Thread seperti yang dijanjikan ini ialah berjudul :
“AKIBAT MENUNTUT ILMU YANG SALAH” iaitu menuntut satu ilmu yang tidak berguru dan yakini ianya selamat dan berjaya.
Kisah ini benar dan sehingga kini masih tersangkut untuk diperbetulkan.
Ini adalah THREAD 😖
Kisah ini tentang rakan karib saya yang saya kenal dari kecil lagi sehingga sekarang. Main kejar sama2, main sorok2, konda kondi, rounders, main perang2 pakai pistol manik, tamia, gasing, penggemar film perang dan macam2 lagi lah. Geng cari berudu paling penting hahahahaha
Seorang sahabat saya ini dipanggil tok chai.. anak orang ada2, seorang yg pemurah dan tak pernah berkira langsung pasal duit atau apa. Dia seorang yg steady dan tak pernah masuk campur hal orang dan tak pandai bercinta 🤣 dari kecik sampai sekarang soal dia semua dlm poket aku.
Kawan2 baik aku yg dari kecik ni dah dikira macam anak angkat mak aku dah. Aku tidur rumah diorang dan diorang tidur rumah aku. Kami ni selalu berlumba siapa nak jadi lebih hebat dan berjaya dalam hidup. Dari segi belajar, kemampuan, keyakinan dan segalanya lah.
Kami lama tak berborak lepas masing2 masuk belajar ke universiti masing2. Yang dah kahwin yang dah pindah. Tinggal lah dia yg baru mengalami masalah diri dan “depression” org kta. Itu tak boleh nak cerita sebab aib. Dia datang kerumah aku dan lepak kat rumah aku tidur rumah aku..
Masa tu aku terlalu busy dengan hal kem aku. Sampai aku tak ada masa nak berborak dengan dia. Aku nak hantarkan dia balik dan selepas aku balik dari kerja aku. Aku janji akan jemput dia kat rumah. Dia kata kat aku. “Lid, aku nak stay sini lah. Ni rumah mak aku jgk..
Aku takut lah nak balik rumah aku. Family aku semua busy and parents aku dah pindah. Alone gila doo kat rumah. Dengar besar gedabak camtu siapa berani” aku pun izinkan dan suruh dia tinggal kat bilik aku dulu smentara aku balik kerja. Aku cakap aku lewat, balik pagi sebab...
Ada makan2 dan sambut anggota baru lapor bilik bujang dalam kem sana tu. Siapa anggota dia faham lah apa maksud cakkuncak malam pertama di kem 🤣. Aku pun tinggal kan dia dekat rumah aku. Tapi aku tak sampai hati tinggalkan dia sorang2 sampai la ke tempat kerja dok fikir.
Aku gerak pagi.. petang tu dia msg aku “lid aku nak balik kejap nak amik baju apa semua. Nanti aku dtg balik rumah kau” aku pun iyakan jela sebab rumah dia ngan rumah aku tak jauh pun. Dalam 150m camtu jela. Aku busy kan diri aku di kem sana tu. Malam aku nak balik rumah..
Aku call dia tak angkat. Banyak kali call sbb nak suruh bukak pintu. Kunci aku tak bawak pulak. Aku rasa dia ni tidur kot, tak apalah aku tdo kem jela. Esok paginya dia call aku.. “kau ada call aku ke? Sory aku tak jawab sbb aku tgh baca buku2 kat dalam almari kau dgn aku tgk...
Tulisan2 yang bertulis dekat dalam alquran tu”.. dalam hati aku oh shit!!! Jangan dia salah baca sudah. Aku bergegas balik rumah pagi tu. Tgk dia masih membaca buku milik arwah ayah aku iaitu (1001 malaikat dengan ilmu mengenal diri) aku tanya dia.. kau jangan baca sebarangan
Tu buku2 arwah ayah aku tu. Takut kau tersalah baca kang. Aku sendiri tak berani nak baca sebab tu semua ayat2 alquran yg kau sendiri tak tahu maksudnya. Ni kau mesti tak tidur lagi kan!! Tidur sekarang.. mata dh bengkak dah tu. Dia pun tutup buku dan tidur. Sebelum tu dia
Sempat senyum kat aku. Aku dalam hati “dah buang tebiat ke budak ni senyum tetiba, aku pijak japgi baru tahu. Seram lak aku” hahaha aku tahu dia pura2 tdo sbb nak tunggu aku blah g kerja balik. Bilik dah gerak ke tempat kerja tu aku masih risau dan nak balik petang tu nak tanya
Dia okey ke tak apa semua. Sampai la kerumah petang tu. Mandi siap solat apa semua. Lepas asar tu kami borak rancak sampai aku lupa nak tanya macam2. Tiba2 dia terlepas cakap “aku sebenarnya nak belajar ilmu mengubat org lah tapi aku tak tahu nak belajar dgn siapa. Aku minat!”
Aku terus cakap dengan dia. Syarat2 dia ialah kau mesti sudah berkahwin. Ilmu kebatinan dan ketuhanan ni kau mesti lah mengelakkan diri kau dari maksiat, lalai, solat tak tinggal, baca alquran dan hafazan. Dia seboleh2 nak jugak belajar sebab dia tgk abg aku mengubat org.
Aku larang lagi. Kau jangan pelik2 chai, aku anak tukang mengubat orang pun aku tak berani nak belajar. Ujian dia berat. Aku pesan kat kau, ujian penglihatan dan pendengaran shj kau tak mampu nak kawal nanti. Aku sendiri pun goyang. Detail satu persatu kau nampak tau.
Kau ingat senang ke nak belajar. Benda ni orang yg terpilih kau tahu. Kau tak boleh sesuka hati je nak belajar macam tu je. Kau ingat peringkat ujian yg allah nak turunkan nanti tak berat ke. Berat kau tahu tak! Ni soal kau nak mengadap alam lain. Bukan mudah tau.
Dia cuma diam dan tunduk. Tapi aku betul2 nak belajar lid. Tak apa aku hadap semua tu! Insha allah!! Aku ada allah. Aku yakin. Dia keras kepala lagi nak jugak belajar. Aku nasihatkan lagi dekat kawan aku supaya lupakan hasrat nak belajar ilmu tinggi tu. Chai, aku bagitahu kau ya
Dalam proses pembelajaran ni kalau kau tak mampu nak hadap. Ada dua jalan dalam hidup kau. Sesat iaitu gila atau berjaya. Kau ingat ayah aku tu belajar macam tu jeke! Kau kena hafal 30juzuk alquran! Kau kena hafal doa2 nabi sulaiman, ayat ruqyah apa semua. Ni kau pun aku tgk
Pun dah macam tak terurus dgn msalah dlm hidup kau lagi yg tak settle2.. jangan cakap besar bro! Aku bkn xnak bagi kau belajar. Tapi kau kena tahu ilmu tinggi macam ni. Tahfiz yg belajar dgn ayah aku sendiri pun dia cakap dia tak mampu nak hadap ujian kedua. Ujian pertama tu
Hafazan dan memperdekatkan diri dgn allah swt apa semua ya dia boleh buat. Ujian kedua iaitu penglihatan dan pendengaran. Nak belajar makrifat, tarekat dan hakikat pun dia dah give up. Berat ujian dia bro. Kau ingat mudah ke! Kau dgr ckp aku chai. Kau jgn mandai2. Tu je aku pesan
Dengar nasihat aku ni chai. Aku taknak kau jadi macam iqramdinzly nanti.. Dia pun macam muka tak puas hati je sebab aku sdaya upaya halang. Sbb dari segi aku tgk diri dia. Dia memang tak mampu! Sumpah tak mampu. Kesabaran, ketaatan, keberanian dan keyakinan dlm diri dia zero 👌🏻
Aku pun nk bersiap pergi ke kerja. Gerak lepas maghrib. Aku pesan kat dia, jangan belajar bukan2 tak berguru. Jangan buat pandai dan memandai2. Dia diam je. Aku pun kerja la sampai pagi buta kol 2.30 pagi. Aku call dia macam biasa suruh buka pintu. Dia tak angkat jugak. Last seen
Pukul 8.30malam.. aku pun start enjin nak tidur kat office lah sensorang. Sbb aku barai teruk. Dalam setengah jalan macam tu hati aku betul2 tak sedap sampai aku patah balik tunggu depan rumah. Apahal lah hati tak sedap betul ni. Bulu roma naik dengan perasaan tu betul2 kuat
Ada orang yang paling rapat dengan aku terjadi sesuatu. Aku call2 byk kali si chai ni. Tak angkat. Baru aku nak start enjin kereta nak pergi jenguk dia kat rumah... aku masuk gear reverse tgk la side mirror kiri aku tu. Tepat pukul 3.00pagi!! Hanya mata je yg dlm cermin tu.
Tersentak aku terkejut sambil teriak “ALLAH HU AKHBAR!!!!” istifar byk2, baca ayat kursi sapu kan muka dgn kepala aku. Tgk balik tak ada dah. Alhamdulillah! Baru je nak undur. Aku nampak orang tengah merangkak sebijik betul macam dalam gambar ni.. betul sebijik!! Dengan...
Satu urat benang pun tak ada kat tubuh. Tapi dalam hati aku sikit pun aku cakap aku tak takut. Aku capai hp nak keluar kereta nak pergi record. Aku intai dari belakang kereta aku. Dia merangkak nak panjat pagar rumah aku. Sambil bunyii “herrrrrr tolonggg! Tolongg aku!! Aku...
Nak minta maaf!! Aku byk buat dosaaa.. aku tak dengar kataaa... seksanya akuuuu.. aku pergi dekat terus off record and bukak torchlight kat hp aku. Suluh belakang dia. Aku siap pegang belakang bdn dia dgn rasa tulang2 blkg dia. Nak tahu bdn tu kalau sejuk bermakna bukan manusia..
Aku sebenarnya goyang nak pergi tengok muka dia takut benda lain je. Dah tepat pukul 3.00 pagi woi! Dah la aku sorang je kat luar rumah ni. Dengan satu apa tak ada kat bdn dia. Siapa tak goyang! Tapi aku cekal panggil nama dia. Chai ke tu?? Chai! Dia toleh siap kat aku dgn air
Mata berjurai terus teresak2 menangis angkat tangan minta aku bantu dia angkat kan dia. Aku tengok terus rasa nak rebah masa tu “allah!!! 😭😭😭 kau kenapa niiiii... apa dah jadi weiiii!!! Siapa buat kau niii.. kau cakap dekat aku sekarang jgk!!” Sampai aku tengking2 dia lah
Pagi tu.. sumpah aku sebak tgk dia! Aku paksa dia suruh bercakap apa dah jadi. Dia cakap ada org nak bunuh dia. Waktu dia tgh otw nak kerumah aku. Aku apa lagi dgn baju hijau loreng tak bukak nya. Dalam bag aku kebetulan ada parang. Aku capai terus. Kau bawak aku sekarang!!
Tengah aku tinggi2 suara dalam keadaan marah. Abang aku tengok kat tingkap jerit panggil aku “woiiiii kalid!!! Kau peluk apa benda tu!!! Apa benda tu!!! Blah dari situ!!!” Aku dari luar dgr abg aku berlari turun tangga bukak pintu sampai trhempas pintu. Habis semua org bgn pgi tu
Dia tolak aku sampai aku tergolek ketepi. Dia tak perasan lagi kawan aku tu. Sebab aku tutup bdn dia dgn baju kerja aku. Abg aku perasan je “ehhhh kau!!! Apahal ngan kau ni!!!” Aku pun ckp kat abg aku yg dia kata ada org nak bunuh dia. Diorg masih lepak kat lorong tu ramai2.
Aku start motor pergi terus ke lorong tu dgn parang aku. Gila kau siapa tak jadi haru pepagi buta tgk member dah macam adik beradik sendiri merangkak luka2 dekat siku ngn lutut. Kaki patah dengan tak bermaya macam tu. Aku tak fikir apa dah masa tu. Aku patah balik rumah. Abg aku
Tgh pangku dia. Aku cakap tak ada pun. Dia cakap ada. Ramai kat lorong tu. Atas pokok, bwh longkang, atas bumbung apa semua dia sebut. Dlm hati aku terus trdetik dgn serentak ckp ngn abg aku. “Sah chai terkena”. Aku angkat dia yg tinggi lampai tu dgn perasaan marah sampai tak
Rasa berat pun. Alahai macam krempeng sgt la dia ni. Abg aku tgk je aku angkat. Dia pon nak tolong aku angkat pun jd takut. Abg aku ni dia ada dtg penakut dia gak ahahhaahha masuk rumah pakai kan dia kain apa semua. Dia merangkak lagi nak naik tangga. Dia cakap ada orang panggil
Dia kat tingkap belakang rumah aku kat bilik aku. Aku cakap kau jangan nak mengarut! Kau duduk sini biar aku yg pergi. Aku naik pergi kat tingkap belakang. Tak ada pun. Turun balik cakap berlembut dgn dia apa jadi apa semua. Barulah dia buka mulut cerita satu persatu dkt kami.
Masa tu saksi.. aku, abg aku, akak aku ngan mak aku. Dia jujur sambil teresak2 menangis minta maaf. “Acik sy dh buat satu benda yg bodoh, saya degil. Sy ada dosa ngn mak ayah sy dgn adk bradik sy. Kawan2 sy terutama sy tak dgr nasihat klid.. saya baca semua ayat2 dalam tu..
Saya baca dalam google cara2 nak bukak penglihatan. Dengan baca ayat2 berubat orang. Saya nak belajar benda ni semua. Saya minat sangat. Tapi saya tak diberi peluang sampai saya belajar sendiri tak berguru. Saya tahu benda ni salah tak berguru. Saya memandai mandai. Tolong
Panggilkan abg fendi tutupkan balik apa yg saya nampak. Tolong saya makcik!! Saya dah tak tahan. Saya tak mampu dah tengok. Aku tanya dia sambil marah. Kau terbukak dah berapa lama dah!! Dia cakap dia tak ingat. Dia ingat last dia kat rumah dia. Dia dengar benda menderu banyak
Datang kat dia nak terkam nak bunuh dia. Bermacam2 bentuk yg menakutkan. Saya tengah nak mandi masa tu. Saya terlalu takut sampai tak sempat pakai kain baju terus terjun dari pintu belakang bilik saya. Nak selamatkan diri. Rumah dua tingkat dia terjun macam tu. Mmg patah la kaki
Baru aku tahu dia merangkak menggunakan siku tau. Cuba korang merangkak guna siku dekat jalan tar. Pergh ya allah sakit gila doh! 😭🤦🏻♂️ lutut dia koya habis. Pergelangan dia retak. Rupanya yg dia cakap org nak bunuh dia tu benda lain. Patutlah dia cakap atas pokok la bumbunglah.
Aku pun call prents dia dengan adik beradik dia apa semua. Sementara tunggu abang aku datang rumah mengubatkan dia. Aku tak tidur satu malam sampai la jam 9 pagi. Aku duduk tepi dia dan call semua kawan2 yg lain minta tolong tgk2 kan dia. Aku nak rest kan kepala tak tidur lagi.
Bila seorang demi seorang sampai teman kan dia. Baru aku nak lelapkan mata tidur duduk kat sofa tu. Dia dah meracau, tolong!!! Tolong akuuuu.... dia datang!! Dia datannnggg.. leher akuuu leher akuu. Dia pegang leher aku sambil bunyi (tersekat krongkong) aku terus baca kan ayat
Kursi dengan suruh dia mengucap. Sebab aku kesian sangat tengok dia. Macam nak mati pun ada. Try panggil siapa yg kawal minda dia tu. Terus mata dia jadi putih tgn genggam kuat mulut ternganga badan dia membengkok terangkat sikit. “Aku kesini dari jauh dan kau sendiri tak tahu
Dari mana aku datang. Kau yakin ke kau baca ayat kursi tu dengan betul dan sempurna?” Aku terus tergamam.. sampailah abg aku dtg dan ambil alih ubat kan dia. 16 ekor bawak keluar dari bdn dia. Lepas dah selesai apa semua. Dia pengsan dari kol 10 sampai lah pukul 4.30ptg.
Dia bangun terus jadi normal. Tapi masih lemah lagi lah. Kemudian ayah dia sampai dari baling, kedah. Borak2 apa semua then bawak dia balik rumah. Aku dtg melawat dia hari2 tgk dia sebab ayah dia kena balik kedah balik sebab ada meeting. Nak bawak dia tinggal ngn aku.
Tapi dia taknak. Dia ckp dia nak relax. Dia ckp dia dah okey. Kemudian aku dah start busy lama tak jumpa dia. Semenjak tu dia kerap hantar msg bukan2 bahasa pepelik dekat ws group dengan hantar ayat2 mengarut macam sebijik ayat2 kwn aku lagi seorang iaitu dodo bagi siapa yg tahu.
Ada satu haritu.. aku balik dari kerja time betul2 tgh maghrib baru lepas azan maghrib. Tiba2 nampak ada org dduk atas wheelchair tengah tgk pokok dekat simpang rumah aku sambil bercakap seorang diri siap tangan2 seolah2 macam bercakap dengan orang. Padahal tak ada apa pun.
Aku sampai ke tepi dia bagi salam dekat dia dan terus tanya dia “borak ngan sapa tuuuu 🤭🤭🤭 nak tahu jugak borak apa? Ahahahaha” dia terus marah. Kau ni semak lah! Tengok dia blah. Tadi dia kat tepi pokok tu nak cerita masalah dia waktu dia hidup. 😐😶
Aku terus selawat kat telinga dia dengan tenangkan dia. Hantar dia balik kerumah. Tolak dia yg atas kerusi roda tu. Semenjak dari kes tu. Perangai dia sebijik macam pelakon si iqramdinzly tu. Memang sebijik. Tak ada beza pun perangai dia. Aku rasa dia dah lost sebab
Depression dlm life dia. Dengan tak mampu bawaknya. Tengok pepelik apa semua. Aku tahu dia tak mampu dah nak hadap tu semua. Aku takut dia bunuh diri je. Tu je yang aku paling risau dengan takut.
Benda tak akan jadi macam ni kalau dia mencabar dengan menuntut ilmu sesuka hati.
Aku tahu dia memang suka bercakap besar. Dia rasa diri dia mampu hadap. Tapi ni result dia. Bila dah dilarang sekeras2nya. Nak jugak buat. Nak jugak belajar satu benda yg diri sendiri tak faham apa yg dibelajarnya. Biar menuntut ilmu mesti berguru. Kalau tak ada guru. Bergurulah
Benda yang tak diingini. Haa jadi lah senasib dgn kawan aku ni. Lost mind dah nak dekat 3thn lebih dah still macam tu jugak. Aku dah pesan. Salah menuntut. Kau akan berguru dengan jin. Betul niat dan bersihkan diri dan mengenali diri tu dekat tak pada allah swt. Maka benarlah
Jalan yang kau pelajari. Sedangkan aku yg memandai2 terbaca satu ayat ni pun sampai datang mimpi satu tempat penuh dengan kabus putih dengan sunyi je kawasan tu. Datang seorang lelaki berjanggut tok syeikh sambil pegang tongkat. Berserban dan berjubah putih. Muka tak nampak.
Mimpi tu orang tu kata pada aku “aku adalah isa, dan yakini lah aku adalah tuhanmu. Katakan ya kpd ku dan sujudlah kepadaku” aku takbir allahhuakhbar. Terus terjaga dari tidur aku. Ini betul ni eh, aku mimpi macam ni. Bukan khayalan. Bukan kuat novel ke kuat movie ke. Serius!
Dan ini lah ialah penjelasan daripada saya apa yg sy tahu serba sedikit lah. Saya kongsikan kpd anda. Tidak ada yang lain hanya Allah yang Maha Qudrat (Berkuasa), Iradat (Berkehendak), Ilmu (Mengetahui), Hayat (Hidup), Samaak (Mendengar), Basyar (Melihat) dan Kalam (Berkata-kata)
Syariat - Pada jalan Syariat adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah yang telah ditetapkan dalam Amalan Ibadah, Hukum-hakam, Muamalat dan sebagainya.
Hakikat dengan Makrifat adalah merupakan penyaksian akan kewujudan suatu rasa Zatulhaq dalam Diri pada setiap sesuatu "Pergerakkan Kehidupan" tertakluk di dalamnya Asma, Afaal, Sifat dan Zat. Maksudnya kau boleh merasa seseorang tu dgn automatik terlintas dari fikiran kau.
Dan kau boleh tahu yang seseorang tu ada sembunyikan sesuatu dalam hidup dia daripada kau tahu. Contohnya, aku pernah bertanya dgn seorang hamba allah ni. “Awak pernah letakkan kepala awak kt bahu seorang lelaki ke dan mengusap kepala awak” sedangkan aku tak tahu.
Dia menafikan.. tak saya tahu. Jujur lebih baik. Tak marah. Dan secara tak sengajanya dia mengakui kesilapan yg telah dilakukannya. Okey turn off terus kat situ. Itu kelebihan seseorang yg diberi dari segi makrifat ttapi dia bukan tukang tilik atau peramal masa hadapan.
Itu adalah keistimewaan yg telah diberi disetiap pembahagian manusia yg lahir didunia ini. Dia ni bahagian macam ni, yg ni macam ni. Samalah juga orang yg diberi kelebihan untuk melihat sesuatu yg org lain tak nampak dan seorang pelajar ni tidak perlu study. Lihat isi buku tanpa
Mengulangkaji pelajaran. Tetapi final exam nya full mark. Itu adalah gifted, genius. Jadi jika kamu tidak ada perkara2 tersebut dan perasaan ingin belajar tetapi tidak berguru. Anda sendiri tahu padahnya. Belajar sesuatu ilmu perang dengan alam ghaib ni bukan mudah celah kuku.
Ujian dia terlalu lah berat... samada gila ataupun berjaya.
Tariqat adalah perjalanan kehidupan dan perbuatan "Penyata Sifat" yang tersedia tertakluk pada ketetapan dan perlaksanaan dalam pergerakkan kewujudan dalam penzahiran Allah s.w.t. untuk dikenali.
Hakikat adalah Keabadian, Knyataan, Kpercayaan, mrasa melihat-Nya dengan penuh Keikhlasan, Ktakwaan, Keimanan dan Kkosongan sbagaimana yg di sabda oleh Rasullullah s.a.w "Ikhlas itu seumpama seekor semut hitam, yg duduk di atas batu yg hitam, berada di dlm Gua yg gelap gulita".
Kesimpulan daripada kenyataan di atas menunjukan bahawa Syariat yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w adalah merupakan kaedah-kaedah penyucian Hati yang menuju "Kemakrifatan, Keikhlasan, Keimanan, Ketakwaan, KeEsaan" kepada Allah s.w.t.
Menuntut sesuatu ilmu biar BERGURU... silap langkah. Terbuka segala yg tak diingini dan mendapat segala ujian2 yg berat. Itu salah anda sendiri. Menanggung beban dalam hidup dan keseksaan dalam diri sendiri kerana sifat angkuh dan yakin dgn diri mampu melawan takdir.
Itu sahaja thread saya untuk akibat salah menuntut ilmu.. kesannya sangat mendalam. Jadi aku tak pernah bergurau dan tak pernah mengadakan cerita2 aku di threads aku selama ini. Itu semua adalah benda yang aku hadap dari kecik sampai sekarang.
Sebuah dialog & penerangan tentang “PENGHUNI DI LAUTAN”
Rahsia yang tak semua manusia tidak ketahui.. THREAD bermula dari sini 👇🏻
Berkenaan di penghuni darat dan juga laut. Kedua2nya ada makhluk yang ganas dan juga merbahaya. Makhluk yang nyata dan juga tidak nyata. Kalini sy cuba untuk kongsikan kpd anda semua tentang lautan yg terbentang luas yg anda sendiri tidak pernah tahu dan ambil tahu.
Amaran.. thread tidak digalakkan kpd yg mengalami penyakit Thalassophobia. Mungkin akan menimbulkan mimpi ngeri dan juga bayangan tak terbatas kpd anda. Jika anda brdegil. Tanggungjawab anda. Thread ni ntuk org2 yg sanggup ntuk mengetahui alam. 🙏🏻
Esok jumaat sy bakal kongsikan ilmu tentang lautan yang dalam dan gelap yg tak ditembusi cahaya dan siapa penghuninya daripada zaman nabi sulaiman AS. Dan serba sedikit kjujuran dan luahan daripada seseorang wanita yg drasuki jin apabila sdang berubat. Jalan cerita tu agak seram.
Perkongsian yang bakal dipostkan itu mungkin sekitar jam 11mlm-1.am ... nanti kan kisah menarik tu.
Thread memang best kalau korang baca. Atas kejujuran jin dan juga ilmu tentang alam laut yg trbentang luas. Korang yg tak tahu boleh jd tahu. Dan sy cerita ni ialah sahih. Bukan direka semata2.
Kesian kawan baik aku dari kecik ni... dia terlampau obsessed nak tgk benda yg ghaib dan nak buka hijab mata dia. Dah 4 thn dah life dia lost. Dia selalu act macam org gila and buat status pepelik. Sedangkan dia pelajar cemerlang study german language.. doakan lah dia sembuh ya😭
Rasa nak kongsi dengan korang je apa yg dia hadap selama ni 😔 tapi nantilah...
Insha allah malam ni sy cuba kongsi. Tengah sebak. Lama tak contact kawan ksygn sorg ni 😔
REAKSI seseorang yang anda perlu tahu apabila membuka “MATA BATIN” dan seperti inilah yang diceritakan didalam thread sy tentang “SEORANG PAKCIK ILMUAN”
Thread sambungan “SEORANG PAKCIK ILMUAN”
Vol 2 ;
Lihat VIDEO yang telah sy post di atas kemudian sy akan ceritakan sambungan bagaimana reaksi ketika membuka peringkat pertama.
Ada dua perbezaan... samada si pembuka menggunakan ilmu perdampingan atau menggunakan kuasa tuhan..
Membuka mata batin bukanlah perkara yang mudah & tidak sekali2 anda mengatakan “AKU BOLE HADAP” dan berani nak tempuh... nama pun kebatinan. Ujian dan melihat pintu alam sahaja dapat merosakkan jiwa dan mental anda.
Hanya orang yg betul2 cekal dan bersedia shj mampu melihat🌬
Dulu ada seorang pakcik tua ni... dia selalu datang ke kedai burger aku dan membeli banyak burger. Dan setiap aku masak sambil berborak. Dia akan duduk ditepi aku perhatikan aku masak....
Satu hari tu dia berperangai sangat pelik... dia tanya dekat aku.. “dik, pakcik melihat kau ada satu aura yg jarang orang dapat kendalikan”
Jadi aku pun pelik.. “ahahaha aura apa pulak ni cik. Sy kosong je diri sy ni”... jadi pakcik tu terus memegang bahu aku.
“Kau tak rasa sebab kau alaminya, tapi aku dpt merasa dgn apa yg kau ada”
jadi aku pun macam biasa masak and siapkan order dia. Memandangkan dia adalah order yang paling terakhir sebelum aku tutup kedai dalam pukul 12.30mlm...