My Authors
Read all threads
Kelemahan filem Daulat

- Tak ada konsep "Show, don't tell".
- Terlalu memaksa realpolitik itu apa, tapi tak tunjuk dalam lakonan.
- Terlalu memberatkan drama, politik hanya sampingan.
- Terlalu memaksa nak bawa ideologi filem sampai plot terabai.
- Dialog terabur

3/10
Saya bagi contoh ya. House of Cards.

Ketika musim pertama, kita tahu Frank cuba nak jatuhkan Kern. Kita dah boleh agak.

Macam mana dia jatuhkan Kern dia tak "tell". Dia "show". Dia komplot dengan media, satu-satu rancangan dia "execute". Dia tak "tell" satu-satu apa kena buat.
Macam mana dia gantikan Catherine dengan Kern. Mungkin kita tak jangka Frank nak gantikan Catherine dengan Kern. Dia tak "tell". Macam mana Frank nak naikkan Catherine pun dia "show". Minta media tulis pasal Catherine. Dia tak beritahu kena buat apa, kenapa macam itu macam ini.
Apabila kita terlalu memaksa, dia akan terlalu banyak "tell". Ini bukan buku cerita ataupun novel. Ini filem. Banyak perkara kita boleh beritahu melalui tindakan, tanpa bercakap. Bila banyak sangat "tell", dia akan jadi boring dan memaksa.
Biasanya pengarah yang terlalu banyak "tell" dalam pembikinan filemnya menganggap penonton tidak mempunyai kefahaman yang tinggi, takut mesej tidak sampai.

Kena ubah tanggapan ini. Banyak filem yang "show, don't tell" ini naik membuktikan penonton tidaklah sebodoh mana.
Contoh lain adalah Parasite (Korea) dan The Platform. Filem ini tak beritahu pun mesej dan kritikan mereka. Tetapi kita tahu mesej apa yang dia nak sampaikan.

Parasite sangat mementingkan plot. Kita tonton plot filem dulu, baru kita nampak mesejnya.
Plot datang dulu, baru ideologi apa yang nak disampaikan. Kalau main ideologi dan mesej semata-mata, dia akan jadi memaksa. Daulat terlalu memaksa bahawa mereka nak sampaikan idea realpolitik sampaikan plot terabai.

Kalau plot dah bikin cantik, realpolitik terselah sendiri.
Filem The Joker pentingkan plot dan jalan penceritaan. Mesej kritikan sosial itu datang kemudian. Penonton sendiri yang sembang apa mesej yang nak disampaikan dalam filem The Joker - masalah mental, stigma masyarakat, korupsi, dll.

The Joker tak perlu pun sembang panjang.
Saya fikir, ramai orang "hype" selepas tamat tonton filem ini sebab filem ini berkait dengan politik di Malaysia. Ini juga menunjukkan bahawa genre filem politik di Malaysia sangat nadir.
Walaupun begitu, saya tak setuju kita romantiskan dengan sentimen "Okeylah, tak pernah buat, benda baru di Malaysia" dan sebagainya.

Nanti selama-lamanya kita tak dapat buat banyak filem yang bagus sebab diromantiskan. Filem yang baik datang daripada masyarakat yang mengkritik.
Tak setuju kalau cakap, "Orang Malaysia tak biasa lagi genre macam ini", padahal kerap sangat tonton filem luar yang bagus. Ini menunjukkan orang Malaysia dah bersedia nak tonton filem yang bagus dari pelbagai genre.

Bagi saya itu cuma alasan & nak romantiskan filem tempatan.
Nak tambah, Daulat banyak gila drama yang tak perlu. Politik macam sampingan saja. Konflik nak bayar rawatan ayah la, konflik suami isteri la, konflik perniagaan- benda ini semua lebih kuat menonjol daripada politik. Babak politik pula banyak bersyarah dalam bilik mesyuarat.
Orang cakap saya buat perbandingan tak kena. Saya nak beritahu, saya tak buat perbandingan pun. Nak banding macam mana genre pun dah lain. Saya bagi contoh filem lain sebab nak beritahu konsep "show, don't tell" saja yang Daulat gagal aplikasikan. Itu poin utama saya.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!