Mengekalkan hubungan yang bahagia jauh lebih sukar daripada memulakannya.
Bagaimana nak mengekalkan hubungan?
Ini tips berdasarkan kajian sains.
Tetapi saya memilih yang ini kerana prinsip2 ini dibina berasaskan kajian ke atas beratus2 pasangan berkahwin.
Kajian2 cinta ini dinamakan "love lab."
Sesuatu yang berasaskan kajian sudah tentu lebih sahih kan?
Pertama, fahami dunia pasangan anda.
Anda kena tahu peristiwa2 penting dalam hidup dia, harapan dia, apa yang bermakna untuk dia, apa yang dia suka dan tidak suka.
Gottman namakan ini sebagai "love map."
Ini kerana, bila hubungan sudah lama, kadang kala kita lupa kebaikan pasangan kita, tetapi kita selalu ingat yang negatif.
Kesalahan mudah diingati, kebaikan mudah dilupakan.
Kemudian, bacakan kepadanya satu per satu.
Contohnya:
1. Saya suka awak sebab..
2. Saya hargai bila awak...
Ini akan memberi kekuatan kepada "emotional connection."
Gottman mencadangkan kita melatih diri menjadi pendengar yang baik (active listerner).
Maksudnya, sentiasa dengar & "acknowledge" pandangan dia sebelum buat apa2 keputusan.
Cuba cari jalan tengah yang dipersetujui berbanding buat keputusan yang hanya menyebelahi satu pihak.
Kadang kala lelaki juga harus mengambil berat untuk mendengar pandangan wanita dalam pembuatan keputusan mereka.
Menurut Gottman, ada konflik yang boleh selesai, dan ada yang tidak - tetapi kebanyakannya boleh.
"Happily married couples do not have less conflict, but they are better able to repair it before it gets out of hand."
1. Mula bincang dengan perkataan baik2, tidak kasar (jangan attack)
2. Berjiwa besar untuk perbaiki diri sendiri
3. Jika sedang marah, berhenti bincang dan relaks dulu
4. Belajar bertolak ansur
5. Belajar toleransi dengan kelemahan pasangan
Gridlock berlaku apabila harapan, aspirasi & kehendak pasangan tidak dihormati atau diendahkan.
Contohnya, apabila seseorang merasakan pasangan tidak membantu malah membantutkan usahanya untuk mencapai matlamat hidup & cita-citanya.
"When dreams are respected: couples are happier as they realize that marriage is supposed to help them with those dreams."
Secara praktikalnya, jika sukar untuk kedua-duanya mencapai impian dalam waktu yang sama - mungkin salah seorang perlu tangguhkan dulu..
3 langkah bantu pasangan capai impian masing2:
1) Dengar & cuba faham
2) Beri sokongan
3) Bincang bagaimana pasangan boleh mainkan peranan untuk bantu capai impian tersebut sama2
"Finding common ground," atau
Mencari titik tengah yang dipersetujui.
"Create shared meaning."
Maksudnya, cuba cari dan bina makna atau tujuan hubungan yang dikongsi bersama.
Ada pasangan yang kekal bersama kerana "makna hubungan" mereka yang sama iaitu sama2 mencari keredhaan Tuhan.
Kadang kala, "shared meaning" ini boleh menjadi faktor yang mengekalkan hubungan antara manusia walau apa pun cabaran yang dihadapi.
Kalau nak baca lebih lanjut boleh cari buku ini:
The Seven Principles for Making Marriage Work: A Practical Guide by John M. Gottman & Nan Silver.