My Authors
Read all threads
Apa itu Paradoks Fermi? Apa kaitan dengan alien? Umur alam ini sudah 13 bilion tahun. Kini, sudah terdapat jutaan galaksi, bintang & planet. Di galaksi Bima Sakti (Milky Way) saja ada 40 bilion planet yang boleh diduduki. Takkan kita saja ada, mana yang lain?

#UntaianZM
Umur Bumi 4.5 bilion tahun. Hidupan mula di Bumi 3.5 bilion tahun yang lalu. Homo sapien mula muncul 200,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh 200K tahun, kita hampir eksploitasi seluruh jenis tenaga yang ada di Bumi. Dijangka dalam 100 tahun, Bumi akan mencapai tamadun tahap I.
Aduh, tamadun apa pula ini? Menurut Nikolai Kardashev, tahap suatu tamadun berdasarkan kemajuan teknologinya dapat diukur melalui penggunaan tenaga yang dapat digunakan oleh tamadun itu. Dengan cara itu, Kardashev mengusulkan idea Skala Kardashev seperti gambar di bawah.
Buat masa ini, Bumi masih belum pun mampu mencapai tahap I, tetapi dijangka kita dapat mencapainya dalam tempoh 100 tahun lagi. Tahap II pula kita dapat capai dengan eksploitasi tenaga matahari.
Tenaga matahari yang sampai ke Bumi cuma sekitar 0.0000000001% saja. Daripada peratusan itu, tidak sampai 40% pun yang dapat kita gunakan kerana selebihnya diserap/dipantulkan oleh Bumi.
Bayangkan kalau kita dapat gunakan semua tenaga matahari? Kita sudah ada cetak biru (blueprint) untuk gunakan tenaga matahari secara langsung iaitu gunakan sfera Dyson (Dyson Sphere). Kalau kita dapat gunakan tenagah Matahari sepenuhnya, kita dapat capai tamadun Tahap II.
Dengan tamadun tahap II dijangka dapat dicapai dalam tempoh ribuan tahun lagi oleh Bumi. Kalau kita dapat capai, pergi planet-planet lain dalam sistem solar (marikh, pluto, dll) itu macam pergi melancong ke negara-negara lain.
Tahap ke III pula dapat dicapai kalau kita dapat gunakan tenaga seluruh tenaga di galaksi Bima Sakti. Bumi dijangka dapat mencapai tahap ini dalam tempoh jutaan tahun lagi.
Walaupun manusia moden telah muncul seawal 200K tahun lalu, teknologi kita mula berkembang pesat sekitar 100 tahun yang lalu. Apabila teknologi moden dah mula, perkembangannya amat laju. Tak sampai 20-30 tahun kita pakai fon picit, terus tukar ke telefon pintar.
Apa kepentingan pengkelasan tamadun ini dengan Paradoks Fermi? Anda bayangkan, umur alam semesta ialah 13 bilion tahun. Bumi lahir sekitar 4 bilion tahun yang lalu. Sebelum Bumi lahir, ada tempoh sekitar 10 bilion tahun untuk alien mencapai tamadun tahap III.
Sepatutnya kita dah boleh nampak kapal-kapal angkasa bertebaran macam filem Star Wars. Saintis pun telah menemui banyak planet yang boleh diduduki yang lebih tua daripada Bumi. Di mana mereka? Inilah dia paradoks.
Selain itu, dengan saiz alam semesta yang amat luas ini terdapat jutaan, malah bilion planet seperti Bumi. Dalam galaksi Bima Sakti saja dah ada 40 bilion planet, di mana mereka? Inilah lagi satu paradoks.

Saintis usulkan pelbagai teori untuk selesaikan paradoks ini. Apa dia?
1. Mungkin makhluk asing ada di planet lain, tapi mereka tak mempunyai kepintaran macam manusia. Contohnya kucing. Kalau anda bagi kucing telefon, kemudian anda menelefonnya, adakah kucing akan angkat? Tentulah tidak. Dia manalah faham. Yang dia tahu, makan, tidur, mengarah.
2. Mungkin tiada langsung makhluk asing. Terbentuknya hidupan adalah kes yang nadir (rare). Planet lain mungkin ada udara, air atau sumber yang cukup untuk manusia hidup. Tetapi planet² tersebut mungkin tak mempunyai unsur² tertentu yang membolehkan terbentuknya hidupan/spesis.
3. Saiz alam ini terlalu besar iaitu 93 bilion tahun cahaya. Itu pun cuma saiz yang manusia mampu cerap. Jadi, makhluk asing ini mungkin duduk jauh sehingga sukar untuk kita berhubung. Kalau kita hantar maklumat, tak tahu bila boleh sampai.
4. Ingat tak filem Arrival (2016)? Alien datang Bumi, tapi komunikasi guna bahasa yang susah difahami. Mungkin Alien terima mesej daripada kita, tetapi dia orang tak faham apa yang kita cakap. Mungkin juga mesej mereka pernah sampai ke kita, tapi kita tak sedar sebab tak faham.
5. Paradoks SETI bersempena dengan nama institut yang cari alien. Paradoks ini cakap mungkin kita masih belum jumpa alien sebab manusia dan alien masing-masing menunggu signal. Usaha nak hantar signal itu tak ada. Macam suka sama suka, tapi tak nak luah. Hujung² tak jadi apa.
6. Alien mungkin sudah wujud lebih awal daripada Bumi dan manusia. Mungkin mereka telah mencapai tamadun tahap III, tetapi tamadun mereka musnah sebelum munculnya manusia.
7. Alien mungkin dah ada. Tapi zuhud ya amat. Mereka anggap perjalanan angkasa itu sesuatu yang terkebelakang. Jadi, hidup depa ringkas saja. Kita hantar signal pun mana depa tahu sebab tak ada teknologi. Manusia macam ini biasa susah nak jumpa. Tetapi bagi alien mungkin normal.
8. Hipotesis zoo. Ini paling femes. Mereka mungkin sedang memerhatikan kita macam mana kita memerhatikan haiwan di Zoo. Mereka tutup kehadiran mereka dan terus melakukan cerapan ke atas kita. Alien ini mungkin baik. Jenis tak kacau orang macam Christopher Columbus.
9. Alien mungkin tengah sibuk simpan tenaga untuk kegunaan masa depan iaitu waktu alam dah tak ada tenaga lagi. Waktu simpan tenaga ini, depa tidur sat. Nanti bangun bila alam dah mula tiada tenaga.

Tenaga yang disimpan banyak ini dapat bangunkan kemajuan yang tak terbayangkan.
10. Anda rasa Naruto kenal tak kita? Mestilah tak kenal. Kita ja kenal depa dan kitalah (manusia) yang mencipta depa. Mungkin kita adalah hologram yang dicipta oleh alien sebagai satu bentuk hiburan pengunjung alien. Macam simulasi gitu.
Rasanya ada lagi beberapa hipotesis yang diusulkan untuk selesaikan masalah Paradoks Fermi. Tapi cukuplah 10. Semoga bermanfaat. Insya-Allah.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!