My Authors
Read all threads
Stanley Ho meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Sesiapa yang tahu Macau mesti pernah dengar pasal Ho, pemilik rantaian kasino terbesar di Macau sehingga digelar "The King of Gambling" di Macau.

Tapi bukan Ho yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal Macau.
Macau adalah bekas jajahan Portugis selama 442 tahun, hanya pada tahun 1999 baru ia dipulangkan kepada China. Sama macam Hong Kong yang merupakan bekas jajahan British yang dipulangkan kepada China pada tahun 1997.
Sebab tu Ho menamakan kasino dia sebagai "Casino Lisboa". Lisboa tu Lisbon, ibu negara Portugal dalam Bahasa Portugis.
Seperti Melaka, Macau pun ada penduduk Serani berketurunan Portugis, macam isteri pertama Stanley Ho, Clementina Angela Leitão.

Ho pula adalah cicit Yahudi Belanda, Charles Bosman yang bertukar nama jadi "Ho Sze Man".

Tapi majoriti (90%) orang Macau masih Cina Kantonis.
Kedua-dua Macau dan Hong Kong adalah "Special Administrative Region" yang mempunyai autonomi selepas pulang ke pangkuan China. Ada matawang sendiri (pataca), dewan perundangan tersendiri, dan kerajaan sendiri yang diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif.
Tapi berbeza dengan Hong Kong, di Macau jarang berlaku insiden kebangkitan membantah pemerintahan China macam di HK tahun lepas & baru-baru ini. Walaupun dari segi geografi Macau & Hong Kong sangat dekat dan dari segi budaya kedua-dua adalah masyarakat Kantonis.
Pembolehubah (variable) yang kita boleh kenal pasti adalah penjajah yang berbeza: Macau dijajah oleh Portugis manakala Hong Kong dijajah oleh British. Jadi kita boleh buat hipotesis bahawa inilah faktor yang mempengaruhi kedinamikan politik Macau dan Hong Kong.
Portugis bukan penjajah yang cekap. British membangunkan HK menjadi salah satu "Tiger Economies" (atau Four Little Dragons) bersama-sama Korea Selatan, Taiwan & Singapura pada 1970-an. Macau di bawah Portugis pula tak maju macam mana, bergantung kepada perjudian saja.
Budaya Portugal sendiri pun tak cukup berprestij untuk buat orang Macau rasa "rindu zaman Portugis". Generasi baru tak minat nak berbahasa Portugis , walaupun Bahasa Portufis masih bertaraf bahasa rasmi.

Mungkin tinggal Portuguese egg tart je warisan Portugis yang masih hidup.
British pula adalah penjajah yang super cekap. Selain kecekapan dalam mengurus ekonomi, British juga menawan hati penduduk yang dijajah dengan budaya dan bahasa. Selain bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Kantonis, orang Hong Kong juga suka bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Di zaman British, penduduk Hong Kong berpeluang untuk menyambung pelajaran ke universiti British, balik-balik dapat kerja kat syarikat British macam PwC dan HSBC dekat Central (tempat paling up di Hong Kong), jadi middle class.
Tapi bila Hong Kong kembali ke China, orang Hong Kong kena berdepan dengan persaingan orang China (mainlander). Padahal dulu orang Hong Kong maju lebih awal berbanding China. So sedikit sebanyak, orang Hong Kong menaruh "resentment" terhadap China.
Sebab itu, dalam pergolakan Hong Kong sepanjang tahun lepas, dan even sebelum itu, boleh nampak orang mengibarkan bendera British Hong Kong dan bendera UK. Konon "rindu zaman British" lah.
Malah gambar Queen Elizabeth II pun diusung. Di zaman British, orang Hong Kong ada panggilan mesra kepada QE berbunyi "Si Tau Po" (事頭婆) bermaksud "puan tauke", menunjukkan betapa dekatnya Britain di hati orang Hong Kong.
Pemerintahan British membentuk identiti Hong Kong yang menyumbang kepada konflik antara ia dengan kerajaan pusat China. Macau on the other hand, tidak mempunyai beban sejarah yang sama jadi mereka lebih mudah berintegrasi ke dalam China.
Benda ni aku ada cerita dalam Dunia Tanpa Tembok III (DTT3) di mana Bab 33 mengupas tentang Hong Kong dan juga Macau.

Nak faham konflik dalam dunia, selain melihat faktor geopolitik, ekonomi, kena lihat juga soal IDENTITI.
Dapatkan Dunia Tanpa Tembok III di thepatriots.store/store/books/du…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!