My Authors
Read all threads
"Betul Ke Parameswara Tu Pelarian?"

Kami di The Patriots tidak ada masalah dengan usaha perjuangan mempertahankan golongan pelarian. Ia sebuah perjuangan mulia. Tetapi bila hujah untuk pertahankannya salah, ia perlu diperbetulkan.

Oleh: Helmi Effendy
Sesungguhnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka itu memiliki prestij tersendiri untuk disandingkan sebagai pelarian. Mana mungkin pengasas salah sebuah tamadun paling gemilang bangsa Melayu tiba-tiba diletakkan sebagai setaraf pelarian.
Pertama, kita perlu perhalusi definisi pelarian itu sendiri. Pertama, istilah refugee dari sudut sejarah itu sendiri datang daripada Bahasa Perancis Kuno, iaitu refuge yang bermaksud "tempat menyorok."
Dalam sejarah, terdapat beberapa buah undang-undang yang menepati seakan-akan undang-undang refugee moden, tetapi tidaklah setepat konvention 1951.
Antara undang-undang tersebut adalah apabila Aethelberht daripada England yang meletakkan gereja sebagai tempat untuk mendapatkan perlindungan bagi mereka-mereka yang tertindas pada abad ke-7 Masihi.
Namun, ia masih belum cukup untuk menepati istilah refugee moden sebab sempadan geografi moden masih belum wujud. Kerana ketika itu, orang tidak perlukan pasport untuk masuk ke mana-mana wilayah sehinggalah sekurang-kurangnya pada lewat abad ke-18.
Definisi pelarian pada zaman moden hari ini ialah pada tahun 2011, seperti mana yang dinyatakan seperti berikut oleh UNHCR: "...who are outside their country of nationality or habitual residence and unable to return..."
Jadi, Rohingya, pelarian Syria, Bosnia dan seumpama dengannya mendapat gelaran pelarian adalah kerana mereka terusir daripada negara mereka. Apakah Parameswara menepati istilah pelarian zaman moden?
Untuk menyatakan bahawa Parameswara sebagai pelarian, apakah ketika itu sudah wujud sempadan geografi moden yang membentuk sebuah "country" di Kepulauan Melayu serta kalau benar sudah wujud, boleh berikan kepada saya keluasan "country" Parameswara yang dilanggar oleh Majapahit?
Kedua, kalau kita tidak dapat membuktikan sempadan geografi ketika itu, adalah sukar untuk mengatakan seseorang itu "outside of his country" kerana macam yang saya perkatakan, mereka tidak melihat dunia seperti mana kita melihat dunia hari ini
Ketika itu tidak wujud sebarang kad identiti atau PASPORT yang mengatakan anda ialah rakyat Palembang atau Singapura Tua (tempat lain yang turut dibahaskan sebagai asal usul Parameswara).
Kalau ikut sejarah, sesuatu yang bentuknya seakan-akan pasport, atau permulaan kepada pasport moden adalah dimulakan oleh King Henry V of England yang menuntut rakyatnya mempunyai dokumen untuk membuktikan rakyat mereka sebagai rakyat England apabila berada di tanah asing.
Boleh rujuk pada 1414 Act of Parliament England ketika itu. Ia hanya kemudian pada 1548 barulah diwajibkan untuk setiap rakyat England mempunyai dokumen rasmi ketika mengembara ke tanah asing.
Hanya pada Perang Dunia Pertama barulah kita dapat melihat bagaimana papsort diperlukan untuk memasuki sempadan kerana ketika itu apabila British cuba untuk mengawal populasi imigrant yang cuba masuk ke dalam negaranya.
Hanya pada 1920 di mana PBB membuat persidangan membincangkan tentang pasport sebelum hanya pada 1980 setiap pasport setiap negara diseragamkan. Jadi, apakah Parameswara ialah pemegang pasport "Indonesia" yang jadi pelarian untuk masuk ke "Malaysia?"
Oh bercakap tentang sempadan, ia sangatlah penting dalam hal ini. Apakah ketika itu Parameswara sudah mengenali istilah sempadan seperti mana yang kita kena kenali hari ini?
Apakah apabila Parameswara menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ketika itu, dia sudah memasuki negara baru di mana dia diminta untuk mempersembahkan pasportnya, menghadapi pemeriksaan sempadan oleh kastam dan tentera yang bertugas?
Apakah ketika itu di Melaka sudah ada kerajaan sah atau negara yang sah seperti mana Rohingya lari dari Myammar lalu ke Malaysia yang merupakan negara bebas dengan undang-undang, sempadan geografi moden serta sama ada terikat pada perjanjian dengan UNHCR?
Atau apakah ketika itu Parameswara melihat Kepulauan Melayu ini bukanlah sebagai negara yang berasingan seperti kita hari ini kerana Malaysia, Tanah Melayu dan Indonesia tidak akan wujud tanpa Anglo-Dutch Treaty of 1824...
...di mana dua penjajah ini dengan tidak tahu malunya membahagikan sebuah wilayah yang dianggap satu ini kepada dua tempat yang berasingan, memisahkan adik-beradik, memisahkan keluarga, memisahkan tanah dan budaya yang sama...
...menjadi dua entiti asing yang kemudian mewarisi sengketanya sehingga hari ini. Kalau ya, bagaimana tiba-tiba Parameswara boleh mendirikan sebuah kerajaan secara tiba-tiba?
Sebelum wujud perjanjian ini, wilayah di Nusantara dianggap sebuah wilayah yang satu. Kebudayaan, bahasa, genetik, semuanya adalah sebuah keserumpunan.
Jadi, Parameswara ketika itu tidaklah lari ke negara lain untuk menepati definisi refugee dalan Konvensyen 1951 kerana ketika itu, wilayah Nusantara ini adalah satu.
Buktikan pada 1400 atau tarikh lebih awal 1262 kononnya Melaka terbentuk, betapa setiap orang di Kepulauan Melayu menganggap bahawa Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa sebagai sebuah negara yang berasingan.
Bukan Parameswara seorang sahaja yang "lari" akibat kalah perang, tewas dalam perebutan takhta politik dan sebagainya. Balaputradewa, seorang Maharaja Melayu Srivijaya yang tersingkir ke Sumatera dari Pulau Jawa selepas kalah dalam permainan politik takhta Sailendra.
Ohh dia bukan refugee kerana kalian melihat Sumatera dan Pulau Jawa ialah sebuah wilayah Indonesia bukan? Samalah juga macam kalian melihat Sultan Mahmud lari ke Johor selepas Melaka ditakluk oleh Portugis dan membina Kesultanan Johior di sana?
Oh Sultan Mahmud bukan refugee ya pada pandangan kalian semua sebab ikut sempadan geografi moden, Melaka dan Johor dalam satu negara iaitu Malaysia?
Perlu kita ingat bahawa Parameswara itu sendiri ialah Putera Empayar Melayu Srivijaya. Empayar Srivijaya ini merangkumi sebahagian pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan juga sebahagian Borneo.
Jadi, ketika peristiwa Majapahit menyerang sama ada Temasik atau Palembang (bergantung kepada mazhab sejarah yang anda anuti mengenai asal-usul Parameswara), Parameswara masih bergerak dalam wilayah kekuasaan Dinasti Srivijaya itu sendiri.
Parameswara adalah sekadar bergerak dalam wilayah kekuasaan dan wilayah tempat tinggalnya. Ia seperti hari ini apabila Kedah ditakluk oleh Siam, lalu kau membawa diri ke Perak.
Atau mungkin ketika Lahad Datu dilanggar Sulu, kau ke kawasan yang berhampiran dengan Lahad Datu untuk menjamin keselamatan kau.
Lagipun kebiasaan dalam sejarah, bukan dalam sejarah Melayu sahaja, seorang raja itu tidaklah menabalkan dirinya sahaja. Ia adalah peranan pembesar dan rakyat sendiri menabalkan mereka.
Demang Lebar Daun yang menabalkan Sang Sapurba sebagai raja berdasarkan perjanjian antara mereka masih diingati sehingga ke hari ini. Demang Lebar Daun dianggap mewakili suara ribuan rakyat berjanji dengan Sang Sapurba sebelum Sang Sapurba menjadi raja
Sang raja haruslah berlaku adil manakala rakyat haruslah setia selagi raja adalah seorang yang adil, atau itulah bentuk perjanjian antara mereka berdua.
Dalam karya fiksyen yang boleh mudahkan gambaran, House Stark dalam Game Of Thrones ditabalkan sebagai raja. Robb Stark & Jon Snow ditabalkan oleh para bangsawan utk menjadi raja. Bangsawan sendiri melutut dihadapan Stark, sambil menjulang pedang dan memanggil Stark sebagai raja.
Kalau taraf Parameswara itu seperti pelarian zaman moden yang cuba disamakan dengan Parameswara, nescaya bangsawan-bangsawan Melayu tidak akan menabalkannya sebagai raja ketika di Melaka.
Nescaya rakyat Melaka tidak akan menyatakan taat setia mereka kepada Parameswara. Ini juga bermaksud Parameswara mempunyai claim sendiri ke atas Melaka seperti keturunan raja...
...daulat empayarnya yang pernah sampai ke sana yang dianggap kukuh oleh rakyat dan orang Melaka sendiri. Kalau tak rakyat dan pembesar setempat dia tak akan akur dari segi politik.
Kesimpulannya, saya tidak merasakan Rohingya dan juga Parameswara ialah satu perbandingan yang tepat seperti mana yang diperkatakan oleh netizen kerana situasi antara dua entiti sendiri sudah berbeza seperti mana yang saya bahaskan di atas.
Mereka dari zaman yang berbeza yang memandang dunia dari sudut yang berbeza daripada kita hari ini.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!