"Anti sosial."
"Susah buat kawan."
"Tak pandai bercakap."
Macam-macam label negatif dan salah faham orang bagi pada golongan introvert.
Kebanyakannya, salah faham sebenarnya.
Ini ialah thread, mitos-mitos popular mengenai golongan introvert.
Introvert ialah sejenis personaliti seseorang yang lebih selesa bersendirian dan kurang nikmat jika perlu bersosial.
Mereka memilih untuk berseorangan dan mereka seronok begitu (bukan lonely).
Senang nak ingat, OCEAN.
Openness
Consciousness
Extraversion
Agreeableness
Neuroticism
Introvert bawah komponen Extraversion.
Tapi jangan salah faham.
Ini bukan bermaksud personaliti manusia berbentuk binari, hitam putih begitu.
Tetapi lebih kepada spektrum, iaitu campuran antara kedua-duanya sekali.
Tetapi campuran kedua-duanya sekali dalam diri seseorang.
Cuma ada satu yang lebih dominan berbanding yang lain, dan itu yang menentukan dia introvert atau extravert.
1. Suka bersendirian
2. Seronok berjalan sorang-sorang
3. Tak ada masalah kalau tak ads orang boleh teman keluar makan
4. Banyak memendam perasaan berbanding meluahkan.
5. Kurang selesa dalam suasana ramai orang tak kenal
7. Banyak analisis maklumat sensori dalam kepala dia
8. Cepat penat dan lesu kalau bersosial dengan orang lain
9. Ada kawan rapat yang sangat sedikit (kualiti berbanding kuantiti)
10. Kreatif dan berimaginasi tinggi
Personaliti ini juga dianggap sebagai satu kekurangan ploeh masyarakat.
"Cuba kau extravert sikit."
"Saya risau anak saya pendiam dalam kelas."
"Along kenapa tak sembang dengan tetamu?"
Biasa dengar kan?
Ada golongan introvert sendiri berasa diri mereka serba kekurangan dan perlunya untuk "lebih extravert."
Hakikatnya, introvert juga ada kekuatan tersendiri.
Tak perlu ikut cara orang lain sebab nak berjaya. Lain orang lain kelebihannya.
1. INTROVERT INI ANTI SOSIAL
Pertama sekali, secara teknikalnya istilah yang lebih tepat ialah Asosial.
Anti sosial ini ialah orang yang mahu berbuat kerosakan kepada masyarakat sekeliling dia.
Introvert bukan Asosial (tak mampu bersosial).
Mereka boleh saja bersosial, berbual dan bersembang, jika perlu.
Cuma mereka lebih selesa bersendirian dan buat kerja sendiri.
Itu pilihan mereka.
Ada yang ya, ada yang tidak. Bukan semua. Extravert pun ada yang pemalu juga.
Introvert dan extravert ini ialah perbezaan cara manusia bertingkah laku secara sosial dan memproses kenikmatan sosial (social arousal).
Itu saja.
Sebab introvert sendiri ada 4 jenis yang berbeza, maka tak adil untuk pukul rata semua ciri itu pada semua golongan introvert.
4 jenis introvert itu saya pernah tulis di thread lain. Nah, bacaan semula
Sebenarnya, kita yang tak pandai dekati mereka. Terutama golongan extravert.
Definisi "seronok" mereka berbeza dengan seronok seorang extravert.
Bila tak faham pasal mereka, maka kita jadi tak pandai nak bina hubungan dengan mereka.
Sebab mereka sangat menghargai persahabatan dan akan setia, kerana lebih pentingkan kualiti kawan berbanding kuantiti.
Maka, hargai lah sebaiknya kalau ada kawan introvert.
Memang betul, golongan extravert biasanya nampak lebih berkeyakinan, pandai bercakap dan berkarisma (sebab mereka suka spotlight).
Tetapi, introvert juga ada kelebihan mereka tersendiri.
Usah letakkan kesempurnaan itu berdasarkan jalan hidup orang lain.
Hidup kita ini macam tengah exam.
Kesilapan kita ialah selalu nak tiru jawapan orang lain,
Tanpa kita sedar setiap daripada kita dapat set soalan yang berbeza.
Bukan semua introvert itu pendiam. Ada introvert yang banyak bercakap tetapi dengan kawan yang mereka rapat saja.
Mereka tak tunjuk diri sebenar mereka dengan semua orang.
Sebab introvert ini popular dengan "ada banyak topeng" dengan orang berbeza-beza
Sisi hebat mereka itu disimpan untuk orsng dipercayai saja.
Introvert bukan pendiam.
Mereka cuma tak suka small talks, berbasa basi atau berbual kosong.
Nak tengok mereka banyak cakap?
Try ajak berbual topik berat, berkaitan idea dan kena dengan minat mereka.
Percaya lah, korang yang akan terdiam pula nanti.
Mereka ini sering disalah faham hanya sebab mereka,
"Tak suka berborak-borak."
"Keluar makan ramai-ramai."
"Tak pandai cakap kat depan."
dan sebagainya.
Sedangkan mereka juga ada kelebihan tersendiri 😔
Saya tubuhkan projek "Makmal Introvert."
Iaitu platform online untuk fahami topik personaliti.
Sesuai untuk introvert yang nak kenal diri dan extravert yang nak memahami kawan mereka.
Baca lagi sini:
aimanpsikologi.com/introvert
1. Google Hangout Live, perkongsian topik oleh pelbagai speaker, berkaitan introvert.
2. Discussion dalam Google Classroom, bertukar idea dan fikiran dengan komuniti Makmal Introvert.
1. Diri sendiri
2. Kerjaya
3. Pasangan/ahli keluarga
4. Kesihatan mental
Boleh baca lebih lanjut dalam link itu. Panjang cerita dalam tu ☺️👇🏻
aimanpsikologi.com/introvert
Dapat bantu golongan introvert untuk empower diri mereka dengan kelebihan dirisendiri,
Dan bantu golongan extravert untuk lebih kenal kawan-kawan mereka dan dapat terima perbezaan, supaya dapat hidup berkomuniti bersama.
☺️👍🏼
Bukan isu siapa yang ada personaliti lagi bagus daripada siapa.
Dunia kita memerlukan kedua-dua golongan ini.
Maka, kita perlu saling menerima dan saling meraikan perbezaan sesama kita.
☺️
Sekain.