, 57 tweets, 10 min read
Tajuk kita untuk minggu ini ialah Kisah LT.Muda diganggu sewaktu beroperasi di Sempadan MALAYSIA & THAILAND...

Kisah Seram “LUBUK LANGSUIR”

INI ADALAH THREAD 😖🙏
Thread ini akan siap pada jam 3ptg 26/10/2019 iaitu hari SABTU...

Baca dan hayati saat anggota dan Pegawai Tentera Darat Malaysia sedang beroperasi di Balai Pengawal dan disekitar kawasan Kem mereka iaitu sedang menjalan kan tugas OPS PAGAR.....
THREAD yg dikongsikan ini ialah pengalaman bagaimana cekalnya seorang anggota tentera berjalan kedalam tempat yg gelap menuju satu post ke satu post. NGERI !!! 😭

Lepas sy balik kerja pukul 3 pagi sy akan start writing.. saya akan post Jam 3ptg skaligus.

Waiting me....... 🙏
Langsuir

Langsuir ni kelihatan sperti pontianak, satu jenis setan yg amat hodoh, mukanya kulit kusam dan macam daging hanyir mungkin sbb badannya penuh dgn darah. Tak pakai kain putih macam dalam tv, tapi kainnya warna kotor koyak2.
Langsuir ni ‘tak ada tuan’, duduk tepi hutan. Kalau dia terbang dia mengilai bunyi ieee ieeeek iekkkk… Suka bertenggek bercangkung di dahan pokok ataupun melekat didahan jarang turun ke tanah.
Dia suka ikut orang berjalan di belakang takpun duduk dbelakang motor bagi yg mnunggang motor brseorangan dijalan yg sunyi dan gelap.

Kawasan dia selalunya di alor anak sungai kecil di kepala bukit. 😶
Kalau kita berani jerkah dia tengah bertenggek, dia akan terbang sampai ‘terkencing’. Air kencingnya amat busuk! Kalau kena baju kita, memang kena bakar je baju tu sebab baunya tak hilang. Dia panggil nama kita dengan suara seram dia dgn halus ataupun kasar.
Diceritakan kembali kpd sy atas pengalaman2 anggota tentera ini...

Ini ialah pengalaman anggota dan Leftenan Muda ini.. Pengalaman tentera trsebut waktu itu baru berpangkat Leftenan Muda berumur 22 tahun, didalam batalion ke 16 RAMD
diarahkan bertugas operasi keselamatan di sempadan. Kami masuk Op Pagar.

Namanya Op Pagar kerana kami betul-betul ditempatkan di tepi pagar sempadan Malaysia Thailand.
Selari dgn pagar itu, ada 1 jalan mini tar yg menyambungkan pos-pos kawalan tentera. Dulu ada 13 pos penempatan tentera yg ada ketika itu (sekarang tak tahu berapa yg ada). Ketua kompeni mereka dtempatkan di pos no 10, betul2 di hujung ladang Mardi Bukit Tangga, belakang UUM.
Saya pula diletakkan di pos no 11 (sekarang pos itu dah ditutup. Jadi kedudukan kami betul-betul di tepi hutan di sempadan negara. Pos 11 ini unik, ada 6 buah pondok penginapan dibuat dari kayu beratapkan zink, yg muat hanya 2 orang.....
saja tiap pondok. Kiranya macam pondok tunggu durian, cuma berdinding dan ada katil kayu kecil.

Tak ada paip air, hanya guna air hujan dan perigi kecil. Kalau tak hujan, kami minum dan mandi guna perigi yg keruh itu. Eletrik pun tak ada, hanya ada generator kecil, itupun
dipasang hanya 3 jam setiap malam untuk jimat bekalan minyak. Jadi siang malam pos kami ini hanya kedengaran bunyi2 hutan saja sebagai hiburan. Kami duduk situ selama 2 bulan. Itulah namanya pengorbanan anggota tentera.
Bosan tu jangan cakaplah. Aktiviti kami macam biasalah bergelak ketawa dan masing2 ada perangai mereka tersendiri. (Aktiviti perlu dirahsiakan, masuk askar dulu baru tahu aktiviti nya apa haha)
Selepas seminggu duduk disitu, langsung tak hujan, masalah air sudah kritikal. Jadi saya pun cari punca air di keliling pos. Kebetulan, ada satu alor anak sungai yg jaraknya 150m dari pos tapi dalam hutan. Air di alor itu amat kecil, hanya meleleh sebesar ibu jari saja.
Saya pun arahkan semua platun saya buat gotong royong bina empangan air kecil dengan pokok-pokok untuk takung air itu. Selepas 3 hari, siaplah ‘empangan’ kecil kami, sedalam 1 meter. Besarnya pun hanya dua depa. Bolehlah buat mandi dan air nak memasak.
Satu malam, lebih kurang jam 8 malam, selepas generator sudah on, dua orang anak buah saya dalam gelap pergi ke tadahan air itu nak ambil air untuk masak. Sampai di situ, mereka suluh dengan lampu, nampak satu lembaga....
perempuan rambut panjang, tengah mencangkung dan ‘macam kunyah’ bangkai katak! Dengan darah penuh di mulut dan badannya. Apalagi, terkejut dan larilah anak buah saya. Mereka beritahu saya hal itu, saya hanya diam saja tak kata apa-apa.
Selepas generator ditutup pukul 9 malam, pos jadi gelap gelita… Saya cuba tidur tapi tak boleh kerana hati rasa tak tenang. Tiba-tiba… ada suara lembut tapi seram, saya dengar di balik dinding kayu pondok saya… “Fitriiiiiii…. fitriiiii… fitriiii…”
Terus saya bangun dan capai senjata M16 carbine saya dalam gelap. Saya jerkah, “Hoiiiii!!!” Terus benda tu pergi jauh sambil mengilai eiiiii eiiiik eikkkkkk eeiiiii.. jantung saya berdebar dgn lajunya, apa pula dugaan aku kena ni! 😭🤦🏻‍♂️

Nak keluar ke taknak hah.. ahh keluarlah.
Saya jerit panggil pengawal yg bertugas menjaga pos waktu malam, “Guard! Siapa yg bertugas sekarang?” Senyap, tak ada balasan. Saya panggil lagi… senyap lagi. “Ishhh, mana pergi askar aku ni. Mati dah ke?” Detik hati saya. Saya ambil lampu suluh, berjalan ke tempat pos pengawal.
Laa, tertidur rupanya dia. Keletihan tugas meronda waktu siang tadilah tu.. Hmm.. 🤔 tak apalah.. bagi dia rehat dulu smentara. Tapi takkanlah dia ni tidur mati. Kemain kuat mengilai takkan lah tak dengar. Aku yg dalam post tadi pun boleh dgr. Inikan pula dia duduk luar macam tu.
Esoknya, waktu nak mandi pagi, saya turun ke tempat tu. Betul, ada beberapa bangkai katak yg sudah digigit dan dihancurkan. Saya pandang ke atas lihat keadaan pokok dikeliling situ sambil dengar suasana yg sunyi…
“oh, rupanya aku dah salah tempat buat tempat empangan ni. Patutlah, aku terlupa. Kelam kabut waktu cari punca air, sampai lupa nak ikut petua. Aduhhhh.. dah nasib. Hadap sajalah”
Malam itu, OC saya, Mejar Rosli bin Hassan, (ketua medan) yg berada di pos no 10 panggil saya ke pos dia untuk mesyuarat. Alamak, dahla jauh dari sy, waktu malam pulak tu. Tak kan saya nak kena jalan kaki di mini tar tengah hutan yg gelap seorang diri? Aduhhhhh… malasnya lahai.
Mejar Rosli panggil saya dengan radio tentera, suruh saya ke tempat dia untuk mesyuarat. Saya pun mahu tak mahu, kena pergi jugaklah walau terpaksa jalan kaki seorang diri. Taat Setia saya sebagai askar melayu, perintah boss saya patuhi.
Pukul 8.30 malam, saya bawa senjata M16 saya, saya mula jalan kaki di jalan tar mini itu sejauh 2 km menuju pos no 10. Bapak jauh.. kalau dekat gagah la lagi weh!

Saya bawa lampu suluh, tapi saya tak guna pun, kerana saya tak mahu tarik perhatian binatang liar.
Jadi saya berjalan dalam gelap, hanya guna cahaya bulan sabit saja. Mana terang sangat.. cahaya samar2 macam tu je. 😭

Sedang berjalan di jalan mini tar yg dikiri kanan hanyalah hutan, tiba tiba berbunyi…..... prakkkk prakk, bunyi ranting dipatahkan. Saya berhenti.
Pandang kiri kanan, saya risau kalau-kalau binatang liar. Saya cekah senjata dan bersedia, saya tidak bergerak. Saya perhati betul-betul dikiri dan kanan. Takut binatang buas sebab kiri kanan semuanya hutan gelap gelita. Mana nak nampak apa2.. 😭
Tiba-tiba.. didepan saya, lebih kurang 50meter di atas jalan tar itu, saya nampak susuk macam perempuan sedang berdiri. Allahhhhhuakbar! Saya cepat-cepat buka lampu dan suluh. Ya Allah… langsuir! 😭

Halang depan pulak tu... nak taknak kena hadap. Sebab panggilan boss saya 😭
Sedang berdiri tegak dgn rambut panjang di tengah2 jalan menghalang jalan saya nak ke pos Mejar Rosli. Dalam hati, “aaahh kena dah aku kali ni”. Saya mula rasa takut. Gila kau tak goyang, seorang diri lepastu jauh pulak tu dgn post. Kalau aku jerit sekuat hati pun org xkan dgr.
Saya terus teringat ilmu guru saya beri. Saya melutut di tanah, dua-dua jari manis saya pula tikam ke tanah. Saya tarik nafas dan baca “a’uzubi kalimatillahi ttammatimin syarri ma kholaq” 3kali, al fatihah 1 kali, baca 3 qul, dan baca innaja’alna fia’naqihim..
Ayat ni bagus jika terdesak bila terkena gangguan.. boleh dibacakan pd air dan diberi minum kpd yg kena hysteria atau rasukan. Sapukan dimukanya jika dia tidak mahu meminumnya kmudian paksa dia untuk minum (pelajaran) 👍👍👍
sampai habis.. (ayat 8-9 surah yasin). Lepas itu saya tarik nafas, tahan, saya sapu kening-kening saya dengan jari manis, sapu muka dengan tapak tangan dan sampai ke dada. Yakin kpd Allah SWT.. kita hamba yg mulia dari makhluk2 dari yg lain. Ikhtiar kpd allah swt.
Saya tepuk dua-dua tangan saya ke tanah dan jerit Allahuakbar!! Terus saya bangun berdiri tegak. Hilang rasa takut, terus jadi garang seperti harimau. Nafas saya di hidung jadi panas dan mata saya jadi tajam.

Henshin!!! Haha gurau..
Saya lihat langsuir itu masih berdiri. Saya jadi marah terus berlari kejar kearah dia. Langsuir itu terus terbang ke arah hutan.

Haa tahu takut.. nak takutkan orang lagi.. takut kena apa2 lettuw.. hutan gelap ni 😏 hahahahaha okey cukup.. sambung balik. 😂
Saya berhenti kejar dia, dada saya naik turun. Saya terus berzikir nafas para wali.. Ya Rahman waktu tarik nafas, dan Ya Rahim ketika lepas nafas. Tenangkan degupan jantung. Saya teruskan berjalan ke depan sambil jari genggam senjata saya dengan kuat.
Mulut dan nafas terus berzikir.. ya rahman.. ya rohim sebanyak mana yg sy boleh.. senang cerita sambil jalan tu sambil baca lah apa yg tahu. Dekat jalan tu suara sy jela yg ada. 😂
Setelah sampai di tempat Mejar Rosli, beliau ajak saya minum teh dan makan kueh. Laaa.. saya ingatkan dia panggil ada mesyuarat, rupanya dia tengah bosan dan saja nak ajak saya layan cerita hindustan dengan dia. 🙄🤦🏻‍♂️ koyak kejap gaklah dibuatnya 😂 dah la kena tadi 😖
aduhai, saya tepuk dahi, layan je lah, dia kan boss saya. 😅

Maka saya pun layanlah cerita hindustan dengan dia. Habis saja, dia sambung pula dengan Dil To Pagal Hei. Tempat dia tak apa, generator ada dua, stok minyak pun banyak, jadi boleh on generator sampai lewat malam.
Pukul 2 pagi, tamat dah semua cerita hindustan itu. Saya minta tolong dari Mejar Rosli untuk hantar saya pulang ke tempat saya. Nasib baik dia bagi kereta land rover dia. Takdelah nak jalan kaki hadap benda alah tu lagi. Cepat sikit perjalanan. Tapi nak balik tu goyang gaklah 😂
Kalau tidak, terpaksalah saya jalan kaki semula ke tempat saya. Pemandu Mejar Rosli dan seorang lagi anggota tentera, hantar saya pulang pukul 2.30 pagi. Selamat saya… 😅

(Gambar hiasan)
Beberapa malam tiada gangguan.. tapi, di satu malam selepas itu, dalam gelap gelita, sedang saya nyenyak tidur di pondok saya, tiba-tiba ada benda jatuh atas atap zink saya. Gedegummm bunyinya. Saya terjaga....
Kemudian bunyi di atap zink anak buah saya pula, gedegum! Berdentum pula ke pondok-pondok lain. Bunyi mengilai mula kuat eeeiiikk eeiii eeeeiikkk. Saya capai senjata M16 dan terus keluar dari pondok.

Saya tengok anak-anak buah saya pun keluar dari pondok masing- masing.
Celaka punya langsuir!!!! Dia lompat dari bumbung ke bumbung sambil mengilai! Ingat spiderman ke hah HIJAU!!!

“Tuan, disini tuan!” Anak buah saya panggil saya. Cepat-cepat saya suluh arah dia tunjuk. Kami nampak langsuir sedang peluk batang pokok yg tinggi sambil pandang kami
di bawah dengan muka yg garang dan menakutkan.. baju dia penuh dgn darah2 macam kesan terpercik darah. Mungkin darah yg dia dok mentekak darah katak tu kot. 😭

Saya baca “kaf ha ya a’in sod.. ha mim a’in sin qof”.. . terus saya tembak dia. Pommm! Dia hilang dari pandangan.
“Cepat buka generator, pasang lampu semua!” Saya arahkan. Tengok jam, pukul 2 pagi. Ah, ini semua masalah ni, saya sebagai ketua, kena cari jalan. Kalau tidak, macam mana kami nak duduk sini buat operasi 2 bulan!
Esok malamnya, saya duduk bersendirian dan mula baca ayat2 Quran seperti yg guru saya ajarkan. Saya seru panggil ketua jin Islam yg saya berkenalan sewaktu saya operasi Gubir di hutan Empangan Ahning, Kedah. Sebelum sy dipindahkan disini. (Bukan sy tau.. tapi tuan ni 😂)
Beliau tiba dalam pondok saya, dengan bau yg wangi, beri salam dan berbincang dengan saya.. Beliau setuju untuk hantar jin-jin Islam bantu saya kawal kawasan itu sementara saya sibuk buat kerja-kerja operasi disitu.
Sejak itu tak ada lagi gangguan dari langsuir itu. Tamat dua bulan operasi, saya pulang ke kem di Kelantan, dan jin2 islam itu juga pulang ke tempatnya.

Apa jadi pada orang yg operasi selepas saya, entahlah. Pandai-pandailah korang bawa diri. 😂
(Atas sebab peribadi, saya sudah putuskan segala hubungan dengan semua jin islam itu di Masjid Jin, Mekah sewaktu saya umrah tahun 2013) kata Peg. Tersebut..

Sebenarnya mmg salah kita ada dampingan macam ilmu persilatan apa semua ni. Kononnya bertukar menjadi helanglah apalah.
Kita ada Allah iaitu tuhan yang mentadbir alam dan segala Maha berkuasa. Bila kita ada ilmu berkaitan sperti yg disebutkan td. Akan hadir makhluk2 ghaib yg akan cuba mendampingi dan ingin mencuba kekuatan ilmu yg kita ambil. Sila jangan pandai2 nak ambil ya kalau xnak kena mcm2..
Jangan baca story ini berkaitan brkenalan dgn jin islam dapat membantu.. sbenarnya tidak boleh! Ia akan jatuh hukum khurafat dan menduakan allah. (Alhamdulillah segalanya diberi hidayah dari Allah swt supaya diberikan jalan yg betul dan benar)
Pelajaran & Pengajaran untuk kita...

1. Kalau kamu ajar diri dan keturunan kamu jadi penakut, maka segala makhluk lain akan jadi berani pada kamu. Orang yg berani jarang dapat hidup lama atas dunia.. Dan orang yg penakut tidak pernah rasa sebenar-benar hidup atas dunia.
Jangan ajar anak “eiiiii hantuuu momokkkk dan sebagainya”.. dari kecil kita dah ajar anak kita jadi penakut. Ini menyebabkan anak2 atau keturunan anda mudah dipengaruhi olehnya dan dikawal olehnya.
2. Jika kamu belajar dan hafal 100 ilmu sekalipun, tapi hati kamu tak yakin dengan ilmu yg kamu sudah belajar .. maka ilmu itu tidak akan jadi ilmu yg ada hikmat dan tidak memberi manfaat kpd anda. (Sia-sia)
biarlah belajar sedikit tapi yakin sepenuh hati, dari belajar banyak tapi tidak berguna sampai ke mati.

Begitulah kisah pengalaman mereka brsama langsuir...

Sekian, terima kasih diatas ksanggupan anda membaca thread ini 😂😘🙏

Sincerely,

(Kheyamir/Thehulkey)
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with khey.amir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!