My Authors
Read all threads
"Keinginan Filipina Menjadi Sebahagian Bangsa Melayu."

Kat Twitter sekarang, ada segelintir penggunanya dijangkiti penyakit Malayphobic dan inferiority yang complex. Jadi, kami naikan bebenang ini sebagai "ubat" kepada rasa jijik mereka pada Melayu.

Oleh: Moustapha Abbas
Keinginan warga Filipina untuk menjadi sebahagian daripada dunia Melayu merupakan satu keinginan yang didambakan bukan saja oleh ahli politik dan golongan cendekiawan tetapi juga generasi muda negara itu.
Buktinya jelas dilihat menerusi pembentangan yang dibuat oleh 2 panel dari Filipina iaitu Penyelidik Suruhanjaya Sejarah Kebangsaan Filipina, Ian Christopher B. Alfonso & Timbalan Pengerusi Jabatan Sejarah Universiti De La Salle, Manila, Dr Fernando A. Santiago Jr baru-baru ini.
Pembentangan dua panel ini dibuat semasa Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Budaya buat kali keenam (ICHCC-SEA) di Institut Antarabangsa Islam dan Alam Melayu (ISTAC), Kuala Lumpur.
Semasa sesi pembentangan kertas kerja bertajuk Manila Fifty Years After Magellan, Alfonso dengan bersemangat mengatakan Filipina ingin menjadi sebahagian daripada sejarah Dunia Melayu.
Beliau berkata, “Sebenarnya, kami merasa amat aneh untuk mengaitkan diri kami dengan golongan Hispanik (kelompok penjajah Sepanyol) dan Amerika, seolah-olah nenek moyang kami merupakan sebahagian daripada mereka. Sedangkan hakikatnya kami merupakan bangsa Melayu.”
Tambah beliau, keadaan ini berlaku berikutan aktiviti imperialisme yang digerakkan selama beratus-ratus tahun sehingga menghilangkan semua pertalian sejarah dan agama dengan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara.
Sedangkan sebelum berlakunya gerakan penjajahan oleh Sepanyol, hubungan persaudaraan yang terjalin antara Manila dengan kerajaan-kerajaan Melayu terutama Kesultanan Brunei amat akrab sehingga abad ke-16 Masihi.
Tambahnya, “Sejarah mencatatkan bagaimana Sepanyol memusnahkan hubungan antara kesultanan di Manila dengan Brunei, Acheh dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Mereka memisahkan kami dari dunia Melayu dan memberi nama Filipina kepada sebuah negara Melayu...
...yang ditawan mereka dan menjadikan warganya sebagai tebusan.

Sedangkan kedatangan mereka ke Filipina berlaku secara tidak sengaja pada tahun 1521 (semasa ekspedisi mengelilingi dunia yang digerakkan Ferdinand Magellan) semasa mencari jalan ke Maluku.”
Pada tahun 1565, maka bermulalah gerakan penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula di Cebu sebelum bergerak ke Luzon, Mindanao, Brunei dan Maluku. Walaupun Mindanao jatuh ke tangan Sepanyol, pemerintah-pemerintah tempatan terus menentang...
...pendudukan mereka seperti Sultan Kudarat dan keadaan ini berterusan hinggalah tamatnya penjajahan kuasa Eropah itu. Sementara Maluku pula ditinggalkan pada tahun 1663 sekaligus membuka ruang kepada Belanda menguasai wilayah itu.
Selepas 1571, Manila hilang dari perbincangan Islam di dunia Melayu. Menurut Alfonso, apa yang berlaku ini merupakan sesuatu yang menyedihkan dan beliau tertanya2 apakah sejarawan di Malaysia & Indonesia mengetahui apa yang berlaku ke atas orang Melayu di sana pada ketika itu.
Ini kerana sebahagian rekod sejarah membabitkan orang Melayu di Filipina direkodkan seperti kisah Putera Luzon (pahlawan Melayu abad ke-16), permainan kuasa Rajah Matanda dan keberanian umat Islam mempertahankan Pampago.
Tambahnya lagi, “Adakah semua ini hanya akan dihargai oleh orang Filipina dan tidakkah naratif ini boleh menjadi sebahagian daripada kesedaran orang Melayu?”
Tidak ramai tahu usaha membawa Filipina kembali ke pangkuan dunia Melayu telah dibuat pada abad ke-19 menerusi Jose Rizal yang dianggap sebagai kebangaan Bangsa Melayu di Filipina.
Namun, usaha tersebut berjaya digagalkan oleh Sepanyol. Tambah Alfonso, “Usaha memulihkan sejarah sebelum penjajahan sebenarnya ialah perjuangan untuk mengintegrasikan diri kami sebagai sebahagian daripada dunia Melayu.”
Hal yang sama turut ditegaskan oleh Dr Santiago Jr semasa membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Spanish Colonialism and The Emergence of the Hispanized Malay in the Philippines.
Beliau memberitahu persoalan berkenaan identiti sebenar orang Filipina sudah dibincangkan sejak awal abad ke-19 lagi berikutan penemuan pelbagai bukti kaitan sejarah antara Filipina dengan dunia Melayu.
Tetapi disebabkan kesan penjajahan yang terlalu lama, ia mengubah weltanschauung (pandangan dunia dalam Bahasa Jerman) mereka dengan berpandangan mereka berbeza sama sekali dengan penduduk dunia Melayu.
Tetapi disebabkan kesan penjajahan yang terlalu lama, ia mengubah weltanschauung (pandangan dunia dalam Bahasa Jerman) mereka dengan berpandangan mereka berbeza sama sekali dengan penduduk dunia Melayu.
Tambahnya, “Keadaan ini berlaku akibat penjajahan Sepanyol dan kemudiannya Amerika Syarikat yang memusnahkan jati diri dan identiti bangsa orang Filipina.”
Tambahnya lagi, ini merupakan sesuatu yang mengecewakan kerana sehingga abad ke-16, orang Melayu Filipina amat aktif di Nusantara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Justeru, tidak hairanlah hubungan yang terjalin antara kerajaan-kerajaan Melayu...
...ketika itu sangat akrab sehinggakan Acheh berupaya menghantar ulama ke sana sebagai sebahagian daripada misi dakwah mereka. Tambahnya lagi, “Kedatangan kuasa Barat menyebabkan semua ini terhenti dan kami terpisah dari dunia Melayu.”
Menurut Alfonso, orang Melayu di Filipina juga merupakan kelompok pertama yang menentang dan berjaya membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Eropah...
...bukan Jepun yang menandakan kehebatan mereka menerusi kemenangan pada Perang Rusia-Jepun. Keberanian Lapulapu yang menewaskan Sepanyol di Mactan pada tahun 1521 memberi inspirasi kepada negara itu.
Buktinya, Deklarasi Kemerdekaan Filipina yang dibuat pada tahun 1898. Walaupun deklarasi ini ditolak oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat, deklarasi ini membangkitkan semula memori kemenangan Lapulapu di Mactan...
...dan menunjukkan koloni Sepanyol di Kepulauan Melayu bernama Filipina belajar untuk merdeka sekaligus mencetuskan kebangkitan gelombang nasionalisme di Asia.
Kematian Magellan pada tahun 1521 turut menunjukkan perang orang Filipina ke atas Sepanyol dan Amerika Syarikat juga merupakan perang untuk membela nasib bangsa Melayu yang ditindas selepas dijajah ratusan tahun oleh kuasa asing.
Kesimpulannya, bersyukurlah pada nikmat identiti Meklayu yang kita rangkul, sedangkan saudara serumpun kita tercari-cari makna Melayu yang hilang pada mereka akibat penjajahan beratus tahun.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!