Profile picture
Syahir @5YAHlR
, 10 tweets, 3 min read Read on Twitter
Walaupun dah jadi kerajaan, kebanyakan penyokong mereka masih bermentaliti pembangkang. Hutang kerajaan yang “ditinggalkan” kerajaan sebelum ini dijadikan alasan untuk kerajaan baru lambat atau tidak menunaikan janji-janji pilihanraya.

Thread.
Jumlah retweets juga menunjukkan ketidakfahaman orang ramai tentang kewangan kerajaan. Jumlah hutang kerajaan tak perlu gunakan Debt Clock yang angkanya tidak tepat. Agensi kerajaan seperti MOF dan BNM menyiarkan jumlah hutang kerajaan setiap suku tahun. Tak ada apa yang disorok.
Hutang kerajaan setakat 31 Disember 2017 adalah pada RM686.8 billion, nisbah hutang kepada saiz ekonomi negara (KDNK) pula adalah pada 50.8%.

bnm.gov.my/files/publicat…
Jumlah mutlak (absolute) hutang kerajaan meningkat daripada RM648.5 billion pada tahun 2016 kepada RM686.8 billion pada tahun 2017, walaubagaimanapun nisbah hutang kerajaan kepada KDNK menurun daripada 52.7% kepada 50.8% bagi tempoh masa yang sama.
Setiap tahun hutang kerajaan meningkat, dan setiap kerajaan di bawah setiap PM termasuk Mahathir meninggalkan hutang yang lebih tinggi kepada pengganti mereka. Hussein Onn (1981) “tinggalkan” hutang RM31b, Mahathir (2003) tinggalkan RM188b, Pak Lah (2009) RM362b
Hutang kerajaan diterbitkan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan, bukannya perbelanjaan mengurus. Kebanyakan janji-janji Pakatan seperti hapuskan GST, kembalikan subsidi petrol, tangguh bayaran PTPTN adalah item perbelanjaan mengurus yang dibiaya oleh hasil kerajaan.
Tiada alasan untuk kerajaan baru melengahkan pelaksanaan janji mereka. Jumlah hutang tidak mengekang kemampuan kerajaan untuk berbelanja. Dan tidak masuk akal untuk kerajaan kurangkan hutangnya yang hanya akan menyebabkan badan pelaburan seperti KWSP kurang pilihan aset selamat.
Perkara yang akan mengekang kemampuan kerajaan untuk tunaikan janji bukannya hutang, tetapi janji mereka sendiri yang akan mengurangkan hasil kerajaan seperti hapuskan GST, kurangkan duti eksais (turunkan harga kereta import) dan dalam masa yang sama meningkatkan perbelanjaan.
Tidak lupa juga hak-hak Sarawak dan Sabah yang akan dikembalikan seperti royalti minyak yang akan terus mengurangkan hasil dan kemampuan kerajaan untuk berbelanja. Bagaimana mereka akan tunaikan janji? Kita tunggu dan lihat. Alasan seperti hutang kerajaan tinggi, alasan pemalas.
Tweet asal dah kena delete. Saya tak suruh @AmsyarRosliG delete. Tak perlu delete pun. Kita nak perbahasan yang sihat dalam keadaan terbuka. Kat sini takde sape pun nak halang sesiapa bersuara. Biar orang nilai siapa yang betul siapa yang salah. Kan ini Malaysia baru?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Syahir
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!