My Authors
Read all threads
Cerita Ringkas Seorang Pakcik ilmuan...

Dulu ada seorang pakcik tua ni... dia selalu datang ke kedai burger aku dan membeli banyak burger. Dan setiap aku masak sambil berborak. Dia akan duduk ditepi aku perhatikan aku masak....

Thread ringkas #COVIDー19 Image
Satu hari tu dia berperangai sangat pelik... dia tanya dekat aku.. “dik, pakcik melihat kau ada satu aura yg jarang orang dapat kendalikan”

Jadi aku pun pelik.. “ahahaha aura apa pulak ni cik. Sy kosong je diri sy ni”... jadi pakcik tu terus memegang bahu aku.
“Kau tak rasa sebab kau alaminya, tapi aku dpt merasa dgn apa yg kau ada”

jadi aku pun macam biasa masak and siapkan order dia. Memandangkan dia adalah order yang paling terakhir sebelum aku tutup kedai dalam pukul 12.30mlm...
Pakcik tu pun ambil burger dan bayar. Tiba-tiba.... aku terdetik untuk tahan pakcik tu dan suruh dia duduk untuk aku bertanyakan beberapa soalan. Dia pun sudi untuk menjawab soalan2 aku...

“Pakcik dapat rasa something ke kat sy?” Jadi pakcik tu terus memegang tangan aku.
“Darah kau panas, keberanian dan ketakutan pd diri kau berlawanan” jadi aku pun mula rasa cemas.. pakcik tu terus menggenggam tangan aku dan memejamkan matanya.

Aku melihat mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu. Aku dah mula rasa takut dengan tiba2...
Lalu pakcik tu pun menjawab..

“kau ingin melihat sesuatu? Yg orang lain tidak dapat melihatnya?.. kalau kau nak, aku akan tunjukkan suatu benda untuk kau”

jadi aku menerima tanpa menolak lamarannya dan bersemangat ingin tahu...
“Pejamkan mata kau, brzikir dan persiapkan diri. Kena tenang dan tidak ragu2.. kau mempunyai semangat yg jarang aku berminat untuk tunjukkan pd org”

Jadi aku memejamkan mata... dan pakcik tu terus menghembuskan ke ubun2 kepala dan menggosok dibelakang tengkuk aku.
Bertenang dan jangan risau apa kau rasa dan nampak... aku mula rasa cemas tapi aku beranikan diri dan cekal kan hati.. dia suruh aku membuka genggaman tangan dan berkata “berat tak tapak tgn kau? Terasa macam ada brg jatuh tak?”

Jadi aku pun mengangguk... apabila terima je..
Aku melihat satu taman yg sangat cantik... air terjun yg ramai orang bermandi manda tetapi pakaiannya semuanya sama sahaja bentuk dan warna.... seolah2 seperti geng tabligh sedang berzikir di batu batuan air terjun tu... suasana yg sangat lapang dan damai... macam tenang. Image
Aku mendengar kata pakcik tu “kau dapat lihat apa yg kau pejamkan? Ya itulah keluarga aku” jadi aku pun focus untuk melihat dikeliling... dan pakcik tu memperkenalkan seseorang pd aku. “Kau nak tahu dia ni siapa? Inilah yg menjaga pintu alamku dan panglima di kawasan tu”
Jadi aku pun bertanya “rupanya muda, putih dan berupa paras yg sgt cantik dan tampan.. tapi kenapa pakaiannya agak brbeza dgn yg lain? Macam seorang penjaga istana” pakcik tu terus menjawab..

Dialah yg paling lama dan tegas disitu. Yang menjaga kawasan2 disitu. Image
Namanya ialah “banin” dia mengawal orang2 disitu dan telah hidup beratusan tahun... dan aku tengok macam2 rupa. Aku bertanya “memang manusia melihatnya akan mudah trjatuh cinta dan tertarik dgn wajah dan bentuknya”..

Pakcik tu terus menjawab “ya, sebab itu dighaibkan dan
Manusia dilarang dapat melihatnya atau mengahwininya” iman manusia terlalu mudah tertarik dengan paras rupa dan gayanya.
Erm pakcik? Kenapa pakcik tunjukkan semua ni dekat sy? Orang lain ada pakcik tunjukkan tak? Lalu pakcik tu menjawab “hanya pd keluarga dan orang tertentu shj aku tunjukkan.. dan aku brminat ntuk tunjukkan dkt kau.. kau ada satu keistimewaan untuk kau bantu orang dan mengubat org”
Aku pun tersentap.. macam mana dia bole rasa apa aku rasa. Pakcik tu pun menjawab lagi “pakcik pernah berkahwin dengan seorang puteri di hujung kampung pakcik dahulu.. dan orang menganggap pakcik ni gila dulu dekat kg. Senang cerita org cakap pakcik ni isim. Anxiety bagai”
Berehat sebentar dimalam ini.. saya akan sambung kan pengalaman pakcik ni pula. Cerita jadi seronok pulak nak share kan. Tak jadi nak cerita ringkas dekat korang...

To be continued this night....
Pakcik ni share pengalamannya pd aku sambil mengenangkan zaman mudanya dahulu... “dulu waktu muda, orang kampung pakcik kata pakcik selalu masuk hutan hujung kampung dan bercakap seorang diri di satu pokok yg besar.. orang kata pakcik ni tak betul lah itu lah inilah”
Waktu muda pakcik rajin masuk dalam hutan untuk menjerat ayam hutan dan burung wak2... pakcik bina satu pondok di dalam hutan untuk pakcik santai ketika menunggu binatang2 tu terjerat. Sambil menunggu, pakcik terlihat satu wanita yg amat cantik.. sangat sopan dan baik. Image
Ia menghampiri dan bertanya “aku selalu nampak kau brsiar2 di kawasan rumahku. Hari2 aku melihat kau memijak dikawasan tanaman aku.. nak ke kau melihat tempat aku?” Pakcik tu pun menjawab..

“Tunjukkanlah jika ini tempat kau”.. jadi mereka berdua pun masuk dalam satu kwsn.
Pd mulanya dia melihat kawasan tu cuma hutan yang tebal dan hanya bunyi serangga2... tidak lama kemudian terus dia melihat satu kawasan dibalik semak yg tinggi tu ada satu tempat yg sangat cantik dan ramai budak2 berlari kesana kesini. Situasinya sama seperti alam kita... Image
Ada kampung, ada sungai, ada gurau senda, ada pelbagai cara yg sama sperti alam manusia. Pakcik tu sempat bergurau... gila kau, awek cun gila kot.. baik pulak tu. ajak kau jumpa family and rumah dia. Mana maunya aku tak nak tengok. Hahahah
Dia berjumpa dengan orang2 kampung disitu. Semua melihatnya agak terkejut seperti pendatang tanpa izin mencorobohi kawasannya. Pakcik terus beri salam dan tunduk hormat kpd org2 kampung tu.

Kemudian org2 kg terus menjawab dan buat sperti tiada apa yg berlaku.
Wanita tersebut terus melamarnya dan meminta restu untuk menjadi suaminya.. tetapi pakcik menolak lamarannya kerana mahu kembali ke rumahnya untuk memberitahu keluarganya terdahulu..

Wanita itu bersetuju dan menghantarnya pulang ke tempat pakcik itu berehat di pondok tadi.
Keluarga pakcik tidak merestui pernikahannya.. keesokan harinya pakcik terus kedalam hutan tu untuk berjumpa dengan wanita tu.. dan mensetujui lamarannya.. pakcik bawa semua baju pakcik apa semua dan hanya pakcik dan dia sahaja berborak di dalam sana. Bergurau senda. Image
Apabila pakcik ingin pulang kerumah. Dia tidak mahu mengikut dan hanya menghantar pakcik ke pondok shj. Setiap pakcik balik mesti ditengah malam. Padahal pakcik gerak pagi dan pakcik rasa masa tu terlalu singkat. Sekejap betul waktu malam. Padahal baru je berapa jam aku lepak.
Nak dijadikan cerita satu hari tu.... perempuan tu meminta untuk pakcik jauh dgnnya kerana tidak sehaluan. Alam pakcik dengannya tidak sama. Dia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan pakcik dan melarang pakcik dari mencarinya.. tetapi ia hanya mengajar dan memberikan satu benda Image
Kepada pakcik untuk pakcik amalkan dan menjaga dengan baik... dia memberikan seseorang lelaki yang bertubuh sasa dan kelihatan seperti pendekar dizaman dahulu kala.

Kau nak tengok dia tak? Tanya pakcik tu kepada aku.. mestilah aku nak tengok!!!
Pakcik tu pun mengusap dibelakang tengkok dan menepuk dibelakang badan aku sebanyak tiga kali... kemudia dia menolak sehingga ke kepala aku. Dan menghembus ketelinga aku..

Fuwh!!! 🌬 terperanjat aku... lihat dipokok diseberang jalan.. ada seseorang yg sedang berdiri
Melihat kita dengan tubuh yg sasa dan tegap.. aku membuka mata dan melihat. “Pakcik, napa sy nampak gelap bayang besar je and berbulu2” pakcik tu terus mengurut2 dibawah mata aku semula dan beristifar sebelum membuka...

Jadi aku pun membuka dan melihat... pakcik!!!!!!!
Sy nampak!!! Orangnya bertubuh sasa dan agak bengis muka nya... siapa dia tu pakcik. Kenapa dia macam pegang tombak???

Pakcik tu menjawab... “dialah yg menjaga aku di hutan dahulu. Dialah menemani aku sewaktu menjerat dan mencari kayu kayan di hutan”
Dialah panglima yg paling garang dan kuat... dekat hutan dulu macam2 benda yg cuba mendekati dan mengacau pakcik. Dialah yg mengejar dan menghalau semua tu daripada mendekati pakcik. Image
Tetapi pakcik terpaksa utuskan untuk dia menjauhi pakcik dan balik kealamnya... kerana manusia dan jin tidak boleh dibuat kawan. Ia terjatuh hukum syirik & khurafat kerana mengharapkan bantuan daripada jin.. dia pun dah hidup beratusan tahun. Jangan risau! Ia nya rak menganggu.
Dulu pakcik jahil.. pakcik tak pandai bab2 agama ni. Sebab tu lah pakcik belajar ilmu2 alam ni. Sekarang ni pakcik dah tahu ia nya tidak boleh lagi di buat keperibadian diri. So pakcik putuskan untuk meminta bantuan daripada Allah swt.

Pakcik.. mmg camtu ke pakaiannya?
Ya memang camtu pakaiannya... dia ada ketua kampungnya sendiri. Dia boleh berupa bentuk yg dia kehendaki. Ianya hampir2 sama seperti kehidupan manusia... cumanya ia adalah golongan makhluk ghaib iaitu jin yg tidak boleh sekali kita berbuat baik dan menjadi rakan. Image
Kerana makhluk tu adalah keturunan yg dilaknat oleh Allah swt... dan perbezaan antara alam nyata dan alam ghaib tidak boleh dsatukan kecuali mati. Manusia mudah tersesat dengan pujukannya.

Oh begitewww 🤔
Eh pakcik!! Burger tu dah sejuk. Sy belanja burger ni sebab sudi pakcik brkongsi dgn sy dan mengajar sy tentang ilmuan alam. Sy sedekah. Takdehal!! 😬👍

Pakcik tu awalannya menolak. Tetapi aku memberikan hadiah kpd nya dan ia terpaksa menerima.. ☺️
Kalau ada masa lagi. Pakcik datang lah ke kedai sy lagi. Sy nak belajar lagi. “Insha allah kalau pakcik ada masa dan ada lgi disini pakcik akan dtg”

Eh pakcik! Tutup balik yg pakcik buka td... pakcik tu menghampiri dan menutup kembali. Dan pakcik tu berpesan...
Pakcik melihat dari anak mata kau ada satu keistimewaan disuatu hari nanti... mata kau cantik nak.. pakcik harap kau menjadi seorang yg soleh dan membantu org ketika dalam kesusahan dan gangguan. Tetapi!! Pakcik tutup ni.. tidak mustahil disuatu hari nanti ianya akan terbuka
Dengan sendiri... dan penglihatan itu adalah anugerah daripada kau sendiri... kau shj yg dapat mengawal diri kau sendiri. Dekatkan diri pd Allah swt dan kau akan terima jawapan tu sendiri nanti...

Pakcik tu terus meminta diri untuk pulang.. dan sejak dari tu...
Aku selalu terfikir.. kenapa pakcik tu dh taknak datang lagi 😔 aku nak dengar story dia and pengalaman2 orang tua. Dan betul kata pakcik tu.. aku pernah mencuba menutup penglihatan seorang adik daripada followers aku.. dan ianya berhasil. Itu semua takdir dan kuasa Allah.
Dan bukan daripada aku... aku cuma membantu dan memberi sedikit ilmu yg aku tahu untuk menghindari dri dari gangguan.. samada satu hari nanti aku layak menjadi seorang tukang ubat itu tidak pasti. Hanya Allah swt shj yg menentukan dan memberikan hidayah kpd aku.
Ya aku akui sebelum ni memang mudah melihat sesuatu benda.. tetapi tidak ada sesiapa yg mampu melihat dan menghadap benda yg orang lain tidak dpt melihat dgn mata kasar... lebih baik menutup dari membukanya. Pintu pertama terbuka pun dah goyang. Belum pintu kedua dan ketiga.
Dan itu juga boleh menyebabkan kau gila dan terjadi isim pd diri sendiri.... orang tidak akan mudah mempercayai sesuatu benda yg dia tidak pernah alami dan rasai... tetapi apabila ia mencubainya... ingat. Tiada jalan pulang.

Adik ira kaza shj yg pernah alami & mmpercayai.
Itu shj perkongsian sy dimalam ini... salah kata harap diampuni... terlanjur kata boleh diperbaiki. Terjerumus kesesatan, gelap memakan diri.

Terima kasih,
#kheyamir

Assalamualaikum wbt ✨🎈💞💕
Sambungan thread VOL 2 “Seorang Pakcik Ilmuan” https://t.co/L8DLD2XDsI
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with 🀄тнe•k͞͞h͞͞e͞͞y͞͞a͞͞m͞͞i͞͞r͞͞🀄

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!