Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
Satu hari satu ilmu menangkis berita palsu berterbangan di internet. Hari ini kita akan banyak belajar bahasa Latin tapi apa kaitan bahasa ini dengan berita palsu?!
Bahagian 1:
Bahagian 2:
Bahagian 3: ini lah bahagian 3...
Bebenang~
1. yourlogicalfallacyis.com
2. iep.utm.edu/fallacy/#AdHom…
1. Ad Hominem
2. Tu Quoque
3. Post Hoc Ergo Propter Hoc
4. Slippery slope (dah tak Latin..)
5. Hasty Generalisation
6. Strawman
Ha...inilah falasi yang paling kerap digunakan oleh warganet.
Terjemahan terus 'ad hominem' ialah 'orang tu', yang bermaksud hujahan orang itu terus menjadi tidak sah disebabkan sifat orang itu yang mungkin anda tidak suka dsb.
Maka ini anda telah membuat serangan ad hominem pada budak tersebut.
Falasi mantik ini lebih kurang macam ad hominem. Tu quoque bermaksud "kau pun sama". Falasi ad hominem dan tu quoque 'menyenyapkan' hujah itu dengan menyerang keperibadian orang yang berhujah tu.
Ini merupakan tu quoque. Walaupun doktor itu gemuk, ini tidak bermaksud mesej yang disampaikan doktor itu salah. Maka ini perlu dielakkan.
Ad Hominem (ed ho-mi-nem)
Tu Quoque (tu ko-kei)
(Pos hok er-go prop-ter hok) Saya pendekkan jadi "Post Hoc".
Pos hoc bermaksud, anda membuat kesimpulan jika A berlaku selepas kejadian B, maka B punca kejadian A.
Jika anda membuat kesimpulan jika sesuatu (A) berlaku selepas kejadian B, maka B punca kejadian A tanpa mempertimbangkan sebab sebab lain, ia merupakan satu falasi mantik dan ia harus dielakkan.
Anda memecut laju. 2 minit kemudian tanah runtuh berlaku.
"Kambing hitam ini memang sial. Kan dah tanah runtuh"
Post hoc ergo propter hoc.
Slippery slope / domino menyatakan satu rantaian kejadian berlaku. Di akhir rantaian itu terjadinya suatu yang buruk. Maka sesuatu yang buruk itu tidak terjadi jika kejadian yang pertama itu berlaku. Sila ikuti penjelasan di bawah.
Kejadian A berlaku, kemudian berlaku kejadian B.
Selepas kejadian B, selalunya berlaku C.
Bila jd C, selalunya berlaku kejadian D...
seterusnya....
lepas tu jd kejadian Z. Habis semua mati.
Kalau la kejadian A tak berlaku, kejadian mesti Z tak berlaku.
Ini falasi mantik.
Pernah dengar contoh ini?
Marilah kita elakkan.
Falasi mantik ini menceritakan hujah yang membuat pengitlakan (generalisasi) yang tidak kena dengan tempatnya. Dalam istilah tempatan kita kata"miker ni pukul rata je semuanya". Jom kita lihat contoh di bawah.
Kesilapannya ialah mengenakan sifat jambu pelakon lelaki Korea Selatan kepada semua populasi lelaki Korea Selatan.
Sampel yang anda ambil tidak menggambarkan semua populasi.
Orang-orang pun jadi falasi mantik juga?! Bukan begitu!
Hujah 'strawman' ialah kita dengan saja menyalah ertikan hujah orang itu / melebih-lebihkan hujah orang itu, bila disalah erti, hujah itu salah, maka kita menang hujah?!
Tak! Elakkan begini!
Dalam hujah strawman, anda sengaja salah faham / ubah maksud / mereka-reka kefahaman lalu menjadikan hujah tu salah. Hujah yang sebenar ditingalkan.
Hujah strawman: Kau nak ajar budak-budak seks?!
Hujah. Klasik.
(Appeal to authority)
Ini salah satu kesilapan hujah yang kerap kali digunakan. Hujah ini mengatakan,
Menurut orang A , yang merupakan "ahli" dalam hal ini, mengatakan hal Z itu benar.
Maka hal Z benar.
TEETTT SALAH.
"Mana kau tahu?"
"Eh, rakan serumah aku di KL tu berkerja sebagai juruwang di restoran tu. Dia tahu mana duit tu pergi"
⬆️ argumentum ad verecundiam