My Authors
Read all threads
PERANG SUNGAI UJONG 1875-76

Tugu ini didirikan di Melaka sebagai memperingati peristiwa perang saudara di Negeri Sembilan.

Tugu ini memperingati askar Inggeris yang telah terkorban dalam Perang Sungai Ujong.

Apa puncanya berlaku Perang Sungai Ujong ini?
Pada April 1874, Dato' Kelana dan Dato' Muda Linggi telah menandatangani perjanjian dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke untuk memperakui kedudukan British di Melaka, dan menjadi Dato' Undang Sungai Ujong.

Ini kerana ada Dato' Kelana mahu menghalang...
...pihak lain untuk mengutip cukai kepada pedagang-pedagang di Sungai Linggi.

Sungai Linggi adalah sungai yang berpunca dari Kampung Jerlang di mukim Pantai, mengalir ke Ampangan dan berakhir di Kuala Sungai Linggi, Melaka.

Dengan kedudukan berhampiran dengan Melaka...
...Dato' Kelana berharap British dapat membantunya dalam menghalang mereka yang cuba mengganggunya dari mengutip cukai di Sungai Linggi.

Selain itu Dato' Kelana juga mempunyai saingan sengit dengan Yamtuan Antah, yang sedang bersaing dengan Tuanku Ahmad Tunggal di Seri Menanti.
Perebutan takhta antara Tuanku Ahmad Tunggal dan Yamtuan Antah juga menyebabkan Dato' Kelana berpihak kepada Tuanku Ahmad Tunggal.

Ini kerana Tuanku Ahmad Tunggal berjanji untuk mengangkat anak Dato' Kelana sebagai Dato' Undang Rembau sekiranya menjadi Yamtuan Negeri 9.
Negeri Sembilan adalah persekutuan yang tertua di dunia yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Negeri Sembilan wujud pada 1773, sementara Amerika Syarikat pada 1776, Jerman 1871 dan Brazil pada 1889.

Pun begitu perebutan jawatan Yamtuan Negeri Sembilan serta pergolakan...
...antara Dato' Undang menyebabkan British berjaya menghidu peluang untuk campurtangan.

Melihat Sungai Ujong kaya dengan hasil bumi seperti timah yang diperlukan oleh British pada Revolusi Perindustrian, Sir Andrew Clarke melihat ini sebagai peluang untuk menjajah.
Apabila Dato' Kelana menandatangani perjanjian itu, British mengiktiraf Dato' Kelana selaku Dato' Undang Sungai Ujong dan sekutu bagi British di Negeri Sembilan.

Dato' Bandar, pesaing Dato' Kelana di Sungai Ujong membantah tindakan Dato' Kelana, namun tidak mempunyai kekuatan..
...dari segi penyokong di Sungai Ujong.

Dalam satu lagi perjanjian di Singapura pada Disember, British berjanji akan membantu Dato' Kelana apabila menyerang Seri Menanti dan menumbangkan Yamtuan Antah.

Dua pihak ini bertembung di Bukit Putus dan berlaku peperangan di situ.
Tentera British diketuai Oleh Captain Murry, bersama-sama membantu orang Dato' Kelana dalam berperang dengan Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah tewas dan lari ke Johor.

Apabila Seri Menanti jatuh, Jelebu dan Rembau menyokong puak Dato' Kelana.
Pada 1886, Jelebu juga menerima British dan 1887 semua luak menerima British. Naning diserahkan pada British dan dijadikan sebahagian daripada Negeri Melaka, Klang diserahkan pada Selangor, Segamat pada Johor.
Dalam perjanjian dengan Selangor, Lukut diserahkan pada Negeri Sembilan sementara kawasan dari tebing Sungai Langat seperti Rekoh, kemudian kawasan seperti Semenyih dan Beranang diserahkan pada Selangor.

Negeri Sembilan kemudiannya disusun dengan hanya ada empat...
...luak, iaitu Jelebu, Jempol, Sungai Ujong dan Rembau, sementara Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin. Tampin menjadi sebahagian dari Negeri Sembilan dalam urusan pentadbiran British.
Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah, Jabatan Arkib Negara (@myarkibnegara)

pekhabar.com/h-i-d-s-perjan…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Puan Eleena M.

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!