Sudah jadi kebiasaan, malam minggu adalah waktu wajib untuk aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Lokasi wajib sudah tentulah restoran mamak 24 jam. Ini ada kaitan dengan tabiat kami yang pukul 3-4 pagi baru nak balik rumah.
Jadi pada malam minggu lepas, aku dan seorang rakan baik duduklah menghabiskan masa di sudut dinding kedai mamak, sambil ditemani gelas berasap dan bau tembakau. Pelbagai isu dikupas, dari seberat-berat isu Presiden Trump sampailah ke isu raya tahun ni nak bisnes apa.
Ok, cerita lain. Itu bukan intipati penting. Apa yang penting sekarang ialah SATU isu yang kami ceritakan pada malam tersebut. Kawan aku ni biasalah, agak-agak jam dah menginjak tengah malam, mulalah dia bukak surah seram dan hantunya.
Konon-konon nak bagi aku takut nak balik ke rumah nanti. Tapi aku tak adalah tutup telinga tak mahu dengar.
Aku alu-alukan dia membuka cerita sebab,’(Tambahan pula, menurut kawan aku ni cerita yang akan dia ceritakan ni cerita benar dan sahih.
"Fiq, kau tahu tak dalam dunia ni wujud satu nombor telefon misteri.."
Lebih kurang begitulah mukadimahnya. Aku nyalakan sebatang rokok tanda teruja nak mendengar. Terus aku duduk tegak memberi perhatian kepada cerita dia. Si kawan aku ni menambah lagi.
"Aku boleh bagi nombor ni dekat kau, dan kau boleh cuba call. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang jadi kat kau lepas tu. Nombor telefon ni memang berhantu!"
Aku jadi inzal nak tahu lebih lanjut. Apa yang misteri sangat pasal nombor telefon tu? Memang seram. Beberapa kali jugaklah bulu roma dan tengkuk aku meremang ketika dia bercerita.
Menurut beliau cerita ini benar-benar terjadi kepada dirinya, membuatkan dia sampai sekarang taubat tak nak call lagi nombor telefon misteri tersebut. Dah kenapa dengan nombor tu dan milik siapa? Ok begini ceritanya.
Cerita ni berlaku pada tahun 1992, masa tu aku baru berumur 12 tahun. Aku ni gemar sangat berkawan dengan budak-budak besar. Selalu sangat aku join abang-abang aku dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan.
Walaupun jarak umur aku dan abang-abang aku jauh, tapi itu bukan penghalang. Dah memang aku suka berkawan dengan budak-budak besar.
Kalau mereka tengah melepak selepas meronda-ronda naik motor, aku akan turut sama join. Kadang-kadang aku tak faham sangat apa yang mereka bualkan. Tapi itu tak jadi hal. Berkawan dengan mereka semua best.
Seperti biasa pada waktu petang aku akan datang port mereka melepak dan duduk menyibuk-nyibuk di situ. Tekun aku mendengar mereka berborak sambil mencangkung menguis-guis tanah dengan ranting kayu.
Aku cuba lukis gambar ayam tapi yang jadinya zirafah. Sampai lah aku terdengar mereka semua berbual tentang nombor telefon. Ranting tadi aku terus letak. Cerita ni macam menarik untuk diambil tahu.
Muka mereka masing-masing serius. Salah seorang kawan abang aku telah bercerita tentang nombor telefon misteri. Yang 'menariknya' nombor telefon misteri ini wujud, berfungsi boleh dihubungi. Cuma, sedia atau tak kita nak dengar suara 'si dia' menjawab panggilan di hujung talian?
Menurut beliau nombor tersebut kepunyaan seorang wanita yang telah mati dibunuh. Dari mana dia dapat info tidak pula kami ketahui. Tambah beliau lagi, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, 'si pemilik' nombor telefon akan menghubungi kita semula.
Waktu itu kena get ready lah untuk dengar suaranya yang memang sangat 'tidak selesa' untuk di dengar. Tahun 90'an rata-ratanya masih menggunakan telefon rumah dan telefon awam.
Jadi kita tidak dapat ketahui siapa yang membuat panggilan, lainlah jika di telefon bimbit. Boleh nampak nombor si pemanggil tertera di skrin telefon.
Waktu itu aku terdengar dengan jelas nombor telefon misteri yang kawan abang aku sebutkan. Aku tak bawa pen, jadi aku mengingatnya di dalam kepala. Balik sahaja di rumah, aku terus catit di buku nota kecil.
03-8888 XXXX
Aku tenung semula nombor telefon yang aku tulis. Kenapa aneh sangat nombornya? Di kawasan aku tak ada nombor telefon yang sebegini, bermula dengan pangkal 8. Malas nak fikir lanjut, aku pun simpan buku nota kecil itu dalam simpanan yang selamat.
Abang aku pun tak tahu aku catit nombor telefon ini. Pernah juga aku tanya kepada dia sama ada benarkah nombor telefon tersebut berhantu. Abang aku hanya menggeleng, dia pula nampaknya macam tak berminat nak tahu lebih mendalam lagi tentang nombor itu.
Badri tu bukan betul sangat pun, entah-entah dia saja reka cerita." Itu jawapan abang aku. Aku terdiam. Dalam hati, aku memang rasa curiga sangat. Perasaan nak tahu tentang misteri nombor telefon tersebut meluap-luap.
So nak dijadikan cerita, beberapa minggu selepas itu aku telah terfikir untuk menelefon nombor tersebut. Aku nekad sebab benda ni dah selalu sangat bermain-main dalam fikiran aku.
Aku nak tahu sendiri siapa empunya nombor telefon, dan benarkah seperti dakwaan kawan abang aku nombor itu kepunyaan wanita yang telah mati dibunuh?
Lebih kurang pukul 9 malam, aku membuat panggilan. Buku nota kecil aku keluarkan, dengan menggunakan nombor rumah, aku dial nombor yang tertera. "03-8888 XXXX". Panggilan bersambung.
Tiba-tiba rasa takut datang, aku takut nak mendengar siapa yang akan menjawab panggilan. Untuk beberapa ketika aku terus meletakkan gagang tanpa sempat 'si dia' menjawab.
Malam itu aku tak dapat tidur lena. Dalam fikiran tertanya-tanya adakah 'dia' akan menghubungi aku semula. Adakah masa dan waktu 'di sana' sama dengan di sini? Aku terus terbuai dalam kerungsingan.
"KRING..! KRINGG..!!"
Huh! Aku terus jenguk jam di dinding. Pukul 3 pagi. Siapa pula yang menelefon pagi-pagi buta ni? Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Sesuatu yang aku dah lakukan 6 jam yang lepas. Ah sudah! Meluru aku berlari keluar bilik dan pergi mendapatkan telefon.
Namun, belum sempat aku menjawab panggilan, emak aku dah tercegat di situ sambil tangannya menggenggam gagang telefon. Panggilan telefon di tengah pagi buta, mungkin ada kecemasan, ujarnya.
Wajahnya serius. Seperti mendengar dengan teliti apa yang si pemanggil katakan. Aku menggoncang-goncang badan ibu dengan harapan mahu tahu siapa yang memanggil.
Selepas beberapa minit, emak aku meletakkan gagang. Aku terus tanya emak siapa yang memanggil. Emak diam, dia lantas menyuruh aku masuk tidur.
Aku terus jadi tak boleh tidur! Memikirkan siapa yang menelefon pagi-pagi buta, dan kenapa emak tak berkata satu patah kata pun sewaktu dia sedang menjawab panggilan tersebut. Dalam fikiran aku cuma satu. Nombor telefon misteri yang aku hubungi pukul 9 malam tadi.
Keesokan paginya aku terus mendapatkan emak. Emak macam berat nak menceritakan apa yang berlaku malam tadi. Aku desak suruh dia ceritakan.
"Tak tahu. Suaranya sayu. Rasanya suara perempuan. Dia macam bercakap bahasa melayu kuno yang mak tak faham. Tu sebab mak diam saja. Lagi satu, nada suaranya buat mak 'tak selesa' nak dengar."
Aku tahu apa maksud emak tentang 'tak selesa' tu. Nah. Dua jawapan sudah aku dapat di situ yang membuktikan kata kawan abang aku tu benar belaka. Pertama, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, 'si pemilik' nombor telefon akan menghubungi kita semula.
Dalam hal malam semalam, aku telah buat 'miss call' kepada dia dan dia menghubungi aku semula. Kedua, pemilik nombor itu ialah perempuan. Sama seperti yang kawan abang aku katakan. Perempuan yang mati dibunuh.
Pagi itu aku termenung panjang. Aku nak beritahu abang aku dan kawan-kawannya pasal hal ni, tapi mereka semua dah balik asrama. Tiba-tiba aku terfikir, boleh jadi hal malam tadi tu satu kebetulan.
Benarkah perempuan yang menelefon semula tu ada kaitan dengan nombor telefon misteri tersebut, atau entah-entah orang tersalah nombor? hmm. Boleh jadi.
Aku biarkan benda itu berlarutan selama 3 hari. 3 hari itu jugalah hati dan fikiran semakin menolak-nolak, rasa ingin tahu semakin kuat. Aku mahukan jawapan.
Jadi, untuk membuktikan sama ada teori aku ni betul atau salah, aku telah menghubungi lagi nombor misteri tersebut. Kali ni aku biarkan lama sedikit sebelum memutuskan talian.
Aku letak gagang dan menunggu dengan penuh debaran. Saat berganti minit, minit berganti jam. Namun tak juga-juga aku menerima panggilan semula. Mungkin telahan aku tidak tepat tentang nombor misteri tersebut.
Jadi aku biarkan sahaja. Aku keluar duduk di beranda depan rumah di bawah pokok untuk mengambil angin.
Pertama sekali saya nak ucap terima kasih pada admin jika cerita saya ni diterima. Ini merupakan cerita pertama saya di FS ni. Sebelum ni saya hanya menjadi pembaca saja dan entah macam mana terdetik nak kongsikan apa yang pernah saya alami di sini.
Cerita yang saya nak kongsikan ini berlaku sewaktu saya masih study. Cerita yang saya nak sampaikan ni tak seram cuma saya beritahu korang semua tentang niat dalam melakukan sesuatu.
Saya study di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Waktu kejadian ni berlaku time study week.
Assalamualaikum…
Aku nak cerita kisah yang pernah jadi kat aku 3 tahun lepas…
Tahun 2017 bulan october aku dan suami selamat dijabkabulkn dan kami tinggal di rumah yang aku duduk sejak zaman aku bujang lg…
Pada bulan january aku tengah kerja..tiba2 perut aku sakit…
…yang teramat macam kena tarik dan sentap, balik ke rumah aku perasan ada darah keluar sedangkan aku bukn dalam keadaan uzur…
Dalam hati syak aku ni pregnant tapi aku tak buat test lg…
Selang 3 hari sakit makin menjadi-jadi dan aku mintak suami aku bawa ke emergency…
…
Terima kasih admin sebab approved lagi kisah #MakLang.
Kalau readers pernah baca post #MakLang – Dah Masak Ranum Ni, mesti korang perasan di akhir cerita Mak Lang ada tulis akan hantarkan kisah dimana Mak Lang sekeluarga hampir accident akibat diganggu.
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca Fiksyen Shasha. Ini first time aku post cerita kat sini. Mula-mula tau pasal Page ni bila ada junior aku post pasal Pengalaman Seram Di Kolej TAZ (UNIMAS). Page ini become one of my favourite tapi baca masa weekends jer.
Hari lain aku keje, kang tak pasal-pasal rasa angker nak masuk ofis sendiri. Terima kasih admin sebab post cite ni, kalau ada rezeki la.
Selalu biarkan sampah sisa makanan terbiar dalam rumah?
Jangan jadi macam aku ni nanti.
Ini adalah thread seram.
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Aku pergi ke dapur untuk menghilangkan sedikit hausku. Aku terlihat masih ada sampah yang belum dibuang. Ibu pernah pesan, sebelum tidur, jangan biarkan ada sampah yang belum dibuang.
Nanti Jin atau makhluk halus suka bertandang ke dapur kita memakan sisa-sisa tu semua.
Aku pula, sudah menjadi kebiasaan untuk memastikan tidak ada sampah sebelum aku masuk tidur ke bilik.
Nama aku Johar. Salah sorang peminat fiksyen shasha. Selalu aku jadi pembaca je. Tapi kali ni aku terdetik nak kongsikan kisah pengalaman aku sendiri.
Pada tahun 1997, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih popular dipanggil HUKM di Cheras, Kuala Lumpur masih baru dibuka dan aku diterima berkerja sebagai Atendan Kesihatan.