My Authors
Read all threads
KRISIS KEWANGAN ASIA 1997-1998
HARIMAU ASIA TAKKAN REBAH

Kisah ini menaikkan Malaysia di persada antarabangsa kerana berjaya tanpa bantuan IMF

Ini kisah perjuangan mereka demi mempertahankan kedaulatan Ekonomi Malaysia

PART 1 BAGAIMANA SEMUANYA TERJADI

Ini Ialah Thread 👇 ImageImage
Saya Terpaksa Buat part by part sebab Banyak info yg saya dapat dan saya rasa perlu dikongsi kan bersama pembaca semua

Selain Untuk mengelak thread ini panjang
Part ini khusus untuk Menceritakan bagaimana dan apa sebab Krisis ini terjadi.
Pada sekitar tahun 1980 an hingga 1990 an. Negara negara Asia mula bangkit sebagai kuasa dlm kalangan negara membangun. Negara negara seperti Hong Kong yang sedang bangkit sebagai Hab Kewangan Asia.

Selain Singapura yg sedang meningkat sbg Pelabuhan Entrepot penting di Asia
Persaingan antara Negara-negara Asia meningkatkan Ekonomi negara terbabit dengan China menyertai saingan terbabit sekitar akhir 80 an. Turut berada dalam kenaikan ekonomi ialah Thailand, Naga kecil Asia. Indonesia. Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia sendiri
Krisis Kewangan 1997 ini merupakan Krisis perniagaan mata wang. Berkait rapat dgn kejatuhan mata wang serta membawa kesan domino kepada negara negara terbabit.

Sebelum krisis ini bermula negara negara di atas menarik lebih separuh modal untuk negara negara membangun
Negara negara di atas juga mempunyai purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 9 Peratus. Dengan Malaysia sendiri bertumbuh di antara 8 hingga 8.5 peratus antara 1980 an hingga hujung 1990 an

Jumlah modal ke negara negara terbabit meningkat sehingga 400 Bilion Dolar sebelum krisis
Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung (dengan membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang), pinjaman bank serta membeli saham dan bon. Perkara berlaku apabila modal asing itu ditukar menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor
Sebelum kita lebih spesifik kpd krisis ini. Ini ialah definisi Krisis

Krisis bermaksud keadaan tidak terkawal atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan dll), keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk,
keadaan yg genting, kegentingan, ketegangan dan keributan. Kewangan pula merujuk perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang. Manakala frasa krisis kewangan adalah bermaksud keadaan yg membimbangkan mengenai hal kewangan (spt kekurangan wang
Krisis ini bermula di Thailand sebelum merebak ke hampir seluruh Asia. Turut merasai kesan adalah Amerika Utara dan Eropah.

Krisis ini tidak terjangka di saat kewangan Negara terbabit bertumbuh dgn pesat dan membangun selain kukuh
Thailand sebelum krisis ini meramalkan pertumbuhan pada purata 7 hingga 7.5 peratus setahun. Selain inflasi pada kadar maksimum sebanyak 5 peratus untuk 3 tahun. Nilai eksport Thailand akan meningkat dgn defisit semasa Thailand adalah sekitar 7.5 ke 7.9 peratus daripada KDNK
Namun segalanya itu berubah sekelip mata apabila Spekulator matawang menyerang Nilai mata wang Baht Thailand. Ini menyebabkan Nilai mata wang Baht Thai jatuh.

Bagaimana spekulator matawang menyerang mata wang
Sebagai contoh, sekiranya nilai mata wang sesebuah negara diramalkan akan turun, para spekulator akan bertindak menjual mata wang tersebut di kedua-dua pasaran sekarang dan pasaran hadapan. Ini menyebabkan Nilai mata wang itu jatuh.
Apabila nilai mata wang itu jatuh. Jualan berterusan akan menyebabkan nilai mata wang itu makin jatuh. Maka nilai mata wang menjadi murah dan mudah dibeli

Jika mata wang diramalkan naik maka mata wang akan naik dan Nilai mata wang negara tersebut naik dan menjadi mahal
Kenaikan nilai mata wang itu membolehkan mereka menjual pada harga mahal. Dan perbezaan antara harga yg dibeli dan dijual menjadi keuntungan kepada spekulator. Ini menyebabkan pasaran mata wang terdedah kepada tidak stabil
Aliran masuk modal terhenti apabila peminjam membuat tafsiran bahawa dana tersebut sebenarnya tidak diperlukan demi mengelak kerugian. Maka tinggallah negara-negara tersebut sebagai mangsa krisis ekonomi dan penanggung hutang luar yang amat besar jumlahnya.
Ahli perniagaan Thailand juga pada ketika itu meminjam mata wang asing dalam jumlah besar berbanding pinjaman dalam mata wang Baht

Spekulator mengambil kesempatan dgn meramalkan nilai Baht kukuh menyebabkan nilai Baht naik mendadak
Nilai Baht kemudian dijual besar besaran oleh spekulator menyebabkan nilai mata wang Baht jatuh mendadak berbanding nilai dolar

Nilai dolar kebanyakannya digunakan di pasaran antarabangsa sebagai tukaran matawang standard
Kejatuhan nilai menyebabkan ahli perniagaan Thai terpaksa meminjam Lebih banyak Baht untuk membayar pinjaman mata wang asing atau dolar mereka. Kalau untung tak cukup. Mereka takkan dapat bayar balik pinjaman dan hutang akan meningkat
Kegagalan membayar balik hutang akan menyebabkan hutang bukan sahaja menyebabkan hutang meningkat tetapi juga membuktikan bahawa ekonomi Thai lemah

Kemudian mereka pinjam lagi Baht untk membayar pinjaman mata wang asing dan lambakan ini menyebabkan smkn ramai yg gagal byr hutang
Lambakan ini menurunkan nilai mata wang. Kemudian reaksi mereka inilah yg mencetuskan kesan domino kepada Asia. Ekonomi Thai dianggap lemah kerana kegagalan peniaga membayar hutang.

Thailand berusaha membeli mata wang Baht untuk mempertahankan harga Baht
Ini menyebabkan rizab Baht yg banyak dan kejatuhan nilai Baht menyebabkan nilai rizab itu merosot. Rizab Thailand merosot. Ini membuktikan lagi kebenaran spekulator bahawa Baht lemah dan harga jatuh lagi. Kerana Baht tidak dapat disokong dgn nilai mata wang Antarabangsa
Pembelian adalah dalam nilai dolar.

Penswastaan perniagaan negara terbabit menyebabkan kebebasan kepada peniaga membeli dan meminjam mata wang asing

Defisit akaun semasa, rizab asing yg rendah dan hutang luar negara yg makin Tinggi menyulitkan keadaan
Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahawa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.

US menjual mata wang Thai sebanyak 400 juta Baht.
Baht makin menjunam dengan turun drastik kepada 56 Baht kepada 1 Dolar pada Januari 1997. Daripada asalnya iaitu 25 Baht kepada 1 Dolar

Bursa saham Thailand menjunam 75 peratus pada 1997 dgn Fortune One perusahaan kewangan terbesar Thailand muflis
Pelabur ni konsepnya nak untung pasti. Apabila msalah berlaku di Thailand. Pelabur melihat ia sbg risiko untuk rugi. Tambahan pula Thailand serantau dgn Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia

Mereka menganggap bahawa Negara serantau mempunyai sistem yg sama dgn Thailand
Jadi mereka merasakan sistem kita mempunyai kelemahan dan bakal jadi seperti Thailand. Jadi mereka menarik keluar modal daripada negara tersebut. Perkara ni terjadi kepada pelabur tempatan untuk mengelak kerugian

Disebabkan ini krisis ini berjangkit ke Malaysia
Seterusnya berjangkit ke seluruh negara serantau

Apabila kerajaan ketiga-tiga negara itu menggunakan semua rizab mereka untuk menghalang kejatuhan matawang, mereka kemudian kehabisan pertukaran asing.
Ramai mulai bankrap. Pekerja mula diberhentikan. Malaysia yg pada mulanya tidak terlibat mula terdedah kepada krisis ini. Pekerja asing mula dihantar pulang ke negara masing masing.

Ringgit mulai jatuh. Dan Kisahnya akan disambung dalam Part 2. Nanti
Kisah ini ada related to politics jadi saya meminta jasa baik pembaca klaau nak komen jangan related dgn politik. Terima kasih
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Irfan_newboys

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!