Tahun pertama dibuka, hanya ground floor, 1st floor, 2nd floor dan 4th floor sahaja yang beroperasi. Tingkat 3 masih dibiarkan kosong kerana masih belum cukup kelengkapan. Gelap, lampu pun tak ada.
Ditakdirkan satu hari aku ditugaskan berkerja waktu malam. 12 – 7 pagi. Keadaan hospital sangat sunyi pada waktu ni. Kurang staff di waktu shift malam kerana kekurangan pesakit, ye lah hospital pun masih baru.
Sunyi sepi dalam lif. Tak ada satu bunyi pun. Waktu aku tarik tangan aku dari poket seluar, “tung!” lighter jatuh ke lantai. Aku pun membongkok badan menonggeng ke bawah nak mengutip lighter tadi.
Tiba-tiba aku berpeluh macam tengah sauna walaupun lif ada aircond bukan main sejuk. Macam-macam dalam kepala otak aku, ayat Al-Quran entah kemana.
Sampai tingkat 4 dalam keadaan berpeluh2, aku terus ke meja kawan aku Mail. Dia tanya, “eh ko pegi jogging ke tadi? Bukan main lencun lagi?”. Aku pun cerita la apa yang jadi tadi.