My Authors
Read all threads
TweetSains bantu mengekalkan kewarasan anda menempuhi PKP yang sudah dilanjutkan sehingga 14 April!
Hari ini kita sambung #lawanberitapalsu dengan berbincang mengenai kepincangan / berat sebelah (bias).
Sebelum itu - pastikan anda tidak terlepas membaca 3 bebenang yang berkaitan!

Bahagian 1:
Bahagian 2:
Bahagian 3:

Bahagian 4: inilah bebenangnya!!
Kita dilahirkan dan dibesarkan mengikut acuan yang berbeza-beza. Bagaimana kita dibesarkan dan aspek sosial mencorakkan pemikiran kita. Tetapi untuk mencapai maksud yang satu, kita kena letakkan diri kita dalam satu bingkai fikiran yang tidak berat sebelah.
Bukan sahaja dalam interaksi sosial, malah dalam sains pun kita kena cuba sedaya upaya untuk menjauhi kepincangan / berat sebelah (bias) dalam pemikiran.

Semalam kita telah berbincang mengenai falasi mantik, dan hari ini kita akan membincangkan kepincangan dalam sains.
Kenapa nak tahu mengenai kepincangan dalam sains?
Sebelum anda didedahkan dengan bagaimana untuk membaca sebuah tulisan ilmiah, anda kena tahu sedikit sebanyak mengenai bagaimana eksperimen itu dijalankan, keadaan, pembolehubah, kaedah analisis.
Disebabkan laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah itu melaporkan keadaan eksperimen yang sangat spesifik, maka anda kena faham, ruang lingkup kajian dan apa yang tidak diliputi oleh kesimpulan kajian tersebut.
Oi berbelitnya. Baiklah, sila baca contoh di bawah.
Cth: saya ada tulisan yg diterbitkan dlm jurnal ilmiah. Kajian saya ialah utk melihat pola pemakanan penduduk di daerah Kajang, Selangor.
Utk membuat bancian, sebagai org yg bijak, saya pergi ke tempat yg ramai og. Mudah sikit.
Jadi saya pergi ke restoran Sate Hj Samuri.
1 hari saya boleh dapat 150 responden. Saya berada di situ selama 7 hari, saya dapat 1000 + responden. Banyak tu. Saya dapati semua responden bancian (bukan benci!) saya banyak mkn makanan yg berlemak, tinggi kandungan gula & garam. Mengejutkan! Jd saya terbitkan laporan kajian.
Tajuk laporan saya:
"Penduduk Kajang Suka Makan Makanan Berkolestrol, Gula dan Garam Tinggi"

Jadi apa kesilapan saya?
0. Org bangang sahaja pergi buat bancian di restoran sate. Hahahhaha. (melawak saja)
1. Jika kita nak buat bancian yg saksama, kita kena pergi ke seluruh Kajang dan buat kumpulan bancian kecil utk dapat data yang menyeluruh.
2. Restoran sate Hj Samuri bukan sahaja menerima pelanggan dari Kajang sahaja. Ada yg dtg dari kawasan sekitar spt Shah Alam, Wangsa Maju, Nilai. Ada juga pegawai kerajaan yg dtg bermesyuarat di Putrajaya sanggup datang ke Kajang utk menikmati sate. Dan lain lain.
3. Kemudian ada kejadian-kejadian yang kita tidak sangka, seperti, perhimpunan bulanan Kumpulan Pencinta Sate Semalaya berlaku pada hari itu. Kalau dah namanya pencinta sate, ada kebarangkalian tinggi mereka mempunyai diet yang tidak sesuai.
4. Menurut data, terdapat 111,200 penduduk di Kajang. Adakah sampel bancian 1050 menggambarkan pola pemakanan penduduk Kajang?
5. Adakah saya mengambilkira faktor ekonomi responden? Cthnya, kalau anak muda selalunya suka makan di restoran makanan segera. Mungkin juga responden terdiri dari keluarga yang mak ayahnya kerap kerja dan tidak sempat masak di rumah. Semua itu boleh jadi penyebab.
5 yang saya senaraikan merupakan jenis-jenis kepincangan dalam mereka bentuk kajian. Selain itu kita ada juga kepincangan kognitif (cognitive bias) apabila kita melakukan kajian /mengemukakan hujah / membuat kesimpulan. Mari kita sambung.
:: Kepincangan Kognitif 1 - Kesan Dunning-Kruger ::
Ahh...klasik. Dah ramai yg menulis mengenai Kesan Dunning-Kruger. Kepincangan ini menceritakan, semakin banyak kita tahu, semakin banyak benda yg kita sedar kita tak tahu.
Sebagai org yg bertanggungjawab, kita mestilah jujur. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Kepincangan kesan Dunning-Kruger inilah menyebabkan ramai golongan "palatao" di dunia maya. Dalam dunia ilmiah pun tidak terlepas, maka berhati-hatilah!
Contohnya anda ada ijazah kedoktoran dalam fizik bahan. Ya, anda pakar dalam fizik bahan. Akan tetapi bila wartawan tanya sesuatu yang diluar kepakaran anda (misalnya fizik zarah), jangan terlajak menjadi "palatao".
:: Kepincangan Kongnitif 2 - Pengesahan (confirmation bias) ::
Ini merupakan perangkap yang paling licik. Kadang-kadang saya pun terjebak dengan kepincangan ini. Kita mudah cenderung untuk mengesahkan idea kita (untuk kata idea kita betul).
Contohnya:
Saya terlibat dlm perbincangan ayam gunting lebih sedap drpd ayam goreng seringgit. Maka kecenderungan saya dlm hujah saya utk menyenaraikan 'ayam gunting sedap' (megesahkan idea) berbanding mempertimbangkan ciri kedua jenis ayam goreng td, kemudian, buat kesimpulan.
Aduh kenapa contoh makanan saja malam ni. Stress betul.
Baiklah contoh lain;
Perdebatan anti senjata api di Amerika merupakan perbualan yang hangat, dan nampaknya takkan habis. Kita sambung di tweet seterusnya.
Antara hujah yg sering dilontarkan oleh penyokong pengguna senjata api di Amerika ialah "senjata api bagus utk melindungi diri, keluarga & harta benda". Akan tetapi mereka kurang mempertimbangkan kesan senjata api dlm serangan rambang di tempat awam. Kan? Kan?
Confirmation bias.
Maka samalah utk saintis yg mempertimbangkan kesan ubat-ubatan kpd manusia. Mereka perlu melihat dari dua sudut (baik & buruk kepada manusia). Bukan sekadar "aku sokong sains moden maka segala jenis herba ini tahyul". Tidak!
:: Kepincangan Kognitif 3 - Sumpahan Ilmu (The Curse of Knowledge) ::
Oi ingatkan ilmu ini baik-baik sahaja. Rupanya ada sumpahan. Sumpahan yg dimaksudkan di sini ialah; bila anda dibentangkan dgn 1 idea baru, tetapi idea itu dirasakan menambah kepercayaan anda terhadap sesuatu.
Tak faham lah!
Anda pernah pergi belajar memandu kereta manual kan?
Pertama kali memandu kereta manual rasa nak gugur jantung. Anda tekan pedal minyak, tapi kereta tak bergerak. Anda lihat brek tgn sudah diturunkan. Aik kenapa tak bergerak?
Kemudian jurulatih memandu anda:
"Lepaskan klac la bodoh! Kan aku dah ajar banyak kali. Tekan minyak sikit, kemudian turun brek tangan, kemudian lepaskan klac perlahan-lahan. Itu pun tak tahu ke?!"
Jurulatih memandu anda terkena sumpahan ilmu.
Sudah tentu jurulatih anda boleh "make sense" kaedah memandu kereta manual, sebab dia sudah bertahun memandu kereta manual. Anda, yg baru belajar pula, tidak biasa dgn fungsi klac, dan yg paling cuak sekali, klac ada tinggi dan rendah pula!
Ada sesetengah kereta latihan, anda lepaskan klac sedikit kereta boleh bergerak. Ada sesetengah kereta pula kena lepaskan banyak baru boleh bergerak. Otak anda tertumpu pada kaki sahaja. Itu belum lagi naik bukit latihan! Fuh..berpeluh dingin.
Jd bila kita nk mengajarkan sst yg baru kpd org / mempersembahkan satu idea yg abstrak, kita kena ambil masa perlahan-lahan. Huraikan satu-persatu. Pecahkan kepada penjelasan kecil. Masa awal memang susah nak "make sense" tetapi bila anda dah tahu, siap boleh memandu sebelah tgn!
Kesimpulannya, jangan perkecilkan orang yang tidak tahu.
Terus ke kepincangan seterusnya!
:: Kepincangan Kognitif 4 - Kesan Barnum ::
Kepincangan ini agak spesifik sikit. Tetapi ramai juga yang terjebak. Bila kita dipersembahkan dengan maklumat yang samar, kita cenderung untuk mengisi maklumat yang lompong mengikut andaian kita. Sila baca contoh di bawah:
Pernah baca horoskop? Pembaca horoskop tegar yg mempercayai horoskop itu sebenarnya menggambarkan dirinya dan nasib dia pada masa hadapan. Padahal horoskop itu tidak menggambarkan kehidupan org tu secara spesifik.
Ini cth bacaan horoskop utk saya:
"Libra ini seorang yg mudah berkerjasama & diplomatik."
"Hm,hm, aku mmg org yg ramah. Sebab tu org selesa berkerja dgn aku"

Tak se mes ti nya.

"Libra tidak suka org yg ganas, tidak adil & bising"
"Hm,hm, patutlah aku tak masuk dgn geng bawang" Image
Haa inilah contoh Kesan Barnum
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with TweetSains Duduk Rumah!

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!