My Authors
Read all threads
Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dalam pasaran hadapan (futures) jatuh 56 dollar daripada daripada US$20 setong sehingga serendah -US$37 setong. Betul negative 37 dollar.
Apa maksud harga minyak jatuh sehingga lebih rendah daripada 0?

Maksudnya sesiapa yang nak beli minyak dibayar untuk membeli minyak tersebut.

Anda nak beli setong minyak mentah WTI? anda akan dibayar US$37 untuk membeli minyak tersebut.

Anda beli, anda dapat duit.
Macam mana harga minyak mentah WTI boleh jatuh sehingga harga negatif?

Setiap minggu stok/bekalan/inventori minyak mentah WTI meningkat disebabkan permintaan terhadap minyak mentah tersebut yang sangat lemah disumbang oleh keadaan ekonomi yang terkesan dengan lockdown Covid-19
Apabila stok bekalan minyak mentah meningkat, tempat untuk menyimpan lebihan minyak mentah ini juga semakin berkurang dan terhad.

Maka tidak ada sesiapa lagi ingin membeli minyak mentah tersebut gara-gara potensi tidak mempunyai tempat simpanan.
Apabila tidak ada pembeli yang mahu membeli minyak kerana ketiadaan tempat untuk disimpan, maka penjual minyak terpaksa menawarkan wang kepada pembeli untuk membeli minyak tersebut.
Punca salah satu kenapa harga minyak mentah WTI menjunam ke paras negatif juga adalah disebabkan kontrak niaga hadapan bagi Mei 2020 akan luput esok.

Apa itu pasaran hadapan (futures market)?
Minyak mentah sepertimana komoditi lain didagangkan di dalam pasaran hadapan (futures) market mengikut bulan penghantaran.

Bermakna pembeli boleh membeli kontrak minyak dengan tarikh penghantaran (delivery date) di masa hadapan pada harga pasaran yang ditetapkan.
Contohnya apabila anda membeli minyak mentah WTI semalam pada harga US$20 setong bagi kontrak hadapan Mei 2020 yang tarikh penghantarannya adalah esok, anda perlu membayar US$20 pada tarikh penyelesaian (settlement date) kemudian anda akan dapat satu tong minyak mentah WTI.
Ini bermakna anda kerugian lebih US$57 setong kerana semalam anda mengikat kontrak membeli harga minyak mentah pada harga US$20, hari ini harga semasa minyak mentah tersebut negatif US$37.
Semakin dekat sesebuah futures contract itu dengan settlement date, semakin dekat harga futures tersebut dengan nilai sebenar pada hari tarikh penghantaran.

Untuk futures contract May 2020 yang akan luput esok, harga minyak mentah kini -US$37.

Tetapi,
Harga minyak mentah WTI di dalam futures contract June 2020 masih positif pada sekitar US$20 setong. Sekiranya lockdown Covid-19 berterusan di USA untuk jangka masa yang panjang, berkemungkinan besar harga futures contract June 2020 juga akan jatuh ke paras negatif.
Dengan permintaan minyak yang berkurang kesan lockdown, harga minyak mentah WTI akan dijangka berterusan sehingga lockdown ditamatkan dan ekonomi pulih seperti sediakala.

Apa kesannya kepada Malaysia?
Minyak mentah WTI adalah minyak mentah yang dijadikan penanda aras harga minyak mentah di USA.

Setiap negara pengeluar minyak mentah mempunyai penanda aras sendiri, Brent Crude, Oman Crude, Dubai Crude, Shanghai Crude, Tapis Crude (Malaysia) etc
Brent crude yang diekstrak daripada North Sea dikeluarkan oleh 5 buah negara; United Kingdom, Norway, Denmark, Germany & Netherlands.

Secara umum ja dianggap sebagai penanda aras harga minyak mentah dunia kerana hampir 2/3 bekalan minyak dunia dihargakan dengan harga Brent crude
Jadi secara langsung, tiada kesan harga minyak mentah WTI negatif ke atas Malaysia.

Walaubagaimanapun, trend harga minyak mentah dunia selalu seiringan di seluruh dunia. Jika WTI jatuh, Brent juga mempunyai kebarangkalian akan jatuh juga.
Tatkala WTI crude jatuh menjunam, Brent crude juga jatuh lebih 7%, ke paras US$26 setong. Masih positif tetapi terjejas sedikit sebanyak dengan sentimen negatif pasaran.

Malaysia adalah negara pengeluar minyak mentah dan juga gas asli.
Berbeza dengan kepercayaan popular, Malaysia sebenarnya mengeksport lebih banyak gas asli cecair (LNG) daripada mengeksport minyak mentah.

Tahun lepas (2019) Malaysia mengeksport 12.45 juta tan minyak mentah bernilai RM26.3 billion dan 26 juta tan LNG bernilai RM41.5 billion
Fun fact: Malaysia adalah negara pengeksport LNG ketiga terbesar di dunia selepas Australia dan Qatar
Pendapatan negara kita melalui pengeksportan komoditi tenaga, disumbang secara besar oleh LNG berbanding minyak mentah.

Walaubagaimanapun harga LNG juga kebiasaanya akan mengikut trend harga minyak mentah.

Maka apabila harga minyak dunia jatuh pendapatan negara juga terjejas
Harga minyak mentah dunia yang rendah mengurangkan pendapatan negara melalui nilai eksport yang menurun, kejatuhan pendapatan Petronas & kemudiannya hasil kerajaan yang berkurang daripada penurunan hasil seperti cukai pendapatan petroleum, dividen Petronas, royalti & duti eksport
Untuk tahun 2020, Kerajaan sebelum ini mengunjurkan bahawa 20.7% daripada RM244.5 bilion hasil Kerajaan akan diraih melalui hasil petroleum iaitu RM50.5 bilion.

Anggaran ini bersandarkan purata harga minyak mentah dunia pada US$62 setong bagi tahun ini.
Sejak awal tahun 2020 sehingga harini, harga minyak mentah dunia secara konsisten jatuh daripada lebih US$60 setong, sehingga paras sekarang US$26 setong.

Ini bermakna unjuran Kerajaan sebelum ini sudah lari dan semestinya hasil Kerajaan akan lebih rendah berbanding unjuran asal
Dengan keadaan ekonomi yang sangat terkesan dengan krisis wabak Covid-19 berserta langkah PKP yang dilaksanakan Kerajaan, pengurangan hasil ini memberi kesan terhadap kedudukan kewangan Kerajaan.

Kemampuan berbelanja Kerajaan mengikut kebiasaan menjadi terhad.
Walaupun harga petrol dan diesel berada di paras harga seperti tahun 90-an, tidak ada apa yang perlu diraikan sekiranya kedudukan kewangan Kerajaan terjejas.

Apatah lagi dengan PKP yang dilaksanakan, tiada penjimatan yang dapat dinikmati pengguna jalan raya secara langsung.
Sekian thread 5 pagi.

Sila kekal #DudukRumah untuk terus memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Semoga wabak ini akan terus berkurang agar Kerajaan boleh membuka semula ekonomi negara secara beransur-ansur dan kita boleh kembali ke hidup seperti kehidupan sediakala.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Syahir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!