My Authors
Read all threads
KISAH PENTING DALAM BULAN RAMADAN

Kaum Mongol melebarkan penaklukan hampir ke seluruh benua Asia sekitar tahun 1206 hingga 1405 Masihi. Ada beberapa catatan merekodkan kawasan penaklukan tersebut meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Luas tu.
Kawasan yang ditakluk oleh tentera Mongol menjangkau hingga ke Moscow. Manakala jeneral tentera Mongol yang digeruni oleh semua orang pada ketika itu dikenali sebagai Genghis Khan.

Sejarah mencatatkan lebih sejuta rakyat negara yang ditakluki pasti dibunuh. Semua ini berlaku di
sepanjang misi penaklukan tersebut.

Sejarah tidak pernah menipu. Pada tahun 1258 Masihi, Jeneral Hulagu Khan mengetuai tentera Mogol merempuh Kota Baghdad. Inilah kota kemegahan Kerajaan Abbasiah pada ketika itu.

Apa sangat menyedihkan, semasa serangan itu berlaku, ramai
umat Islam dibunuh. Manakala banyak buku yang di karangan oleh para ulama’ dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah. Hal ini menyebabkan air di kedua-dua sungai menjadi hitam akibat dek kerana dakwat pada buku-buku tersebut.

Namun angkatan tentera Islam bangkit membuat
serangan balas pada 15 Ramadan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi. Tentera Islam ini dipimpin oleh Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk. Ramai para ulama' menyertai peperangan ini.

Ramai rakyat Islam dari Mesir menyertai tentera pimpinan Sultan Qutuz dan mara ke Palestin.
Ini kerana Palestin telah dikuasai oleh Mongol. Tentera Islam dan Tentera Mongol bertempur di satu tempat bernama ‘Ain Jalut.

AlhamduliLlah, kemenangan telah diraih oleh tentera Islam dan berjaya menawan Leftenan Kitbuqa Noyen. Beliau adalah seorang Kristian yg memberi
nasihat kepada Hulagu Khan untuk menyerang Kota Baghdad. Hasil dari tindakan zalim tersebut, akhirnya Kitbuqa Noyen dihukum bunuh.

Kemenangan tersebut merupakan suatu yang luar biasa. Ini kerana Mongol yang dikenali dan diketahui dengan sifat zalim dan ganas, akhirnya dapat
ditundukkan oleh tentera Islam.

Apa yang menarik dari peristiwa ini ialah ramai orang Mogol berjaya diIslamkan. Inilah catatan sejarah paling berharga dan manis buat umat Islam pada masa tersebut. Pengislaman bukan saja dari rakyat biasa tetapi melibatkan
keturunan bangsawan Mogol.

Kesabaran dan keikhlasan tentera Islam dapat diterjemahkan melalui catatan sejarah agung. Di mana lahirnya raja-raja Mogol Islam yang menubuhkan kerajaan Islam selepas peristiwa tersebut. Antaranya Kerajaan Mughal yang di tadbir oleh
Raja Aurangzeb di India. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemerintah yang alim. Di samping itu ramai lagi pemerintah Islam yang lahir dari peristiwa ‘Ain Jalut.

Wa'allama.

#Ilmu📚
#TidakMudahMengalah
#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Abdullah Hj Masod™🇲🇾

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!