My Authors
Read all threads
TOPOKKI: MAKANAN TRADISI GOLONGAN BANGSAWAN ZAMAN JOSEON

Selain kimbap, kimchi atau bibimbap, peminat makanan Korea sudah pasti tahu apa itu topokki.

Topokki adalah makanan yang popular di Korea, namun ia hanya popular dari kalangan rakyat marhein selepas Perang Korea.
Topokki terdiri daripada garae-teok, iaitu sejenis makanan yang menggunakan tepung beras dan diuli panjang, yang dimakan bersama sos gojuchang atau sos kicap yang dipanggil ganjang.

Ia kemudiannya dimasak bersama sebelum diletakkan bijan dan hirisan daun bawang.
Topokki dikatakan wujud pada era Joseon, iaitu dalam buku resipi Korea abad ke-19, dipanggil Siujeonseo. Penulis buku ini merupakan seorang saudara terdekat raja, yang digelar yangban.

Dikatakan makanan ini berasal dari Sangju, di Gyeongsang Utara.
Gyeongsang Utara adalah satu kawasan di Korea Selatan yang penduduknya lebih tradisional dan konservatif berbanding mereka yang tinggal di pantai Barat seperti Seoul.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk thread @AymanRashdanW tentang sejarah Korea purba.
Kerana itu sebenarnya budaya orang di sebelah timur sangat berbeza berbanding di sebelah barat, kerana Baekje di barat lebih terdedah dengan China berbanding di timur (Silla).

Pada akhirnya Korea disatukan oleh Maharaja Taejo dari Goryeo.
Perkataan Korea berasal dari perkataan Goryeo, tetapi orang Korea Selatan sendiri memanggil negara mereka Daehan Minguk, sementara orang Korea Utara menggelarkan mereka sebagai Chosun (mengambil dari Joseon, pemerintah asal Goryeo).
Topokki diperbuat daripada tepung beras, dan saya pernah menulis sejarah tepung beras dalam thread char kuey teow, boleh rujuk di sini:

Versi dari istana dikatakan dimasak bersama teok, daging lembu, minyak bijan, kicap, daun bawang, cendawan batu dan kacang pine.

Versi warna merah ini wujud hanya selepas Perang Korea, apabila seorang pengusaha makanan tidak sengaja menjatuhkan teok dalam kuah sos gojuchang.
Merasakan itu enak, pengusaha tersebut, Ma Bok Lim menjualnya di Sindang, Seoul dan menjadi popular. Versi marhein dengan sos gojuchang lebih mudah untuk dihasilkan, serta digemari terutamanya masa musim sejuk.

Ia sering dijual di pochangmacha (warung tepi jalan) di Korea.
Kalau teringin nak makan topokki, boleh pesan kepada saudari Niesa di thread ini:

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Puan Eleena M.

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!