ke? Hahaha aku macam pelik. Ijam kacak tu sape? So baca punya baca kat komen FB baru aku tahu rupanya ada writer nama ijamkacak kat FS ni ya hahaha tapi bukan Ijam kawan aku tu k.
Aku pun terkejut sebab nama sama kot dengan kawan aku si Ijam dan si Anep tu. Hahaha. So aku takde kena mengena dengan writer tu dan semua ni hanyalah satu kebetulan sahaja
Aku dari Johor dan merantau mencari rezeki di tempat orang. Sebelum ni aku ada cakap aku kerja di sebuah power plant yang aku tak sebut kat mana dan maaf aku tak akan cakap aku tinggal dan kerja kat mana.(nanti kantoi pulak dengan budak budak engineer ni.)
Dan aku harap korang faham jalan cerita dari aku ni. So enjoy…

“AKU” Dalam Cerita Ini Adalah MIKA
Aku pelik kenapa Adam halfday petang tu dan paling aku pelik dia terus ambil cuti untuk seminggu. Dan aku bertambah pelik sebab senang senang pulak bos nak approve cuti dia tu. Last minute okay. Tapi yang aku nampak dia batuk yang agak teruk semenjak dua menjak ni.
Oh. Rupanya dia balik ke kampung. Betul ke dia balik kampung? Ke dia reka alasan je tu untuk dapat approval dari bos! Kau tak syak pape yang pelik ke pasal Adam tu Faz? Tiba tiba pulak nak balik kampung lepas hal pagi tadi kat pantry. Hmm. Tak lain tak bukan nak……
“Faz kau ada kata haritu kau tahu kampung Adam kat mana kan?”

Aku pandang Mika. Soalan dia buat aku kecut perut. Tak tahu kenapa aku rasa semacam. Jangan kata Mika nak cari Adam kat sana?
“Jap. Kau tengok ni. Adam cakap kalau nak cari dia cari dia kat alamat ni.”
Aku bukak chat whatsapp dari Adam dan tuju kepada Mika. Dia buat muka seposen. Muka seposen ni macam kau tak boleh nak mencerna benda yang kau tak dapat fahamkan. So kat sini Mika tak faham dan dia pun buat muka seposen dia tu.
“Aku tak faham. Kenapa dia rasa akan ada orang cari dia? Hahaha. Ini semua memang permainan dia Faz. Tapi tak apa aku ikutkan je rentak dia. Lusa aku nak ambil cuti. Kau teman aku Faz balik kampung dia. Aku nak tahu betul ke tidak budak tu kat sana.
Dan kalau betul pun dia kat sana apa yang dia buat kat kampung dia tu. Lagipun aku memang tak puas hati dengan si Adam ni. Aku memang yakin yang si Adam ni tengah rahsiakan sesuatu dari kita. Senang cerita aku syak dia tengah buat sesuatu dekat belakang kita semua.”
Aku tak tahu nak kata apa pasal si Mika ni sebab aku tengok mmg dia tak puas hati dgn si budak Adam tu. Sampaikan ke kmpg Adam aku tengok Mika sanggup nk ke sana untuk tahu apa yg Adam buat seminggu kat sana. Dan aku ikutkan sahaja mana tahu segala persoalan akan terjawab nanti.
“Okay nanti kita dua pergi jumpa bos. Last minute kan.”
Dan lepas cakap akan hal itu kami berdua terus mendiamkan diri dan tak ada topik nak bincangkan. Lain daripada yang lain rasanya. Sebab kalau tak biasanya kitaorang suka huhahuha antara satu sama lain (huhahuha ni macam kau suka sakat orang tak kira masa.).
Tapi kali ni tak macam dulu dah. Masing masing buat hal sendiri. Aku dengan milo panas (rutin pagi aku kat pantry kalau malas nak turun ke cafe.) dan Mika aku tengok tengah ralit dengan iPhone nya.
Dan dlm pada masa yg sama kitaorang tengah tak tahu nak borak apa tu lh bos aku datang dari belakang dn terkejutkan kami berdua. Macam tahu tahu je orang tua ni aku dgn Mika nak jumpa dia utk kasi tahu pasal niat kitaorang nak cuti sama lusa ni untuk balik melawat Adam kat kmpg.
Tapi tak sempat aku nak approach dia dulu dia yang terlebih dahulu tanya kitaorang pasal si Adam. Dan paling aku dan Mika terkejut bila bos cerita sampai A ke Z siapa Adam tu sebenarnya…
“……….Kamu tahu Adam tu pandai mengubat orang yang terkena sihir, rasuk buang saka dan segala yang berkaitan dengan alam ghaib. Hijab dia pulak terbuka sejak kecil lagi. Bagus kamu berkawan dengan si Adam tu. Jadi kamu berdua nak melawat Adam dekat kampung dia lah ya?
Itulah saya pun dah lama tengok dia batuk teruk tu hampir beberapa minggu. Kamu berdua serumah dengan dia pun mesti kamu berdua perasan kan? Tak apalah. Kamu pergilah jenguk dia di kampung. Sampaikan salam saya kepada dia.”
Aku macam tak tahu nak kata apa lepas dengar apa yang bos aku cakap pasal si Adam tu. Adam ustaz? Dia seorang perawat? Anak datuk? Kenapa selama ni dia tak bukak sikit pun cerita pasal siapa diri dia yang sebenarnya dekat kitaorang?
Dari apa yang bos aku cerita dekat aku dan Mika sumpah weh aku cuma ingat dia tu macam aku dan budak budak lain ni je. Tapi tak sangka pulak dia….
“Apa ni Faz?! Aku rasa aku dah separuh tak betul rasanya ni! Aku…aku tak tahu nak cakap apa! Aku keliru sangat ni!”
Bukan kepala kau je keliru Mikael. Dengan kepala kepala aku sendiri keliru. Aku tak pasti apa yang tengah berlaku sekarang ni. Dan siapa punya angkara semua yang berlaku ni. Takkanlah Adam? Takkanlah Adam nak buat macam tu? Takkanlah bos aku pulak?
Tetibe pulak nak babitkan bos aku yang takde kene mengena langsung tu. Haha. Ampun bos ampun!
“Relax Mika. Kita balik je kampung Adam nanti. Mesti kita akan tahu segalanya nanti.”
Aku cuba pujuk Mika. Dari air muka Mika nampak dia macam tengah fikirkan sesuatu. Nampak serabut dekat muka dia tu. Confirm lah dia tengah fikir pasal semua yang berlaku ni. Sambil sambil tu aku belek phone dan aku ketinggalan beberapa panggilan terlepas dari Hassan.
Aku macam nak tahu dah kenapa mamat ni call banyak kali? Ada apa apa masalah ke kat rumah? Sebab setahu aku dia cuti harini. Ahh my bad sebab silentkan phone! So aku tak ambil masa banyak aku terus call semula si Hassan.
Untuk yang kedua kali barulah berjawab call aku dari Hassan tapi itulah tak sempat nak tanya lebih lebih dia dah putuskan talian. Agak puaka di situ.
“Apahal budak Hassan ni. Call banyak kali. Bila aku call balik dia cakap nanti aku cerita balik nanti. Tercungap cungap pulak tu. Apahal doh mamat ni.”
Aku membebel sendirian pasal si Hassan lepas tak sempat aku nak tanya lebih dia dah matikan panggilan. Aku jadi risau. Nak call balik ke tak? Ke tunggu balik rumah jumpa je nanti baru cerita.

“Apahal weh dengan Hassan?”
Mika dah sah sah lah dengar aku oncall dengan Hassan tadi dan dah sah sah jugaklah dia dengar dan nampak aku membebelkan si Hassan tu.
“Yang aku tahu dia macam kelam kabut semacam. Mungkin dia ada sesuatu nak cerita tu tapi aku dengar dia macam tengah drive je tu. Tunggu balik rumah jelah nanti tanya dia.”
Dan petang tu aku balik kerja dekat nak maghrib jugaklah dan aku nampak hanya ada kereta si Rashid je so ya hanya Rashid yang ada kat rumah haritu. Si Mika pulak tolong hantar sorang budak technician ni balik rumah sebab motor budak tu rosak petang tu.
Jadi dia balik lambat sikitlah haritu. Selalunya aku balik sama dengan si Mika. Anep dan si Ijam tu pulak memang takde kat rumah sebab dorang dua kerja dan balik esok paginya. Dan aku tertanya tanya mana pulak si Hassan ni?
Aku ingatkan dia dekat rumah rehat goyang kaki yelah sebab harini kan dia cuti. Dan dia cakap nak cerita sesuatu dekat aku balik nanti. So aku agak jelah mungkin dia keluar kejap kot.
Aku masuk bagi salam macam biasa tapi sumpah entah kenapa suasana dalam rumah tu aku rasakan kelam semacam. Aku berkira kira nak terus ke dapur nak basahkan tekak aku ni sebelum aku masuk ke bilik. Dan aku terbau sesuatu yang buat perut aku jadi lapar tiba tiba. Yes bau makanan!
Dah tentu tentulah si Rashid yang masak ni. Aku apa lagi terus terjah lah meja makan kat dapur tu dan bukak tudung saji untuk tengok menu apa yang Rashid masak untuk kitaorang harini.
Daging masak kari. Daging masak merah. Telur dadar dan juga sup apatah aku tak tahu yang pasti aku terliur sebab bau makanan favorite aku! Tapi aku tak terus makan sebab aku nak tunggu budak budak ni balik baru makan sekali.
Aku ni jenis tak reti makan sorang sorang baik kat rumah ataupun kat luar mesti nak berteman.
“Eh kau Rashid! Terkejut lah sial!”

Gila kau tak terkejut tiba tiba je dia dah berdiri belakang aku. Pagi tadi dahlah bos aku yang terkejutkan aku ini petang aku balik kerja si Rashid hanat ni pulak yang terkejutkan aku. So konluksinya harini hari terkejutkan aku lah ceritanya.
“Tengok je? Tak nak makan?”

Rashid senyum. Aku masani tak fikir apa. Aku fikir biasa je. Hakikatnya aku seriau cara si Rashid tu senyum pandang aku. Aku tak sempat nak cakap si Rashid dah pergi ambil pinggan dan cedok nasi.
Dalam hati aku nicelah ada teman nak makan sekali so ya Rashid lah teman makan aku tu. Tapi aku tersentak seketika…..
“Nah aku dah ambilkan nasi untuk kau. Kau berdiri apa lagi? Nak makan sambil berdiri ke? Duduklah.”
Serius je cara dia cakap kat aku tu. Dalam nada serius dia tu dia boleh lagi senyum senyum. Korang boleh bayangkan tak? Aku tersentak lah kan sebab dia cakap dia ambilkan nasi untuk aku dan suruh aku duduk makan. Mati mati aku ingatkan dia ambil nasi tu untuk diri dia sendiri.
Dia suruh aku makan tapi dia tu tak nak makan sekali ke dengan aku? Dia nak tengok aku makan je ke?
“Err. Kau tak makan sekali ke?”

Masani sumpah weh. Aku dah rasa semacam dah. Tadi macam okay lagi. Rashid tu dok senyum senyum je kat aku. Weh aku dahlah berdua je dengan dia ni. Sebabkan senyuman dia tu lah aku rasa seram semacam.
Kau tahu tak aku punya seram tu seram sejuk macam kau lepas tengah mandi air sejuk gila dan lepastu baru kau tersedar kau rupa rupanya lupa nak bawak tuala. Lalu kau pun tutup apa yang patut dan berlari masuk ke bilik dengan kipas dapur terbukaknya.
Aku rasa sejuk beku macam tulah bila berhadapan dengan dia.

“Kau tak nak makan kau cakap. Tak apalah.”
Tak pasal pasal aku tengok nasi yang masih panas yang dia ambilkan untuk aku tu Rashid angkat dan buang masuk ke dalam plastik sampah. Dia terus masuk ke bilik dan hempas pintu kuat kuat dengan sengaja. Weh apani? Aku tanya tu je kot?!
Takkanlah pasal aku tanya macam tu kau kecik hati dekat aku?! Aku ke yang salah?! Aku pun macam berdiri kaku jelah kat situ tak tahu nak respons apa hakikatnya aku nak cakap weh hanat apa masalah kau ni sial? Aku tanya tu je takkan kau kecik hati sampai macam ni?
Tapi aku tak cukup kuat nak cakap macam tu…….

……………

Usai aku selesai solat maghrib aku terus cari phone aku yang dari tadi berbunyi tak henti henti. Siapa pulak call tak berhenti henti dari tadi ni.
Dan ada satu WhatsApp dari Hassan cepat cepat aku bukak dan baca sebab lagaknya macam penting sangat pulak aku tengokkan.
“FAZ KAU JANGAN MAKAN MAKANAN DEKAT RUMAH TU. KAU APAHAL BARUA SANGAT TAK RETI ANGKAT CALL????”
Dalam jam 6:50 petang macam tu si Hassan WhatsApp aku. Oh waktu tu aku baru je sampai dekat rumah dan ya memang betul aku dapat notification WhatsApp masuk tapi aku abaikan sebab aku fikir tu datangnya dari group group WhatsApp yang aku agak tak penting pun untuk aku tengok.
Ye Hassan kau pun barua jugak sebab tak call aku awal awal. Waktu orang tengah sembahyang lah baru kau sibuk nak call aku berbelas kali.
Aku pelik lah kan bila baca chat dari Hassan yang mengatakan jangan makan makanan dekat rumah? Ya. Aku memang tak faham apa sebab yang membuatkan si Hassan cakap macam tu.
“Kau datang port kita biasa lepak kol 9. Nanti aku cerita. Aku tak jadi balik rumah petang tadi. Aku cerita masa kita jumpa je nanti.”
Whatsapp aku bluetick dengan segera lepas aku tanya Hassan bila dia nak balik rumah untuk cerita apa benda yang dia nak cerita dekat aku pagi tadi. Curious punya pasal aku ikutkan je dan lepas settlekan apa yang patut aku terus gerak pergi dekat tempat yang Hassan ajak aku jumpa.
Dan dalam perjumpaan tersebut lah Hassan telah menceritakan segalanya yang tak masuk dek akal fikiran aku langsung.
Aku terkesima sebentar dan tak tahu nak reaksi macam mana selepas dengar cerita dari Hassan. Begitu bersungguh sungguh sekali dia bercerita. Habis je Hassan bercerita tu aku baru teringat akan apa yang hampir berlaku dekat aku petang tadi.
Bila diingatkan balik aku terus rasa loya bercampur seram bila sikit je lagi gamaknya aku hampir nak makan apa yang Rashid masak kat rumah petang tadi.Kenapa waktu tu Hassan tak call je aku terus bagi tahu sebab ni? Kenapa dia WhatsApp aku pulak!
Buat aku termakan benda tu semua macam mana! Tiba tiba aku jadi geram dengan si Hassan ni.
“Betul weh sebab tu aku tak bagi kau makan makanan dekat rumah tu! Sebab aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri yang Rashid….”
REHAT 5 MINIT . Nak buat air jap , penat bebenor jari nih . Ni baru suku lebih , min target kol 12 baru siap . SERIUS HAHAHAHA
Belum sempat dia nak teruskan ayat yang aku tahu apa dia nak cakapkan tu aku dah potong dulu dari biar dia sambung ayat dia tu.

“Stop San. Stop. Aku tak boleh terima apa yang kau cakap ni. Err maksud aku tekak aku ni tak boleh terima apa yang kau cakapkan ni.
Aku nak muntah tolong beli baldi kecik kat kedai Rm2 jap. Weh seriuslh Rashid macam tu weh? Dia.. dia buat kerja tu dkt dapur kita?? Dalam peti ais tu bkn sembarangan daging lah yang ada?? Kau rasa selama ni kita makan semua tu ke? Weh San jawablah! Aku sumpah nak muntah ni weh!”
Aku tengok teh tarik kat depan meja aku ni. Sampaikan teh tarik pun dah buat aku kembang semangkuk. Tak lama lepastu pesanan nasi goreng pattaya aku sampai. Dengan nasi nasi goreng sekali bila aku tengok aku rasa nak muntah dan tak jadi nak makan.
Tekak aku rasa perit semacam. Kau tak rasa macam celaka sangat ke masa ni? Kau dok fikir apa yang kau makan selama ni tiba tiba sampaikan kau nak makan dekat kedai makan pun benda tu menghantui kau. Aku.. aku tak dapat terima. Sumpah tak dapat terima!
“Aku tak pasti lah Faz! Tapi berkemungkinan besar memang ya lah sebab kita memang ada makan kan masakan dia lately ni? Apesal doh dengan Rashid tu kenapa dia buat kita macam ni? Dia tu betul ke tak tu?”
Masa Hassan tanya aku soalan tu aku hempuk kepala dia sebab bagi soalan “bodoh” untuk aku. Dah sah sah lah tak betul kalau dah jamu kita dengan makanan yang tak sepatutnya tu! Itu dah kira….

“Psiko! Rashid tu psiko weh! Bukan betul tak betul lagi dah!”
Hassan pegang kepala dia. Sakit lahtu lepas kena ketuk dengan aku. Hah kau cuba lah lagi bagi soalan mengarut dekat aku.

“Sebab tu aku seram nak stay dekat rumah sorang sorang tadi. Lepas aku nampak je Rashid buat kerja gila tu aku terus gerak pergi rumah abang aku.
Tak sanggup weh aku. Weh kau tak ajak Mika ikut sekali ke?”

Bila si Hassan petik nama si Mika aku baru teringatkan budak tu. Tiba tiba aku “seram sejuk” tak tentu pasal.

“Mika tahu ke tak pasal ni?”
Hassan gelengkan kepala dia menjawab kepada soalan aku dan aku pun apa lagi terus mengucap sebab masa aku keluar dari rumah tadi pun Mika tak balik balik lagi. Mika tu dah lah hantu dengan masakan si Rashid!!
Aku tanpa berlengah terus mendail nombor Mika dan dia tak buat aku tunggu lama dan terus jawab panggilan dari aku.

“Lah apasal? Aku ingat malas nak keluar lepak aku ingat nak balik terus je kejap lagi. Lagipun aku dah makan dengan Syuk tadi.”
Apa dia ingat aku ajak dia lepak kat sini nak ajak makan ke? Memang dia fikir macam tulah kan ceritanya dh tentu tentu aku ajak dia dtg kat port biasa kitaorang selalu lepak makan kalau tak mkn dkt rumah. Dia tak tahu bahawasannya kitaorang nak menyelamatkan dia dari “seseorang”.
“Yela yela aku sampai 10 minit lagi.”

Setelah puas dipujuk rayu Mika pun akhirnya menurut juga cakap aku untuk datang ke sini sebelum sempat dia balik rumah. Bagus Mika bagus.
Tapi yang tak bagusnya aku takut kalau Mika tengking cakap aku macam dia tengking cakap Adam kat pantry tempoh hari. Dia tu dahlah garang gila barbie! Oh ya! Aku baru teringatkan pasal bekalan yang Adam beria tak nak si Mika makan tu!
Aku rasalahkan si Adam mesti dah tau awal benda apa yang si Rashid masakkan untuk Mika haritu! Sebab tulah Adam sanggup “cari pasal” dengan si Rashid! BINGO!
Tak lama lepastu Mika datang dan saja pamerkan muka tak puas hatinya kat kitaorang. Belum lagi cerita dia dh tunjuk muka macam nk cari gaduh tu kalau kitaorang dh cerita semuanya pasal si Rashid tu kau agak agak dia terbalikkan tak meja ni? Aku seriau lah pulak tengok si Mika ni.
“Hah apahal ajak aku lepak sini? Aku baru ingat nak balik rehat lepastu kemas baju nak balik kampung Adam lusa ni. Hah apa dia bagitahu lah.”
Macam tak tahu nak mulakan dari mana aku tepis tepis kaki si Hassan suruh dia bukak mulut cerita balik kat Mika ap yg dia dah cerita kt aku pasal si Rashid tu. Teragak agak si Hassan masa ni aku tengokkan. Nak gelak tak sampai hati. Haha. Dia pun aku agak takut dengan si Mika ni.
Kejap kita dua ni Hassan sebenarnya takut dekat siapa sekarang ni? Mika atau Rashid? Yang sepatutnya kita takutkanlah? Senang cerita dua dua manusia ni lah aku “takutkan”. Hahaha.
“Aku nak cerita pasal si Rashid. Aku harap kau bertenang. Aku bukan nak mengarut ke apa. Aku cuma… Aku cuma nak bagi tahu apa yang aku nampak je. Bukan saja saja aku ajak Faz datang lepak sini. Dan kau pun sama Mika. Bukan saja saja Faz ajak kau datang sini.”
Mika kerutkan dahi dan pandang kami berdua. Mika pun mungkin tertanya tanya apa benda yang Hassan nak ceritakan pasal si Rashid tu. Tengok muka Mika dah tahu yang dia menanti je si Hassan bukak mulut cerita pasal si Rashid tu.
Dan Hassan pun cerita balik kat Mika sama macam yang dia cerita kat aku berkenaan dengan si Rashid tu. Dan Mika….
“Wtf! Seriously?? Seriouslah San kau nampak Rashid macam tu?! Yang kau call Faz pagi tadi tu nak cakap pasal ni lah?”

Terkejut kau kan Mika. Kau tak tengok aku punya terkejut tadi sikit lagi nak tercirit bila Hassan cerita apa yang dia nampak Rashid buat kat dapur kita tu.
Tali leher yang dia dah longgarkan dia leraikan terus dari kolar baju kerja dia tu dan terus campak kt atas meja. Mika meraup satu wajahnya dan kedengaran nafas dia turun naik masani. Mungkin tk dpt terima dn terlampau terkejut dengan apa yg si Hassan cerita pasal si Rashid tu.
Kalau benda ni kat tempat korang boleh korang bayangkan tak macam mana?

“Betul Mika. Takkanlah aku sengaja nak buat cerita macam tu nak burukkan si Rashid. Sebenarnya weh. Aku ada lagi benda nak cerita dekat korang berdua pasal si Rashid tempoh hari.
Alang alang aku dah cerita apa yang aku nampak Rashid buat tu aku rasa aku cerita jelah terus kat korang dua.”

Masa Hassan cakap je dia nak cerita pasal si Rashid lagi aku macam dah tawakal apa benda lagi yang Rashid buat dekat belakang kitaorang selama ni.
Aku dah lah masih tak dapat terima kenyataan cerita si Hassan ni. Alih alih Hassan nak tambah lagi cerita pasal si Rashid!

“AKU” Dalam Cerita Ini Adalah HASSAN
Haritu aku halfday dan si Ijam dan si Anep ada dekat rumah dorang shift balik pagi tu. Si Rashid dia halfday masuk petang khamis tu kalau kau ingatlah masa dia tak masuk pagi tu.
Aku masuk nak ke bilik dan akan lalu bahagian dapur yang berhampiran dengan dapur tu ada bilik air hujung kat pintu belakang tu. Masa aku nak masuk je dalam bilik aku terperasan ada orang dekat bilik air belakang tu tengah mencangkung macam tengah basuh baju macam tu.
Niat aku nak terkejutkan “manusia” tersebut dari belakang tak memasal aku pulak yang dia “terkejutkan.”

………………

“Korang tahu aku nampak siapa dekat bilik air belakang tu?”
Aku dan Mika tak jawab soalan si Hassan dan kami berdua hanya fokus sahaja kepada cerita si Hassan ni. Dan dia pun menyambung kembali ceritanya…
Aku nampak Rashid! Kau tahu aku nampak dia buat apa? Aku nampak dia tengah leka sikat rambut anak patung yang rambut dia keras tu! Anak patung yang kalau kau gerakkan dia nanti mata dia berkelip kelip tu! Dari mana lah sial dia dapat anak patung tu!
Kau tahu dia sikat pakai apa? Dia sikat pakai sikatlah tapi yang buatkan aku bertambah pelik ada banyak sikat yang dah patah dekat atas lantai bilik air tu.
Aku syak sikat sikat tu patah sebab dia dok sikatkan rambut anak patung yang kalau kau bawak pergi salon pun takda gunanya lagi mahu orang dekat salon tu humban anak patung tu dalam tong sampah!
Kejap kejap aku tengok Rashid rendamkan kepala anak patung tu ke dalam gayung yang berisi air. Korang dua kalau nampak benda macam ni depan mata mesti korang pelik dah kenapa jantan ni main sikat sikat rambut anak patung yang dah sedia keras tu?
Anak patung siapa dan kenapa dia buat macam tu? Seram punya pasal aku terus tak jadi nak terkejutkan si Rashid dan terus masuk ke dalam bilik. Tak habis lagi weh ada lagi weh cerita pelik pasal si Rashid ni.
Aku ingat lagi ada suatu haritu aku tengah sedap lepak tengok tv tak memasal ada dua tiga lipas berterbangan dekat belakang aku. Aku menjerit dan maki lipas lipas tu sebab beliau dah buat aku kegelian yang teramat.
Ko sabo jap lipas ko sabo.”

Niat aku hanya satu nak bunuh lipas lipas yang dah mengganggu ketenteraman hidup aku petang tu. Aku ambil penyapu dah libas sekor sekor sampai tak bergerak.
“Hah ini makan dia. Hah amek kau amek kau.”

Kejam tak kejam belakang cerita (kejap.kejam ke?)yang aku tahu lipas memang buat aku geli satu badan even dia lalu sebelah aku dan tak kacau aku pun aku dah rasa geli gila.
Dan kemudian Rashid datang dan pandang aku macam aku buat kesalahan besar lepastu aku tengok dia dengan selambanya pergi kutip lipas lipas yang aku dah libas tadi tu. Kutip pakai jari k bukan dia sapu pakai penyapu yang ada dekat tangan aku ni!
“Kau bunuh lipas ni semua kau nak makan ke? Kalau tak rasa nak makan jangan buat macam ni. Kalau rasa nak makan cincang elok elok bukan macam ni.”

Lebih kurang gitulah ayat yang dia bagi untuk aku. Aku apa lagi terus berfikir dan hadam ayat yang si Rashid bagi dekat aku tu.
Dia cakap main main atau maksudkannya?? Lepas dia kutip lipas lipas tersebut tu aku ingat dia nak terus bawak pergi buang kat dapur tapi apa yang menghairankan aku dia pergi bawaknya masuk dalam ke dalam bilik. Aku pun masatu termangu mangu sendiri tak tahu nak kata apa.
“Weh Mika kau nak balik ke kampung Adam lusa ni? Kenapa weh? Ada apa apa yang berlalu dekat Adam ke?”

Hassan seakan mendesak Mika untuk beritahu sebab utama Mika merancang balik ke kampung Adam. Mestilah dia pelikkan dan nak tahu kenapa Mika nak balik ke kampung Adam.
Perancangan nak pergi ke kampung Adam pun aku dan Mika tak bagi tahu lagi dekat budak budak ni. Mika pandang aku. Dan aku tahu kenapa.

“Aku dengan Mika balik kampung Adam. 2malam dekat sana. Ada lah hal sikit nanti kau tahu jugak. Aku belum lagi bagi tahu dekat……….”
Belum sempat aku nak habiskan ayat Hassan dah potong dulu cakap aku…

“Korang tak rasa ke selama ni kita dah buruk sangka dekat Adam?”
Mika angkat muka dan aku pun agak terasa dengan ayat Hassan tu sebab aku pun hampir hampir nak salah sangka dekat Adam berikutan kejadian pelik yg berlaku kat kitaorang selama ni. Tapi paling terasa dh tentu tentulah si Mika. Aku pun tk boleh nk salahkan si Mika jugak sebenarnya.
“Jadi yang tak tahu sekarang ni cuma Anep dan Ijam. Hassan nanti kau jangan lupa cerita semuanya dekat dorang berdua. Suruh dorang berhati hati sikit. Dan satu lagi aku nak pesan.
Kita bertiga kena berlakon tak tahu apa apa yang sedang berlaku seolah olah kita tak tahu siapa Rashid tu sebenarnya. Korang dua buat je apa yang aku cakap ni.
Kita buat macam biasa dan jangan sampai si Rashid syak kita dah tahu dia tu siapa sebenarnya sampai aku bawak balik si Adam semula dekat rumah.”
Pesan Mika kepada Hassan. Ya sekarang ni cuma si Anep dan Ijam je yang tak tahu lagi perkara sebenar. Aku, Mika dan Hassan akan berpura pura tak kenal lagi siapa Rashid tu yang sebenarnya bila kitaorang sampai je dekat rumah nanti.
Aku tak pasti aku boleh berlakon dengan baik ataupun tidak. Dan aku tahu Adam terlebih dahulu dah tahu perkara sebenar yang dah berlaku. Cuma tak pasti kenapa Adam memilih untuk tidak bersuara akan hal ini.
Aku agak terkilan sebenarnya dengan Adam sebab dia merahsiakan seorang diri tentang benda ni.

xxxxxxxxx

“Hahaha kau nak balik kampung Adam kau nak tibai budak tu ke Mika?”
Reaksi Anep bila dapat tahu Mika nak pergi ke kampung Adam. Mika berikan satu senyuman kepada Anep. Ijam pandang pelik terhadap Mika mungkin dia berkira kira yang Mika akan cakap ya aku nak balik tibai si Adam tu sampai lunyai! Padahal mereka berdua tak tahu lagi perkara sebenar.
Oh kau perli ya Anep. Si Ijam pulak aku tengok dok ketawakan dengar si Anep cakap macam tu. Ketawa mengejek! Kau tunggu Hassan cerita segalanya dekat korang berdua nanti! Mahu terdiam korang dua nanti dibuatnya!
“Faz… aku rasa bersalah sangat dekat Adam sebab aku dah buruk sangka dan tuduh dia macam macam benda yang dia tak buat langsung!”
Nampak dari air muka Mika yang dia seakan menyesal dengan apa yang dia dah buat kepada Adam sampai katanya dia menyimpan dendam kepada Adam walhal bukan Adam puncanya selama ni.
“Disebabkan benda ni semua aku jadi baran tak tentu masa! Aku dapat rasakan aku bukan diri aku yang sebelum ni! Aku tak tahu kenapa Faz tapi aku rasa aku perlu pergi berjumpa dengan Adam!”
Dan lusa seperti yang dirancangkan awal pagi lagi aku dan Mika dah bertolak ke Pahang untuk berjumpa dengan Adam tanpa Adam tahu pun akan niat kami berdua datang melawatnya. Nak surprise katanya. Huhu.
Perjalanan yang memakan masa hampir 6jam akhirnya berakhir apabila kami tiba di kampung Adam jam 3petang lebih macam tu. Mana tak sampainya ke 3 petang kalau dah asyik berhenti makan je kejenya. Pantang nampak rnr “boek” sikit. Hahaha.
Sampai je kami berdua dekat satu jalan besar yang menempatkan rumah rumah kampung yang pada aku tak layak dipanggil kampung sebab dah macam lot banglo kampungnya. Ahhh aku baru teringat si Adam ni kan anak Datuk! So no wonderlah~
Dan kami jugak tak mengambil masa yang lama nak mencari rumah si Adam sebab selang beberapa rumah tu aku dah nampak kereta si Adam berhampiran pokok kelapa. Teliti punya teliti no plat kereta si Adam memang sah inilah rumah si Adam!
“Assalammualaikum…..”

Pintu rumah Adam terbuka luas dan kami berdua hanya menanti sahaja kemunculan Adam yang mungkin terkejut gila barbie agaknya Kalau nampak muka kitaorang berdua ni.
“Waalaikummussalam…. Eh Faz, Mika masuk masuk jemput masuk.Apani datang tak kasi tahu kat aku. Kalau tak aku boleh prepare nak masak apa apa untuk korang. Dah lah datang dari jauh.”
“Aku.. aku nak minta maaf dekat kau Adam! Aku dah tuduh tuduh macam dekat kau benda yang kau tak buat langsung! Dan tujuan kedatangan aku sebelum ni pun sebab… sebab aku syak kau yang punya angkara ke atas apa yang jadi dekat rumah kita tu.
Tapi sekarang aku baru sedar bukan salah kau semua tu.”

Serentak dengan itu juga Mika memegang kedua belah tangan Adam dah memohon maaf kepadanya. Aku yang tengok terasa sebak tiba tiba. Lebih sebak dari kau memohon maaf masa hari raya dengan kawan kawan kau. Huhu.
Adam yang batuknya tak henti henti tu lantas memeluk dan menepuk nepuk belakang si Mika.
“Relax Mika. Kau sebenarnya mangsa keadaan. Aku tak ambil hati langsung sebab aku tahu apa yang tengah berlaku dan kau tak patut dipersalahkan pun atas semua ni. Kau tak tahu apa apa kau hanya mangsa keadaan.”
Aku tengok air mata lelaki Mika jatuh dan memang Mika sangat kesal dengan apa yang dia dah buat kepada Adam sebab tuduh secara membabi buta.

“Inike kawan kau yang hampir jadi mangsa santau kawan kau seorang lagi tu Adam?”
Dengar je abang Adam cakap macam tu aku terus rasa meremang lain macam dan pandang Mika. Mika pandang Adam dan mungkin tunggu penjelasan dari Adam lepas dia dengar je apa yang Afiq tu katakan tadi. Hampir jadi mangsa santau??
“Aku” Dalam Cerita Ini Adalah ADAM

Pertama kali aku datang ke rumah sewa kita tu dari luar aku dah tak sedap hati dan dah rasa yang bukan bukan. Aku kalau dah tak sedap hati ni memang ada petanda yang tak elok.
Petanda yang tak elok tu adalah apa yang ada dalam rumah sewa korang masa tu. Aku ambil masa yang lama sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Aku berzikir dan diikuti bacaan Al fatihah,3 kul dan seterusnya ayatul kursi, ayat1000 dinar dan
kemudian aku sambung beberapa surah tertentu dan ya ada sesuatu yang tak best tengah bersarang dalam rumah ni. Dan serta merta “benda” tu panas dengan kehadiran aku dan bila aku selesai je baca apa yang patut benda tu yang aku tahu tak berapa kuat mana telah pun terhapus tanpa
perlu aku berinteraksi dengan dia. Dan setelah itu barulah aku melangkah masuk ke dalam rumah sewa kita petang tu.
“Assalammualaikum…”

Bila aku melangkah je masuk ke dalam memang aku dah rasa lain benor kat dalam rumah tu. Aku gelengkan kepala sebab aku tahu antara korang semua ni sorang pun tak rajin nak patuh kepada Allah senang cerita tak ada yang mengaji ataupun solat.
Kalau solat pun mesti ada satu hari yang korang sengaja tinggalkan. Astagfirullahaladzim…. Mana taknya rumah korang terasa bahang lain macam. Itu masa hari pertama aku datang dekat rumah kau belum hari hari seterusnya lagi…..
“Jadi kau memang dah tahulah sebelum ni awal awal kau masuk dalam rumah kita tu? Kenapa kau tak bagi tahu dekat kitaorang semua?”

Aku tanya Adam sebab aku macam tak puas hati kenapa benda macam ni dia rahsiakan dari pengetahuan kitaorang semua.
Adam senyum dan pegang bahu aku. Dia teruskan menyambung cerita……
Tak Faz macam ni korang tak akan faham. Benda yang aku katakan bersarang dalam rumah korang tu aku sangkakan tiada yang “punya” atau lebih tepat lagi tiada tuannya. Rupanya tekaan aku meleset sama sekali.
Benda ni aku tahu tak lama lepastu. Ingat lagi pasal Mika mengamuk dekat aku malam tu? Pasal lipas dan kunyit apa semua tu? Kau tahu tu kerja siapa?
Dengan Izin Allah aku nampak benda tu semua dengan mata kepala aku sendiri yang RASHID bawak satu balang dan berlalu masuk ke dalam bilik Mika. Aku perasan tangan dia berdarah masa bawak balang tersebut. Aku jadi tak sedap hati. Apa benda si Rashid ni nak buat?
Aku tak terus tegur si Rashid dan aku terus masuk ke bilik. Tak lama lepastu dia keluar dari rumah aku terus berkira kira nak masuk ke dalam bilik Mika untuk dapatkan balang tersebut.
Dan aku terkejut bila aku keluar je dari bilik sepanjang laluan dari pintu utama menuju ke bilik Mika ada banyak lipas lipas yang dah mati yang sengaja diletakkan.
Aku geleng kepala dan terus pergi ke dalam bilik Mika dan aku tercari cari balang yang Rashid bawak masuk tu. Cari punya cari aku akhirnya jumpa balang yang diikat dengan kain kuning dekat bawah katil kau Mika!
Balang tu berlumuran darah dan cadar katil si Ijam habis terkena darah tersebut dan aku syak Rashid yang lap tangan dia yang berdarah tu menggunakan cadar katil si Ijam. Kalau bilik kau jangan cakaplah memang satu bilik tu berkunyit! Kau pun tahu kan macam mana?
Aku tak ambil masa lama aku terus rampas balang tersebut dan terus keluar dari rumah sebab aku tahu akan ada benda yang tak best yang akan jadi nanti. Dan aku tahu Mika apa yang jadi pagi yang kau jumpa boxer ada kunyit dan macam macam serangga yang ada dalam tong sampah tu.
Kau tahu siapa yang kedua bangun sebelum kau?

Rashid.

Sebabnya aku dah gerak pergi kerja lepas budak budak ni pergi dan dari jauh aku nampak Rashid dgn muka sememehnya berdiri dekat depan pintu dn pandang aku pergi kerja pagi tu. Aku nmpk muka tak puas hati dia tu dekat aku.
Dan benda ni kan kecoh sebab kau membebel dan bising satu hari tu siapa punya boxer tu semua kan. Rupanya boxer aku. Memang Mika aku agak terus “usha” aku lepas kejadian tu sebab aku tak bukak mulut dan diamkan je sebab aku nak tengok jauh mana lagi Rashid boleh pergi.
Dan hari yang aku bawak pergi balang tu untuk buang balang tersebut aku diganggu sepanjang perjalanan aku. Aku pandang balang tersebut dan start dari situ aku dah mula bertambah tidak selesa. Tekak aku mula rasa gatal dan tak lama lepastu aku batuk tak berhenti.
Aku mula istighfar 3kali ,selawat ke atas Nabi 10 kali diikuti Al Fatihah 1kali seterusnya Ayatul Kursi 1 kali dan seterusnya aku baca surah tertentu dan…………….(Interview si Adam balik sebab aku tak ingat part ni. Huhu.)
“Astagfirullahaladzim!!!! Santau?!”

………………

“Santau tu dituju untuk aku rupanya. Disebabkan aku Rashid punya rancangan ke atas Mika gagal. Kira aku ni penghalang dia untuk dia lunaskan niat dia tu.
Rashid lagi bijak dia permainkan aku untuk ambil balang tersebut yang aku sangkakan dituju untuk Mika. Kenapa aku cakap santau tu untuk aku? Sebab bukan kau yang kena Mika. Kau kena sipi sipi je. Kau perasan tak perubahan dekat diri kau sekarang ni?
Kau jadi panas baran tak tentu pasal. Kau kiranya bernasib baik lagi Mika. Dan kau ingat lagi sebab aku melarang kau makan bekalan yang Rashid masakkan untuk kau tu?”
Masa Adam cakap macam ni aku dan Mika dah boleh agak kenapa dan terus flashback apa yang Hassan cerita dekat kitaorang haritu. Adam pun tahu kenapa tak lain tak bukan sebab….

“Sebab dia masakkan aku yang bukan bukan ke? Ular, lipas, cicak apa benda tu semua??”
Tekak aku jadi loya tiba tiba bila teringatkan balik kemungkinan besar yang benda tu semua dah sebati dalam perut kitaorang…

“Hah? Masakkan kau ular?? Dari sumber mana kau dengar ni?? Tapi bukan itu sebabnya. Ada yang lebih penting lagi.”
Adam terkejut bila dengar Mika cakap macam tu dan dengan aku aku dan Mika sekali lah terkejut ceritanya. Aku pandang Mika dan Mika pandang aku. Kitaorang sumpah tak faham apa maksud Adam? Bukan sebab bahan bahan yang Rashid masak tu ke??
Lah Adam tak tahu lagi lah ya yang si Rashid tu sebenarnya dah masakkan Mika apa benda semua tu? Kejap aku tak faham kenapa Adam tak bagi Mika makan bekalan tersebut kalau bukan disebabkan apa yang Rashid masakkan tu!!!!
Ada yang lebih penting lagi. Dan yang lebih penting tu adalah Rashid nak santau kau melalui MAKANAN. Dan aku dah dapat kesan awal awal benda ni dan berjaya tepis serangan dia ke atas kau. Dan dia tahu aku lah punca rancangan dia gagal dan sehingga sekarang dia terusan “usha” aku.
Pertama kali aku nampak Rashid kat rumah tu aku dah tahu dia tu akan jadi “lawan” aku suatu hari nanti. Dan sebenarnya korang selama duduk dengan dia masa aku takde lagi dengan korang sebelum ni mata korang “tertipu” dan “tertutup” dengan siapa diri dia yang sebenarnya.
Aku bukan nak kata apa lah ye, Rashid tu anggap aku ni pesaing besar dia. Dan korang kena ingat dia ni bukan sembarangan punya orang. Ini baru sikit je tau.
“Ta..tapi kena…kenapa Rashid nak santau aku?? Aku takde masalah dengan dia weh! Kenapa dia nak buat sampai macam ni sekali. Tak pasal pasal disebabkan aku kau yang kena Adam! Memang barua anak haram kau Rashid! Tak puas hati sembanglah dengan aku!
Main santau santau ni dah kenapa sial! Aku punya penat fikir sampai selalu terjaga waktu malam dan susah nak tidur balik lepastu!”
Baru aku tahu kenapa Adam melarang keras sekali untuk Mika makan bekalan yang Rashid bawakkan. Rupanya bukan disebabkan bahan bahan yang Rashid masakkan tu. Mika naik hantu petang tu. Dia memang tak dapat nak kawal lagi kemarahan dia terhadap Rashid.
Aku, Adam dan Afiq cuba tenangkan si Mika yang dah naik hantu tu. Dengan aku aku sekali rasa nak naik hantu bila dengar je cerita dari Adam yang Rashid sanggup buat kerja gila sampaikan sanggup santau menyantau orang bagai ni.
Memang aku tak faham apa motif Rashid sanggup buat Mika macam tu sebab aku tengok Mika okay je dengan si Rashid tu. Tapi tak ku sangka rupanya Rashid talam dua muka selama ni! Selama mana aku tak pasti lagi masani.
“Sabar Mika sabar. Kalau kau selalu terjaga dari tidur biasakan diri kau tunaikan tahajjud dan lepastu kau ambil al quran dan baca Surah Ar Rahman. Sedikit demi sedikit hati kau akan tenang dan ketenangan yang kau dapat tu hanya Allah sahaja yang tahu.
Aku selalu amalkan bila aku terjaga dari tidur. Aku tahu kau sangat serabut sekarang ni tapi kau cubalah memang kau akan rasai perbezaannya.”
Dan berkenaan apa yang kau cerita pasal Hassan nampak Rashid kat dapur tu memang aku terkejut dan aku dah boleh agak yang dia ni psiko. Tapi korang bernasib baik sebab tak sempat nak merasa makan benda tu semua kalau tak mahu korang kenyang seminggu tak lalu nak makan hahaha.
(Jipake Adam gelak masani.) Beberapa hari yang aku ada dekat rumah sebelum aku balik kampung ni kan Rashid tak masak langsung? Dan korang jangan risau sebab memang dia tak jamu kita langsung pun dengan makanan tu semua sebelum ni.
Sebab aku ada “deria” untuk tahu okay ataupun tak bab bab makanan ni. So far okay je tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Selepas aku pergi balik kampung agaknya dia baru berani nak try bagi korang makan benda tu semua. Masa aku ada mungkin dia tak berani nak buat benda tu semua sebab dia takut kantoi dengan aku dan kita semua.
Dan kau ingat lagi pasal patung yang Rashid dan Ijam kata dia nampak aku pegang dekat laci Mika tu? Aku yang sebenarnya nampak si RASHID masuk bilik kau dengan muka selambanya bawak patung tu.
Lepas dia keluar dari bilik kau aku apa lagi terus masuk bilik kau dan cari patung tu. Dapat je patung tu aku terus baca apa yang patut dan aku lega patung tu hanyalah patung biasa yang dililit kain kuning. Aku jadi pelik apa motif Rashid letak patung ni dekat laci Mika?
Dan aku baru perasan lepas Ijam bangkitkan benda ni haritu barulah aku sedar yang semua ni adalah rancangan dia untuk “mengenakan” aku dan buat korang pandang aku lah punca segalanya.
Dan pada masa yang sama kan Ijam kata dia dan Rashid dok mengintai aku dari luar bilik kebetulan masa si Ijam lalu tu. Mestilah Ijam fikir lain kalau dah nampak aku macam tu kan?
Hah Faz pasal si pontianak dan si pocong yang dok kacau budak budak jambu tu pulak menatang haram kepunyaan si Rashid. Aku dah selalu terkena dengan bangkai dua ekor tu. Anep dan Ijam kira okay lagi dikenakan menatang haram tu kalau nak dibandingkan dengan aku.
Dia guna benda dua tu untuk sakat budak si Ijam dan si Anep tu yang kau tahu dia lemah bab bab ni. Bab ni aku pasti si Rashid hanya nak mengusik aje budak Ijam dan si Anep tu.
“Assalammualaikum Adam. Adam ada tetamu ya. Pak Mad bawakkan bahan bahan yang Adam pesan untuk sesi rawatan yang Adam katakan selepas Asar ni. Tengokkan apa betul atau tidak apa yang kamu suruh Pak Mad carikan itu. Cukupkah tidak tu.”
Aku, Mika dan Afiq bersalaman dengan seorang pakcik yang menggelarkan dirinya Pak Mad. Wah Adam kan seorang perawat dan mungkin Pak Mad adalah seorang dari hamba Allah yang meminta bantuan dari Adam.
“Waalaikummussalam. Cukup dan tepat sekali apa yang saya mahukan ni Pak Mad. Pak Mad bersedialah kita jumpa lepas Asar ye.”
Adam terusan batuk dan muka dia memang pucat teruk tapi masih lagi mampu mengukir senyuman dan melayan aku dan Mika kalau aku lah kat tempat dia mahu dah terbungkang kat katil seharian.
“Jadi kau balik kampung sebab kau nak berubat?”

Aku tanya Adam untuk kepastian apa betul apa yang aku rasakan ni sebab Adam memang dah terlalu lemah aku tengokkan. Memang berubat lah cerita dia kalau dah dia batuk teruk sebab terkena santau yang dihantar oleh si Rashid hanat tu!
Memang kesian aku tengok dengan badan dia yang kau boleh nampak dah susut sangat sangat. Tak sebenarnya si Rashid ada dendam apa dengan si Mika??? Aku hangin pulak tengok dia tu!

“Ye Faz. Kalau tak aku takdenya dekat kampung sekarang ni hehe.”
Dan aku skip apa yang berlaku dkt kampung Adam pasal rawatan apa semua tu ya sbb kalau nk share dekat sini memang berjela dn aku mls nk ingat dn interview balik si Adam.

Selepas tiga hari dua malam aku dan Mika di kampung Adam kitaorang pun berangkat pulang awal tengah hari tu.
Niat nak bawak Adam balik dan bersemuka dengan si hanat tu tapi Adam aku tengok masih tak sihat dan katanya dia akan kembali okay lepas kerap berubat dengan abang Afiq. Aku kalau boleh nak cerita semua part masa aku duduk dengan Adam ni. Nanti lah aku share di next entry.
Dan macam biasa…

“Jaga solat jaga diri dan jaga kawan kawan. Ingat tu pesan aku Faz, Mika….”

Sejuk betul hati aku masa dengar si Adam pesan macam tu. Kan bagus kalau awek yang pesan macam tu hari hari dekat aku mahu aku terlebih rajin agaknya. Huhu.
On the way balik tu dan hampir sampai ke tempat kitaorang Anep dan Ijam ajak jumpa di port biasa dan tak bagi kitaorang terus lbalik ke rumah katanya ada hal yang dia nak ceritakan. Aku dan Mika okaykan je dan terus pergi dekat port biasa yang budak duaorang tu dah tunggu.
“Aku” Dalam Cerita Ini Adalah Ijam.

…………..

Sumpah weh Faz, Mika aku pun tak sangka Rashid macam tu! Kau tahu dia boleh pergi perah air stokin busuk dia tu dan bagi kucing tu minum!
Lebih air tu dia bawak masuk dalam rumah dan letak dalam bekas air yang kita biasa dok letak air sejuk tu. Apa sial jadah perangai macam tu? Dia buat terang terangan dekat sinki belakang memang aku nampak lah dah macam dia sengaja nak suruh aku nampak ke apa aku tak pasti.
Ba** apa letak air rebusan stokin tu? Dia nak buat penawar otak gila nak mampus dia tu ke apa????
Weh satu lagi si ponti celaka tu dah pandai dok terkejutkan aku dekat bilik sekarang ni!!! Aku rasa masa si Adam tak ada dia berani masuklah!!! Aku ni dah lah lemah semangat mahu aku tambah dua minggu lagi demam terkejut punya pasal!!!
Lagi jahanam dia boleh ajak aku cak cak bila aku drive malam nak pergi makan.
“Erm cak erm cak! Hihihihu~ Abang pergi makan ye? Tak ajak pun. Hihihihihi~”

Apa celaka sangat ponti ni jadi ponti? Mana aku nak pergi apa aku nak buat dalam dua hari tu dia tahu je!!!! Sampaikan aku nak balik rumah pun aku fikir 600 kali.
Tak boleh jadi aku call si Anep tunggu depan rumah assist aku sampai masuk ke dalam. Lagi puaka si Anep kata dia nampak ada pocong duduk dekat sebelah seat aku!!!!!! Apa lagi terus kucar kacir lah aku keluar dari kereta tu!!!
“Kesian Adam kita dah salah sangka dekat dia. Padehal si jahanam tu punya hal rupanya. Tak sekarang ni aku tak faham. Kenapa lepas Adam stay dengan kita baru terbongkar perangai lahanat dia tu? Sebelum ni dia okay ke tak masa Adam tak join kita lagi?
Ke kita je tak perasan selama ni yang dia macam tu? Weh Adam okay tak? Aku bersalah gila rasanya ni.Weh sampai bila kita nak tinggal dengan orang gila ni!”
Kau suara dah lah boleh dengar 5buah rumah sekaligus inikan pulak kau lepak tempat sini dengan mata mata kat kedai ni dok usha je kita semua. Suara dah macam bapak aku si Ijam ni. Terkejut bila dia tinggikan suara tu.
Aku dan Mika pun ceritalah pasal semuanya tentang Adam dan si Rashid dan ya seperti yang dijangka mereka berdua pun terkejut beruk bab main santau bagai tu.
Tahulah kami yang Hassan mungkin dah cerita segalanya dekat mereka berdua ni dan Ijam pun dah nampak dengan mata kepala dia sendiri… Si Anep? Akhirnya dia nampak jugak perangai Rashid depan mata dia. Hehehehe.Teruskan membaca.
Dan macam mana si Rashid akhirnya tahu yang kitaorang dah lama tahu perangai dia tu? Aku citer terus lah ek. Ada suatu malam tu aku lepak lama jugaklah dekat bilik Anep dan Ijam. Mika, Hassan takda dorang pergi isi perut dekat port biasa kitaorang lepak sebelum balik ke rumah. ..
Dan Adam pulak balik lambat malam tu…..

“Aku nak kencing jap tak tahan. Ada sesiapa nak follow tepi?”

Tiba tiba rasa nak kencing. Tapi sebelum gerak nak keluar dari bilik dorang tu aku terhidu bau yang kurang enak. Bau tu lebih busuk dari kentut Anep.
Dan terdengar pulak sesuatu jatuh pungpang pung pang dekat dapur. Aku agak itu periuk belanga sebab sama sebijik yang aku dengar dekat rumah mak aku. Tapi masalahnya mana ada periuk belanga dekat rumah kitaorang. Hahaha.
Pastu aku dengar macam ada orang hidupkan dapur dan jerang air masak. Aku syak je semua tu sebab boleh dengar dan bilik kitaorang selang seli dengan arah dapur.
“Weh Rashid masak ke? Kau tengok jp weh.”

Kalau bab bab Rashid ni aku lemah sikit. Hahaha. Aku yg nk bangun pergi kencing aku tahankan lagi hakikatnya dh hujung hujung ni tapi aku blh pulak arahkan si Anep mengintai dn tk banyak cakap si Anep jambu ni menurut perintah dari aku.
Sempat dia tabik hormat dekat aku dan sempat gak aku sekeh kaki dia.
“Weh Faz, Ijam tengok Rashid angkat ape tu…….”

Dalam terketar terketar si Anep tarik tarik baju aku dn paksa aku tengok apa yang si Rashid tengah buat dekat dapur tu. Aku gagahkan diri untuk bangun sebab dengar si Anep tergagap gagap nak bukak mulut dan bila je aku bangun dan
menghampiri pintu bilik aku dikejutkan dengan “penampakan” di dapur yang memang buat tekak kau loya dan nak muntah masa tu jugak!! Kaki aku automatik berhenti. Dia punya gigil jangan cakaplah. Sampaikan aku cuba nak melangkah setapak pun aku terketar ketar.
Aku tak tahu nak reaksi macam mana selain dari reaksi terkejut gila betul masa ni. Aku nak bersuara pun anak tekak aku boleh nak tersekat pulak dia masa ni kat skala 10.
Tahu apa aku, Ijam dan Anep nampak!

Kitaorang nampak si Rashid angkat tinggi bangkai tikus dan ular yang dah dibedah dua (betul ke ni apa yang aku taip ni.) dan dia dok main jentik jentik bangkai tikus tu! Weh celaka apa benda setan segala bangkai apa semua dekat…
DAPUR !!!

DEKAT DAPUR! BAPAK PENGOTOR YA RABBI LAH BODOH!!! DIULANGI DEKAT DAPUR OKAY!!!! DAN BANGKAI TIKUS DAN AKU TAK PASTI ADA BANGKAI APA LAGI YANG ADA DALAM BEKAS TU!
Dan lepastu aku nampak dia terus rendam tikus tu kat dalam periuk (aku pun tak pasti tu periuk atau pun bukan periuk) yang airnya mendidih dan…..

“Nak masak anak tikus ke atau anak ular? Anak ular? Hihihi. Campur dua dualah. Baru yummy. Dadadididudu~
Dengan gembira aku dengar si Rashid nyanyi sakan tapi yang tak gembiranya aku dengan si Ijam dan si Anep ni lah. Aku dah lah nak ke bilik air alih alih dengar dia cakap macam tu kau tak rasa seram ke setan!
Disebabkan aku tak boleh tahan aku akhirnya yang terkantoi dengan si Rashid mana taknya aku termuntah dekat situ jugak weh!!!! Nasib baik tak terkencing plus muntah sekali kalau tak hancing bilik dorang sebabkan aku yang terkejut punya pasal!!!
Dah lah masa kitaorang dok ngendap si Rashid pintu kitaorang tertolak kebelakang dan aku agak si Rashid mesti dengar lah kan bila si Ijam dok bebel bebel…..
“Weh Faz! Kuatkan semangat kuatkan semangat apa doh muntah kat sini! Tahanlah gila kang kantoi!”

Kuatkan semangat kepala acik dia. Dengan bau semerbak dan tikus apa semua tu memang aku kalah lah!
Sorry to say memang aku lemah benda benda jijik dan kotor macam ni! Kang kantoi ya.. memang dah kantoi akhirnya kitaorang dengan si Rashid….
“Oh korang dah tahu ya baguslah.Tak payah aku nak berpura pura lagi dengan korang dah. Aku dah penat nak berlakon depan korang semua.”

Aku pandang Ijam dan Ijam pandang aku. Anep yang ada dekat belakang aku dah buat muka cuak. Si penakut ni dah mula tarik tarik baju aku.
Pundi kencing yang dari tadi aku tahan makin seksa bila sampai kesudah aku tahankan. Risau betul aku kalau masa ni aku terkencing dalam seluar lebih lebih lagi bila hadap si psiko yang tengah dok usha aku dengan yang lain ni.
Saja dia bagi kami semua satu senyuman yang pada aku agak menyeramkan dan mampu buat segala bulu kat badan kau berdiri tegak!
“Aku pun dah penat nak berlakon depan kau lagi! Apa masalah sebenar kau ni Rashid?!”

Dia senyum sinis dan masih pandang kami bertiga. Di antara kami bertiga kiranya aku ni agak berani jugaklah kalau nak dibandingkan dengan malaun dua orang ni.
Aku hilang sabar lepas dia ketawa mengejek kami dan aku beranikan diri “bersemuka” dengan dia walhal aku rasa nak pecah segala organ badan aku bila menghadap dia ni! Sumpah macam orang gila!
Aku keluar dari bilik dan melangkah setapak ke belakang sebab aku tak tahan bau dan geli tengok dapur yang dah tak serupa dapur tu!!!
“YA AKU ADA MASALAH DENGAN MIKA! AKU HERET SEKALI KORANG BERSAMA! ADAM TU PUN SEKALI AKU ADA PERHITUNGAN DENGAN DIA! KENAPA SUKA SUKA JE NAK GAGALKAN RANCANGAN AKU KAN DAH MENDAPAT! HAHAHAHAHAHA. BODOH SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG. RANCANGAN AKU ELOK JE SEBULAN DUA NI YANG KAU
(tunding jari dekat aku) PERGI TARIK ADAM MASUK RUMAH NI DAH KENAPA!!!!! KAU PUNCA SEGALA RANCANGAN AKU GAGAL! KAU TUNGGU NASIB KAU!!!!”
Astagfirullahaladzim ya Allah. Masa dia cakap macam tu dan tunding jari ke arah aku sumpah aku terus teringatkan mak ayah dan family aku dekat KL. Aku kecut perut betul bila dia tarik tinggi suara dia macam tu.
Berdebar weh!!!!! Memang betul betul rasa macam tak selamat dah aku rasa masa ni. Keberanian aku hilang dari radar. Aku dah tak berani nak tanya apatah lagi lawan cakap dia.

“AKU BERAMBUS AKU BERAMBUS ITU YANG KORANG NAK KAN SANGAT KAN. LAGI SENANG KERJA AKU LEPAS NI.
AKU TAK AKAN DUDUK DIAM DAN TENGOK KORANG BERSENANG LENANG. TAPI INGAT AKU AKAN SURUH BUDAK BUDAK AKU AWASI KORANG SEBAB AKU DAH TAK BOLEH NAK TENGOK TENGOKKAN KORANG LAGI. PESAN DEKAT MIKA INGAT TUHAN SELALU YE. DISEBABKAN DIA LAYLA MERANA!”
(Dia cakap banyak tapi aku ingat sikit2 je masa ni. Tanya si Anep dan Ijam harommm tak ingat.)
Disebabkan Layla? Siapa Layla? Apa hubungan Layla dan Mika?

Dia kata nak blah tu kan memang betul betul dia maksudkannya dan malam tu jugak dia berambus pergi dari rumah kitaorang.
Apa yang buat kepala aku dan budak budak ni mendidih dengan dia adalah dia boleh selamba sepahkan bangkai tikus, isi perut ular yang dah dikerat dan anak katak ke apa yang warna merah yang hidup lompat lompat tu! YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH AKU MUNTAH SEKALI LAGI WEH!
Korang bayangkan benda tu Rashid sengaja tolak jatuh kat lantai! Bergerak gerak segala cacing dan anak katak tu dekat lantai dapur. ( Anep kata tu anak katak. So aku taip dekat sini anak kataklah ya.)
Dahlah dapur ke bilik kau langkah setapak dua je memang boleh masuk lah kan benda menjijikkan tu. Aku sikit lagi nak menangis masa ni sebab aku memang lemah semua benda ni!
Disebabkan benda tu aku jadi takut nak masak ataupun minum air dekat dapur tu selepas kejadian yang menjijikkan depan mata aku. Sampai sekarang k sebab aku trauma doh dan otak aku tak boleh berfungsi dengan baik dah kalau pergi dapur tu.
Dan selepas Adam, Hassan dan Mika balik ke rumah dorang terkejut dengan apa yang dah berlaku kat dapur rumah dan Ijam cerita segalanya yang berlaku kepada mereka bertiga.
Aku pasang telinga dengar apa yang Ijam dok cerita dekat dorang bertiga tu dan dalam pada masa yang sama aku rasa nak termuntah buat ketiga kalinya.
“Dia petik nama Layla. Siapa Layla tu?” Ijam mengakhiri kata katanya.

Kami berlima menanti jawapan dari Mika. Mesti ada sebab kenapa Rashid berdendam sangat dengan si Mika tu kan? Aku pun tertanya tanya kenapa Rashid jadi macam tu. Dan apa kena mengena Layla, Mika dan si Rashid.
“LAYLA? Macam mana dia boleh kenal Layla?! Aku tak faham apa hubungan Rashid dengan Layla sampai dia sanggup buat aku macam ni?! Layla.. Budak tu….”

Cerita Dari Mika.
Layla.

Dia suka aku tapi aku tak suka dia. Sebabkan perangai dia yang kalau korang kenal dia pun korang tak akan suka. Suka senyum gelak sorang sorang dan menjerit tak tentu pasal. Ada masa dia jadi macam ni aku pun tak tahu kenapa.
Semua orang jauhkan diri dari dia sebab dia tu pengotor dan berbau lain macam sampai kena tegur dengan budak senior.

Esoknya kereta budak senior tu kena lempar dengan cat merah. Gempar jugaklah masa ni.
Lagi satu dia suka kiraikan rambut dia masa tengah makan dan ada rambut yang gugur dia simpan dalam satu bekas dan tenung. Depan mata aku dia buat macam ni masatu aku lepak makan dekat cafe tiba tiba je dia datang tanpa diundang dan terus menghimpit aku.
Dia budak junior masa aku dekat UK dulu. Dia budak pintar tapi aku tak faham kenapa perangai dia macam tu. Aku bukan apa weh mana mana perempuan yang nak rapat atau nak berkawan dengan aku dia serang budak budak perempuan tu semua.
Dia serang dengan cara menakutkan budak budak perempuan. Ada sorang housemate dia pernah cerita dekat aku yang dia curi curi masuk bilik Layla dan nampak gambar aku melekat dekat dinding bilik dia. Siap buat peramid. Dia ingat aku ni makanan ke apa.
Senang cerita dia memang minat aku gila gila. Hinggalah suatu hari tu.

“Kau boleh tak jangan kacau aku? Kau ni dah kenapa? Mana mana aku pergi kau ikut! Aku tak suka tengok muka kau menyemak depan mata aku lagi!
Aku tak selesa kau kacau aku macam ni sampaikan semua orang yang nak rapat dengan aku pun tak berani!”
Aku memang sengaja nak sakitkan hati dia dengan niat dia akan menyampah dan benci dengan aku. Dan keesokkan harinya aku dah tak nampak dia… Dan aku rasa dia memang dah berhenti ganggu aku. Tapi aku silap.
“APA YANG TAK ADA DEKAT AKU KENAPA KAU TAK SUKA AKU KENAPA APA YANG KAU TAK SUKA DEKAT AKU. AKU AKAN BERUBAH….”

Seminggu dia tak kacau aku tu akhirnya dia muncul semula dan merayu rayu terjerit jerit dekat aku.
Tengah sedap aku lepak dengan kawan kawan aku masatu dia datang dan terus melutut pegang kaki aku. Kalau aku sorang tak apa ini tidak satu cafe tu semua perhati Layla yang tengah merayu menangis tak berhenti tu. Aku hilang sabar aku tarik dia dan bawak dia pergi belakang cafe.
Aku maki dia sebab malukan aku apa semua haritu dan lepastu aku terus blah tinggalkan dia sorang sorang dekat situ.
Dan tak lama lepastu memang dia berhenti terus dari kacau aku. Lama jugak weh dan aku memang bahagia betullah rasanya masatu. Tak lama lepastu tup tup aku dengar yang si Layla tu dah balik Malaysia sebab banyak aduan yang tak elok tentang dirinya.
Family dia datang ambil dia kt sana sbb dia dh lama tak kacau aku tu rupanya dia tak dtg kuliah langsung. Patutlah aku lama tk nampak dia. Housemate dia cerita dia asyik menangis dn baling baling barang dkt dinding tk lama tu dia ketawa sampaikan seram budak2 tu stay dengan dia.
Itu apa yang aku ingat pasal si Layla dan kitaorang terus lost contact sampai sekarang. Dan bila kau sebut balik nama Layla aku memang terkejut besar. Nama tu buat aku berdebar semacam. Berdebar yang menyeramkan
Jadi Layla lah punca Rashid jadi macam ni? Benda ni jadi tanda tanya dalam kalangan kami berenam waktu ni. Siapa Layla dan apa hubungan dia dengan si Rashid kami dapat tahu tak lama lepastu dari bekas housemate si Rashid. Nanti aku akan ceritakan di next entry ye.
Dan ada suatu haritu aku tengah buang sampah dan Kak Nab (jiran sebelah rumah) panggil aku ajak gossip. Buang je sampah aku terus join dia gossip…
CERITA DARI JIRAN SEBELAH KAK NAB

…………..

Dia tanya akak ni reti bela kucing tapi tak rajin nak bagi makan ke? Takpe saya akan beri kucing ni makanan hari hari. Akak terasa jugaklah bila dia cakap macam tu dan akak terfikir dia ni menyindir aku ke apa?
Faz pun tau kan kucing kucing akak tu suka betul menyendeng dekat rumah korang. Tak sangka pulak mula dari haritu sampai beberapa minggu ni Rashid tak pernah missed bagi kucing kucing akak makan dan akak pun cakap dengan diri sendiri tu kucing aku ke kucing si Rashid.
Kau tengok kucing kucing akak tu dah besor gedempol kan itu Rashid lah yang bagi makan. Akak tak bagi makan langsung! Dalam rumah nak bagi makan pun kucing akak tak hingin dah kucing akak semua tu dah “gila bayang” dengan makanan si Rashid.
Faz akak tak tahu nak cakap macam mana akak punya terkejut bila nampak makanan yang si Rashid bagi dekat kucing kucing akak tu. Ada satu haritu Rashid balik kerja dan di tangannya akak nampak dia bawak seekor biawak yang dah mati.
“Ada makanan baru untuk kamu berdua! Kejap abang masuk dalam pergi potong!”
Dia tu biar betul Faz? Korang semua ni tak betul sekali atau dia sorang je yang tak betul? Akak beranikan diri menghendap dekat balik pagar dan tak lama lepastu akak nampak dengan mata kepala akak si Rashid pergi jamu kucing kucing akak tu dengan bangkai biawak!
Apa yang buat akak tertanya tanya dia potong biawak dalam rumah????

…………..

Setelah “pemergian” si Rashid banyak lagi perkara pelik yang bertambah tambah pelik berlaku dekat kitaorang semua. Dan itu memang kerja dia!
Memang dia maksudkan yang dia tak akan berdiam diri lepas keluar dari rumah sewa kitaorang. Dan aku akan kembali dengan next entry untuk ceritakan semuanya yang si Rashid lakukan dekat kitaorang lepas keluar je dia dari rumah.
Dan Adam dan Mika mereka berdua memang kena berjaga jaga dengan si Rashid tu. Kiranya aku sekali lah kena hati hati dengan dia. Aku ada balik rumah haritu dan cerita semuanya dekat ayah dan mak aku.
Mak aku pun apa lagi beria lah dia suruh aku berhenti kerja cari kerja dekat KL lah apalah dari terus duduk dengan budak budak ni sebab mak kan dia memang terlebih risau orangnya(Aku tiba tiba menyesal cerita dekat mak aku. Haha.)
Ayah aku dia risau tu risaulah jugak tapi dia bagi banyak nasihat dekat aku suruh berhati hati dan katanya kalau aku lari kat mana manapun lah dalam dunia ni dia tetap akan dapat “jejak” aku.

“Orang psiko ni jangan kau buat main Faz.”

Bapak aku bagi aku satu senyuman…..
DONE EPISODE 2 .mi n nak cuti sehari dari main ig ngn twitter ..hahaha 4 jam nk post semua..byee gudnight

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Thread Sheram

Thread Sheram Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!