My Authors
Read all threads
Purata manusia (termasuk orang Malaysia) atas muka Bumi ini ada bias optimism. Kalau suatu malapetaka melanda, mereka optimis tidak akan terkena malapetaka tersebut.

Ini antara sebab mengapa pelbagai kempen, nasihat dan panduan tidak pernah berjaya. Perlu ada tindakan tegas.
Kempen berhenti merokok tidak pernah berjaya. Letaklah gambar paru-paru rosak merata pun. Letaklah video paru hitam merata pun, perokok tetap merasakan dirinya tidak terkena ancaman tersebut.
Walaupun kematian atas jalan raya merupakan salah satu punca kematian utama manusia, tetapi masih ramai lalai dan leka memandu. Masih ramai berani bermain telefon bimbit dan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
Obesiti juga merupakan antara punca kematian tertinggi manusia, tetapi masih ramai manusia galak makan benda bukan-bukan. Semakin rancak makan benda-benda manis. Bersenam pun bukan main payah.
Samalah macam kes jangkitan wabak. Nasihatlah macam mana pun, susah manusia nak ikut. Suruh basuh tangan ke, "social distancing" ke, tak kisahlah apa nasihat pun, rakyat Malaysia tetap optimis mereka bukan punca sebaran wabak dan tetap optimis mereka tak kena wabak.
Masa solat Jumaat itu hari, cuba beritahu saya semua jemaah ke yang ambil wuduk dari rumah? Masjid mana saja yang sediakan "hand sanitizer"? Ini semua panduan daripada pihak berkuasa. Itu belum masuk lagi orang yang mungkin sakit datang, tapi kita tak sedar.
Sebab itu saya kurang setuju kalau pihak berkuasa cuma sekadar bagi panduan dan nasihat. Kena ada tindakan tegas. Kalau tak nak bagi berhimpun, tempat itu kena ditutup, penganjur perlu diambil tindakan, bukan suruh orang ramai jangan berhimpun tetapi punca perhimpunan dibiarkan.
Taiwan adalah negara paling dekat dengan China, tetapi kesnya antara paling rendah di rantau Asia berbanding Korea, Jepun dan Malaysia. Setakat ini hanya setakat 49-50 kes jangkitan wabak.
Antara sebab kejayaan Taiwan ialah mereka haramkan penerbangan dari China. Mereka merupakan negara pertama yang haramkan penerbangan. Mereka tak suruh rakyatnya jangan pergi melancong. Haramkan terus, tak pakai nasihat.

businessinsider.my/coronavirus-ta…
Mereka beli semua penutup muka, dan jual kepada rakyat dengan harga murah serta buat catuan. Mereka tak suruh kedai jual harga murah ataupun suruh rakyat jangan beli secara pukal. Mereka buat terus, bukan nasihat dan beri panduan lagi.
Mereka beli "hand sanitizer" & letak di tempat penting, mereka tak minta orang beli "hand sanitizer". Mereka sendiri sediakan.

Kalau ada satu-dua kes positif wabak, mereka tutup satu bangunan. Mereka tak suruh satu-dua yang kena kes ini duduk rumah. Tapi bangunan biar beroperasi
Aktiviti suruh-menyuruh susah nak berjaya kerana bias optimis. Kena matikan punca, bukan sekadar merawat simptom.
KKM dah keluarkan berapa kali "nasihat" supaya jangan buat perhimpunan ramai-ramai. Tapi masih juga orang buat. Sebab apa? Sebab sangka jangkitan wabak tak ada. Leka sangat.
Mungkin cukup² la kot nasihat dan panduan. Nak kena ada "enforcement" daripada pihak berkuasa. Puluhan kes naik saban hari. Takkan nak tunggu kes kematian ada baru nak isytihar itu dan ini.

Pihak berkuasa timbulkan persepsi keadaan rileks, rakyat lagi rileks.
Penambahan bagaimana Taiwan membendung sebaran wabak. Sangat ketat! Mereka ada "enforcement".
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!