“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"
“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”
Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Introvert ialah golongan yang seronok bersendirian dan tak suka bersosial dengan orang lain. Mereka lebih sensitif dalam memproses stimuli luaran seperti bunyi-bunyi, lampu-lampu, suasana bising dan kehadiran kesesakan orang, lampu.
Mereka cepat penat.
Mereka dapat tenaga melalui stimuli luaran.
Berbeza dengan introvert yang mendapat tenaga daripada stimuli dalaman (me-time).
Di sini, kita kupas sama-sama ikut kategori perbezaan personaliti itu.
Tak sunyi ke nanti hubungan?
Ada topik nak borak tak?
Bosannya dua-dua pendiam.
Di sini, ada salah faham.
Introvert bukannya pendiam atau tak suka bersosial sepanjang masa, tetapi mereka MEMILIH individu yang mereka nak bersosial.
Kawan yang jadi tempat dia borak,
Tempat dia berperangai menggila,
Tempat dia nak riuh rendah tanpa kehadiran orang lain.
Ya, introvert pun boleh bising juga!
Malah, jadi kelebihan apabila nak dating.
Dua-dua selesa saja kalau sekadar lepak di kafe,
Atau duduk rumah je.
Orang introvert biasanya tak suka small talks, tetapi suka perbincangan topik berat, deep dan mencabar minda mereka (the thinking introvert).
Jadi, apabila dua introvert dah rapat dan berbual, topik mereka biasanya bukan calang-calang.
Bukan sembang bishe2.
Nanti dua-dua bising je.
Mesti berebut nak bercakap kan?
Susah nak bercerita, sebab dua-dua nak bercerita.
Mungkin ya, pada masa tertentu.
Tetapi, apabila masuk perspektif hubungan romantik, akan ada satu tambahan faktor,
"Rasa Sayang."
Macam mana kerja hari ini?
Apa jadi kat pejabat?
Gosip terbaru kawan-kawan?
Mereka jadi bersemangat nak cerita!
Si A nak cerita pada B, tapi B asyik nak cerita pasal B.
Si B pula semangat nak kongsi kisah pada A, tapi A juga nak cerita pasal dia.
Lalu kedua-dua rasa macam kisahnya tak dihargai.
Semakin masa berlalu, semakin kita matang.
Smeakin kita matang, semakin kita banyak diam.
Semakin kita banyak diam, semakin kita mendengar :)
Okay, ini menarik, sebab orang kata personaliti berbeza nanti susah nak kamceng. Bila berbeza, banyak bergaduh preference nak dating macam mana.
Contohnya,
Si ekstrovert nak ajak keluar,
Si introvert lagi suka duduk rumah saja.
Orang introvert akan 'open up' dengan orang yang mereka percaya, regardless kawan itu personaliti jenis apa.
Apabila berpasangan, kita ada tautan hati.
Dan tautan hati introvert akan buat dia sentiasa nak luang masa dengan temannya itu.
Apabila si ekstrovert bersemangat nak cerita, si introvert menjadi pendengar yang baik. Sebab itu memang kekuatan seorang introvert.
Mereka banyak mendengar, berfikir dan memproses. Lalu beri respons yang baik.
Lepas si ekstrovert dah penat berborak, tiba giliran si introvert pula berceloteh, sebab pasangan itu dia dah terima sepenuh hati dan boleh bising sama-sama.
Maka, kedua-dua rasa seronok sebab rasa didengari, rasa dihargai setiap kata-kata mereka yang diluahkan.
Hanya terbuka untuk ahli komuniti MI saja. Kita live, kita kupas sama-sama topik ini macam sebelum ini.
Kali ini, ada game baru pula haha.
Boleh daftar di aimanpsikologi.com/introvert
Platform online untuk belajar sama-sama topik personaliti introvert dalam dunia ekstrovert.
Sesuai untuk introvert yang nak kenal diri sendiri dan ekstrovert yang nak kenal kenalan introvert mereka.
Boleh baca lagi lanjut di aimanpsikologi.com/introvert
Tak kisah personaliti introvert atau ekstrovert, semua itu ialah perbezaan, dan masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Bila kupas dari perspektif hubungan rumah tangga, sebenarnya semua bergantung kepada cara kita pandang isu tersebut.
Chemistry itu salah satu faktor.
Ada 5C yang menyumbang kepada kesejahteraan hubungan romantik sesebuah pasangan.
Consideration,
Compromise.
Kita berkongsi hidup dengan seseorang, maka hargailah hubungan itu seperti kita hargai diri kita.
Introvert atau ekstrovert, itu bukan penentu mutlak keserasian sesebuah pasangan, tetapi sebagai panduan asas saja.
Okay?
:)
Sekain.
Thread ini sebenarnya ringkasan daripada buku "Pendiam?", buku untuk memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert.
Bab "Mencuri Hati Introvert."
Boleh dapatkan di
aimanpsikologi.com/buku