Aku pula, sudah menjadi kebiasaan untuk memastikan tidak ada sampah sebelum aku masuk tidur ke bilik.
Isteriku sudahpun lena diulit mimpi di bilik.
Aku angkut sampah tadi dan hendak membuangnya.
Ting! Sampai di Ground Floor. Sunyi sepi tingkat paling bawah. Tidak ada seorangpun yang kelihatan. Agaknya sebab esok hari berkerja, semua sudah masuk beradu.
Aku mengangkat sampah tadi
Kira-kira dalam 10 langkah lagi aku hendak sampai ke tempat pembuangan, langkahku terhenti mendadak. Aku lihat ada satu tubuh yang berada di tepi tong sampah.
Aku cuba menyergah!Shhh! Shhhh! Sambil menghentak kaki.
Tak berganjak.”Eh apa benda pula ni”. Aku bermonolog di dalam hati.
Sampah sudah ada di tangan, takkan aku biarkan je letak kat tengah jalan tu dan balik ke rumah.
Entah dari mana keberanian aku datang. Aku letakkan sampah berdekatan longgokan sampah lain. Dan tubuh tadi betul-betul di hadapanku.
Bila difikirkan balik, agak bengong jugak diri ini bertanya benda tu.
Bila aku tanya, makhluk itu mendengus dan seraya memalingkan mukanya ke arahku!
Bagai nak jatuh jantungku. Apa yang aku lihat.
Allahuakbar! Itu sahaja ayat yang mampu aku ucapkan. Kakiku automatik mengorak langkah seribu terus menuju ke lif.
Entah kenapa lama sangat lif ni nak terbuka. Seakan dalam movie seram.
Akhirnya lif terbuka dan aku cepat-cepat menekan butang ke tingkat 5 .
Aku masih dalam keadaan terkejut, apa benda yang baru sebentar tadi aku nampak??
Oleh kerana dari tingkap rumaku ini boleh lihat kawasan longgokan sampah tadi, aku mengintai sedikit.
Aku lihat makhluk tadi masih ada di situ. Dan bukan satu, tapi ada tiga semuanya. Ketiga-tiganya sedang menyelongkar sampah-sampah tadi.
Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku basuh tangan dan kaki. Kemudian masuk ke bilik dan tidur.
“Jumpa kawan”. Aku jawab malas hendak terangkan apa yang baru jadi sebentar tadi.
“kawan mana pula?”Balas isteriku.
“Adalaaah.
sejak dari kejadian itu, aku selalunya akan memastikan sebelum pukul 9 lagi sampah sisa-sisa makanan akan aku buang dan tidak biarkan berada dalam rumah. Dibuatknya benda tu masuk dalama rumah??Haa.lagi naya.
Okaylah. Itu sahaja dari aku.