Thread yang akan dikongsikan kali ini ialah tentang menginap di “HOTEL” di Port Dickson... #kheyamir#threadseram
Kaitan kali ini melibatkan kami sekeluarga yang jenis melihat sesuatu benda yang orang lain tidak dpt melihat dengan mata kasar. Dari Ayah sehingga ke cucu(anakbuah)..
Kebiasaannya hujung tahun kami memang akan buat holiday iaitu hari keluarga dekat mana2 tempat. Pd ni dari kecik sampai la ketua bangka dah kawin ada anak penak pun still steady je tak ada apa jadi. Nak dijadikan cerita satu malam ni kami adik beradik dan anak buah pun kena 🤦🏻♂️
Biasalah mak aku whatsapp dalam group buat ayat sedih nak g berjalan dan spendtime dgn keluarga sendiri. “Besok kan cuti,anak2 mak xnak buat apa2 ke? Berjalan ke pd ke. Jom!” Semua on terus. Perap BBQ lah apalah semua lah. Dah settle apa semua tu. Pergi la ke pd ni.
Bila sampai ke destinasi. Kakak aku turun ke lobby hotel nak buat tempahan sebanyak 4 bilik. Siap je masing2 dapat kunci. Macam biasalah bilik lelaki.. aku, abg aku dgn dua anak buah lelaki aku. Memang nakal lah kami berempat. Anak buah aku dua orang ni memang buas jgn cakaplah.
Masuk je bilik terus berlari dengan tak bagi salam nya apa nya terus melompat atas katil nak cop tempat. Aku apa lagi, jadi singa lah. Dok berenjak atas katil orang nak tidur nanti. Abang aku pun letakkan lah bag apa semua. Dia pandang kiri kanan depan belakang. Check semua tmpt
Macam org jakun tak pernah dduk hotel. Tapi aku tahu dia macam syak dan terasa something. Lepastu dia pandang aku. “Kau kenapa! Apa yg kau cari?” Abang aku “aku ada bau hanyir lah,macam bauu” dah2 kau jgn sebut.. budak2 ada kat sini. Elok2 tidur berempat jadi tidur berdua. Hahaha
Abang aku pun keluar pergi ke bilik mak aku dekat sebelah dgn anak2 buah aku semua sekali. Tinggal lah aku sorang, nak duduk bilik sebab nak layan wifi rest sementara adik beradik aku yang lagi 6 orang tu g beli barang. Lepak2 apa semua. Aku ni jenis tak bergaul dgn ssiapa.
Sebab aku paling kecik. Yang lain semua tua bangka. Aku nak masuk kepala nak borak pun macam tak kena je. Better duduk dalam bilik je rest kejap sementara petang nak g mandi laut. Dalam tengah duduk berseorangan tu.. tiba tiba.......
Telinga ni start berdesing.. bulu roma naik. Hati berdegup kencang dengan tiba2... terus aku bangun dan duduk dekat atas katil tu sambil bersila. Pandang kiri kanan apa semua. Seolah2 ada orang lalu lalang dekat depan pintu. Dengar bunyi orang kemas biliklah apalah..
Aku syak house keeping yg tgh settle bilik sebelah je. Buat tak tahu jela. Baring balik nak lelap mata. Pejam je mata... tiba2 terasa orang terbang lalu atas kepala aku... apa lagi melompat la aku dari atas katil. Aih semacam je ni bilik ni. Dah kenapa lak ni.... 😟😟😟
Tengah dalam keadaan goyang. Pintu ketuk kuat2... bamm bamm bamm!! Terperanjat aku.. tetiba dgr suara anak buah aku “paksu, bukak pintu.. iman ngn syahmi nak masuk ni” huwh lega hati aku.. aku ingat kan siapalah tadi.. bukak lah pintu. Diorang masuk terus nak pinjam hp aku nak
Tgk utube sebab ada wifi. Bagi jela diorang daripada dok merapu tak ada kerja. Abang kpd si iman ni tetiba tegur aku. “Paksu, tadi siapa yg masuk bilik paksu. Kitorang waktu nak dtg ke bilik paksu tadi ada orang masuk bilik ni. Ingatkan cik nuar” aku pun apa lagi.. haish!! Kau
Berdua mengarut apa ni. Mana ada sesiapa, kan cik nuar dekat bilik nenek. Anak buah aku pun buat muka pelik “tipu! Ni mesti cik nuar nyorok dari kitorang kan?” Beriya lah bebudak ni pergi mencari apa semua. Aku pun lantaklah korang. Aku dah cakap tak ada. Korang degil jugak.
Mak aku pun call ajak semua bersiap nak g mandi pantai apa semua. Aku apa lagi. Siapkan lah katil gantung apa semua. Masak lah apalah. Ber BBQ lah macam2.. mandi sakan semua sekali. Humban anak2 buah aku dalam laut lah apalah. Ajarkan anak2 buah aku berenang apa semua.
Tengah ajarkan terapung kat anak buah aku sorang ni yg badan montel perut kedepan sikit ala ala pingu style ni. Aku cakap kat dia “syahmi, kau ngn iman malam ni kena tidur awal. Jgn tidur lewat” dia tanya aku kenapa. Aku jawablah “kalau nak tidur lewat kau merasalah malam ni”😏
Relax anak buah aku panggil adik dia kat tepi pantai “imannn!! Malam ni paksu nak main hantu2!!” Aku dari belakang amik air laut yg masin tu sumbat dalam mulut dia. Kau ni!! Jaga mulut kau. Kang nanti dia tak nak tidur bilik kita kang. Aku tahu siapa xnak tidur ngn aku mlm ni.
Balik jgn naik ngan aku. Tak payah singgah McD ke apa. Kau tgk lah aku makan ngn cik nuar kau je. (Pancingan maut terhadap budak2 yg senang kena kecing 😂🤣)
Ok kami pun bersiaplah nak balik ke bilik nak mandi nak siap apa semua. Aku mandi dulu sbelum bdk2 ni mandi. Sbb mlm nak
Pergi tgk penyu katanya. Tgh mandi tu tiba2 aku dgr bunyi pintu bukak. Samada diorang keluar atau adk bradik aku masuk. Anak buah aku pun ktuk bilik air “paksu! Cpt sikit! Iman sorg ni! Nak mandi sekali lah” aku ckp lah kejap. Dh nak siap dah ni. Bukak je pintu bilik air.......
Anak buah aku dah tercegat depan pintu dh lompat2.. rasanya nak trkencing kot budak ni. Sampai pucat muka dia. Dia pon mandi dgn tak tutup pintu nya. Tak apalah bdk kan. Aku faham. Dah siap apa semua aku bwak la diorang g tgk penyu dgn shopping dkt markas Tentera darat dpn tu.
Suka betul diorang dpt sorang sehelai baju ATM. Lambang komando lak tu. Komando2 jugak. Kau tunggu sekor2 dua orang ni bakal jadi biawak komodo. Hahaha kami pun nak balik lah ke bilik. Dalam perjalanan nak balik bilik tu. Kami bertiga, abang aku dia bawak mak aku pimpin smpai ke
Bilik mak aku la kan.. kami bertiga paling lewat sebab pusing2 dulu tepi pantai. Dah naik lift apa semua. Kami dah sampai ke depan pintu. Anak buah aku sorang je yg terpandang hujung lorong.. aku tolak muka dia terus masuk ke dalam bilik. Tgk muka dia macam xpuas hati nak g tgk..
Dia terus ckp dgn aku “paksu, tadi dkt hujung tuuu...” aku terus ttup mulut dia dgn marah dia. Kau diam! Masuk g basuh kaki mandi dgn tidur. Aku taknak dia demam. Sebab budak ni dia mudah nampak. Haa itulah yg aku serabut nk jaga dia ni 🤦🏻♂️
Kami pun bersiap nak tidur. Aku macam biasalah tidur tutup lampu. Semak mata aku ada lampu atas kepala. Tingkap lak terbuka sikit langsir sebab kat luar lampu bulan terang waktu tu. Bilik mengadap pantai lak. Cantik betul. Abg aku dah lelap kan mata dah. Sebab esok dia nak drive.
Abg aku ni punya perangai. Kalau nmpk atau dgr apa2 dia buat tak reti je. Lantak kau lah nak buat apa. Yg penting aku tak ngantuk esoknya. Jadi kami pun rapatkan katil. Aku blah hujung tepi dekat dgn tingkap. Semua dah tidur masa tu. Aku je sakit2 badan xdpt nak lelap mata.
Tiba2... bayang2 macam ni berdiri dekat tepi abang aku blah hujung katil sana. Aku ni tak mengadap ke tingkap. Peluk anak buah aku. Aku pusing lah nak tgk ke tingkap. Tak ada pulak. Terus tarik langsir nak rapatkan. Haa tak ada bayangan lagi.
Tiba2... anak buah aku macam meronta2 kejutkan aku dari tidur.. aku dgn abg aku bangunlah. Aku cakap kau kenapa iman! “Iman nampak dlm selimut 😭” aku terus tak sedap hati. Pandang abang aku. Macam mana? Bilik ni puaka hareylah. Melebihlak sampai nak ggu2 budak pulak. Haih 🤦🏻♂️
Nak kejut sorang lagi dugong tu pulak kemain nyenyak dia tidur. Kepenatan betul. Jenis tak makan saman punya budak. Hidup dia dipenuhi dgn makanan je sampai aku ngan abang aku tgk dia pun trgelak sebab dalam tidur pun boleh mengigau mcm mengunyah makanan. Hahaha 🤣 abg aku ckp...
Tidur jela. Mampusla apa nak jadi. Lagi 4 jam je nak siang. Tarik selimut tidur rapat2. Bukak lah lampu bilik air. Bila semua dah tidur. Aku seorang je tak bole nak lelap mata. Datang bau hanyir mcm abg aku bau masa masuk bilik. Dgr bunyi orang tarik kerusi lah dinding ketuk2..
Buat tak tahu jela. Mindset aku fikir orang atas tgh berasmara dana jela. Untunglah berparty dibulan yg mengambang purnama. Hahaha lelapkan lah mata. Tengah lelap tetiba trbayang macam dalam gambar ni 👇.. oh sh*t!! Peluk kuat aku ngn anak buah aku. 🤣 tapi mmg terasa camtu pun.
Alhamdulillah tetidur jugak.. besoknya cakap ngan mak aku. Mak aku cakap pun tak tidur tenang. Tak sedap hati. Check out apa semua. Anak buah aku kata “paksu, iman nampak ada orang berlari masuk bilik air” aku cakap lah. Dahhh dahhh.. jom balik.
Jadi ini ialah tips2 nak elak dari bilik horror ni.
Datang ke resort tergesa-gesa, tanpa tempahan awal, semasa hari sudah pun malam dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.
Sebab tak tahan dengan mulut korang, akhirnya, selepas dua, tiga minit ketuk keyboard komputer, staff hotel itu kata..
“Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”
Tahniah! Korang baru saja tempah tiket vip nak berjumpa cik hantu di bilik nanti.
Dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu.
Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau tempat letaknya patung2 keagamaan orang Cina
yang di simpan untuk membuang sial. Sesetengah bilik, dikosongkan sebab puas cuba dipulihkan dari makhluk halus, tapi tak berjaya. Haa nasib lah korang yang dok marah2 bro/sis counter hotel. Sabar jap dia bagi bilik apa. Hahahahaha
Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama kalau balkoni bilik korang menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi.
Banyak kes makhluk berbaju sari putih terbang masuk melalui balkoni 😅
Contohnya macam aku cerita tu. Langsir terbuka 😟
Sebenarnya mana2 tempat korang nak tinggal pun sama je. Pandai cari tempat pandai cari bilik. Jangan pakai serbu je masuk nak tidur. Nak2 yg meeting dok hotel sorang2 tu. Kalau aku idok la nak duduk sorang2. Rela aku tidur dalam kereta je. 🤣
Masuk bagi salam penuh. Baca doa dulu. Minta dijauhkan dari gangguan dan dilindungi dari makhluk yang tak diingini. Itu sahaja benda apa yang nak disharekan setakat ini. So goodluck and enjoy for your holiday 😘
Nama hotel adalah RAHSIA.. nak bagi korang rasa dan pengalaman. Kang nanti cakap aku ada kan cerita pulakkan. Cuma aku pesan. Jangan cari kat kawasan terceruk sangat. 😬✌️ babai 🤣
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Guys, doakan para jemaah haji di arafah. Ramai yg meninggal dunia dan muntah darah akibat strok haba. Suhu disana mencecah 47•C .
Perjalanan dari Mekkah ke Arafah sejauh 21.9km. Ramai jemaah brjalan kaki atas sbb transport yg tidak mencukupi.
Assalamualaikum, info ni dari jemaah dari Malaysia dan keluarga sy yg turut membantu contact keluarga masing2 tetapi xdpt dihubungi.
Kpd yg mengenali boleh tanya khabar keluarga yg menunaikan ibadat haji disana.
Jemaah haji yg kekurangan oksigen dan juga strok haba dlm perjalanan ke arafah. Kejadian yg menimpa didalam terowong dan juga sebelum dgn kepanasan kini mencecah 47c dan mungkin meningkat.
Ini adalah satu Kisah Benar yg telah berlaku pd minggu ini dan sebelumnya. Thread ini aku kongsikan brkenaan satu gangguan yg terjadi pd kami dan juga anak buah yg masih kecil.
Tajuk "Pembalasan Syaitan".
Maaf, jika tak kuat untuk ikut tahu tentang perkongsian sy bagi mengelak daripada bayangan dan pembawakan cerita ini. Anda dinasihatkan untuk tidak ikut serta membacanya.
Jalan cerita ini sy kongsikan terlalu detail brserta gambar contoh yg seakan-akan sama dgn yg terjadi.
Pd jam 8.45mlm sy akan kongsikan kpd anda. Maaf sekali lagi, ini masa yg sesuai untuk sy kongsikan kpd anda semua.
Before baca thread ini, anda dinasihatkan memulakan bacaan bismillah penuh dan kuatkan hati untuk tempuh membaca prkongsian sy ini.
Dulu aku pernah bagitahu korg yg ustaz kazim mmg real kena sihir. Aku fhm je org lain takkan percaya. Yelah ustaz mustahil boleh kena. Ingat ya? Para rasul2 sendiri pun pernah disihir. Jgn ingat ustaz je.
If tak faham. Sy boleh terangkan. Dlm gmbr yg dilukis tu ialah 4 org penyihir yg tinggi ilmuannya. Kalau nk hentam balik pun ko kena ilmu yg tinggi untuk lawan. Kadang2 para2 penyihir ni dia menyantau bkn dari suruhan. Tp adu ilmu prcubaan kpd org tu samada kuat dri dia or tidak.
Bentuk dan bayangan yg dilukis tu mmg sy prcaya ada setengah org dia diberi kelebihan untuk mndapatkan bayangan kpd dirinya. Sy ada sorg kwn perempuan. Tgh study dia pejam mata tp tgn dia melukis benda tu. Mmg sbijik sama dgn apa yg dilihat.
Sebuah dialog & penerangan tentang “PENGHUNI DI LAUTAN”
Rahsia yang tak semua manusia tidak ketahui.. THREAD bermula dari sini 👇🏻
Berkenaan di penghuni darat dan juga laut. Kedua2nya ada makhluk yang ganas dan juga merbahaya. Makhluk yang nyata dan juga tidak nyata. Kalini sy cuba untuk kongsikan kpd anda semua tentang lautan yg terbentang luas yg anda sendiri tidak pernah tahu dan ambil tahu.
Amaran.. thread tidak digalakkan kpd yg mengalami penyakit Thalassophobia. Mungkin akan menimbulkan mimpi ngeri dan juga bayangan tak terbatas kpd anda. Jika anda brdegil. Tanggungjawab anda. Thread ni ntuk org2 yg sanggup ntuk mengetahui alam. 🙏🏻
Esok jumaat sy bakal kongsikan ilmu tentang lautan yang dalam dan gelap yg tak ditembusi cahaya dan siapa penghuninya daripada zaman nabi sulaiman AS. Dan serba sedikit kjujuran dan luahan daripada seseorang wanita yg drasuki jin apabila sdang berubat. Jalan cerita tu agak seram.
Perkongsian yang bakal dipostkan itu mungkin sekitar jam 11mlm-1.am ... nanti kan kisah menarik tu.
Thread memang best kalau korang baca. Atas kejujuran jin dan juga ilmu tentang alam laut yg trbentang luas. Korang yg tak tahu boleh jd tahu. Dan sy cerita ni ialah sahih. Bukan direka semata2.
Kesian kawan baik aku dari kecik ni... dia terlampau obsessed nak tgk benda yg ghaib dan nak buka hijab mata dia. Dah 4 thn dah life dia lost. Dia selalu act macam org gila and buat status pepelik. Sedangkan dia pelajar cemerlang study german language.. doakan lah dia sembuh ya😭
Rasa nak kongsi dengan korang je apa yg dia hadap selama ni 😔 tapi nantilah...
Insha allah malam ni sy cuba kongsi. Tengah sebak. Lama tak contact kawan ksygn sorg ni 😔