My Authors
Read all threads
Kenyataan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan apa yang Tun M sampaikan kepada kami, MP-MP PH, Warisan, UPKO dan ‘PPBM Tun’ di Yayasan Bukhary.
Pada 24hb Feb. Isnin. DSWA, DSAI, LGE dan Mat Sabu cuba bertemu Tun M di pejabat. Namun beliau tidak ada di sana. Kemudian mereka ke rumah beliau dan diminta tunggu kepulangan beliau.
Rupanya pada pagi itu Tun M keluar ke Istana Negara utk serah surat letak jawatan PM. Kem pengkhianat merasa gembira kerana nampak spt perancangan asal mereka berjalan seperti biasa. Namun apabila berita mengatakan Tun M juga meletak jawatan Pengerusi Bersatu suasana bertukar.
Bersatu terpaksa memanggil satu lagi mesyuarat tergempar berikutan keputusan Tun M. Dan keputusan diambil...
Timbul tanda tanya besar kenapa Tun M meletakkan jawatan sedangkan beliau telah diberi sokongan besar. Pemimpin-pemimpin parti yg dtg ke rumah Tun M pada 23hb Februari 2020 semua menunjukkan sokongan kpd beliau. Ya, sokongan kpd org yg dah sedia jadi PM.
Di rumah beliau pada 24hb Februari 2020, Tun M berjumpa dengan seorang demi seorang pemimpin PH. Beliau menceritakan apa yg berlaku dan sikap tidak setuju beliau dengan keputusan TSMY. Ya, TSMY kemudian umumkan Bersatu keluar PH. Ia menyusul selepas pengumuman kem Azmin.
Ketika Bersatu bermesyuarat dan kem Azmin berkumpul di Sheraton, UMNO dan PAS terlebih dahulu berkampung di Janda Baik. Abang Johari dan Shafie Apdal hanya datang ke Kuala Lumpur pada tengah hari 23hb Februari 2020 untuk hadir ke rumah Tun M (sebagaimana gambar yg tersebar).
Ketika mereka bertemu Tun M di rumahnya, yang lain-lain mula berkumpul di Sheraton. Waktu ini orang kanan Azmin menghantar mesej kepada saya bertanya “ada di mana?”
Saya tidak menjawab. Sebenarnya ketika membaca mesej tersebut saya sedang transit di Doha, Qatar. Saya dalam perjalanan ke Eropah untuk melihat sebuah kilang dan meninjau potensi pelaburan untuk dibawa ke Malaysia. Sebenarnya nak ajak buka kilang di Perlis 😅 Kami kurang pelabur
Sekitar pukul 6 ptg 23hb Februari 2020, mereka yg bertemu Tun M di rumahnya pergi ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan kpd Tun M sbg PM Perikatan Nasional (waktu itu nama ini belum jelas). Tun M dikatakan akan pergi ke Istana juga. Tapi ini dinafikan oleh SU Akhbar beliau.
Tun M juga dikatakan akan memberi kenyataan akhbar mengenai gabungan politik baru itu di Sheraton pada pukul 8:30 malam. Namun sekali lagi, beliau tidak muncul. Bahkan ada pemimpin-pemimpin yg bertemu Tun M di rumahnya juga tidak muncul.
Mereka mula menghidu sesuatu. Majlis pada malam itu cukup meriah. Tapi hanya jadi majlis makan malam sahaja. Begitu terujanya sesetengah pihak, ada yg dah umum keluar parti pada malam itu dan buat video “bye-bye”. Bygkan ini termasuk Saifuddin Abdullah.
Pada hari Ahad, 23hb Februari 2020 itu juga di rumah DS Anwar di Bukit Segambut diadakan majlis mingguan. Selain zikir, kali ini ada pengisian oleh mufti Pulau Pinang, SS Wan Salim.
Ketika kecoh ttg the New Grand Coalition ini, dibayangkan sokongan terhadapnya mencecah sehingga 130 MP.
Meskipun belum diumum secara rasmi, pada malam itu DS Anwar telah menyatakan ada segelintir MP Keadilan dan Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar daripada PH (baca: khianat). Pada malam itu juga beliau bermesyuarat dengan pimpinan DAP dan Amanah.
Selepas bertemu Tun M pada 24hb Februari 2020, pimpinan PH merasa ‘positif’. Keadilan bermesyuarat dan memecat Azmin dan Zuraidah.
Dalam kenyataan kepada media, pimpinan PH menjelaskan rasa ‘positif’ tersebut kerana Tun M menafikan penglibatan beliau dalam tindakan TSMY dan Azmin. Beliau meletak jawatan PM dan Bersatu sebagai satu protes.
Pada 24hb Februari 2020 Anwar dan DSWA diperkenan mengadap SPB YDP Agong sebagaimana temujanji lebih awal. Pada lewat ptg tersebut juga Tun M mengadap SPB YDP Agong. KSN kemudian mengumumkan bahawa Tun M akan menjadi PM Interim.
Selaras dgn itu semua jawatan Menteri Kabinet tergugur dgn sendirinya. Kita tentu ingat twit terakhir Dr Dzul yg mengemaskini perkembangan Covid-19. Ketika semua ini berlaku kebanyakan Menteri DAP dan Amanah sdg menjalankan tugas mereka di kementerian.
Oleh kerana PM Interim tidak dijelaskan dalam mana-mana fasal Perlembagaan, Peguam Negara telah memberi penjelasan bahawa ia berhak melantik Kabinet sendiri dan tidak mempunyai had masa tertentu (sudah tentu perlu dibaca bersekali dgn had-had dalam keadaan biasa)
Istana juga mengumumkan bahawa SPB YDP Agong berkenan untuk bertemu setiap ahli Parlimen bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon PM.
Dalam pembukaan Sidang pada 18 Mei 2020, SPB YDP Agong ada bertitah bahawa semasa bertemu Tun M pada 24hb Februari 2020, beliau ada memujuk Tun M untuk kekal sbg PM dan tidak perlu meletakkan jawatan.
Pada hari Selasa, 25hb Februari 2020, SPB YDP Agong mula bertemu dengan 90 orang MP dari jam 2:30 petang. Bakinya ditemui pada 26hb Februari 2020.
Sebahagian MP tidak hadir mengikut parti kerana mereka ada urusan lain sewaktu jadual parti mereka ditentukan. Ada yg dtg dari pelbagai tempat. Shamsul Iskandar misalnya selaku Bendahari Pertubuhan Ahli Parlimen Komanwel sdg bermesyuarat di UK. Terpaksa bergegas balik.
Saya juga bergegas balik. Jadual MP Keadilan bertemu SPB YDP Agong ialah sekitar pukul 11 pagi, Rabu 26hb Februari 2020. Saya tiba di KLIA sekitar 8 pagi hari yg sama. Langsung ke hotel, bersiap, mendengar taklimat kpd MP Keadilan dan bersama ke Istana Negara.
Dalam kenyataan kepada media, GPS berkata akan menyokong Tun M. Wan Saiful pula mencadangkan kerajaan perpaduan. UMNO dan PAS menolak cdgn kerajaan perpaduan. Syed Saddiq umumkan keputusan mesyuarat Armada menolak kerjasama dgn UMNO.
Sebagaimana dimaklum, pimpinan PH ada mengajak Tun M untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH spt biasa. Namun Tun M menolak kerana kedudukan partinya yg tidak jelas. Ini memaksa PH bermesyuarat dan mempertimbang kemungkinan baru.
Suka atau tidak, dalam situasi yg ada, di mana keputusan perlu diambil, PH tidak boleh meletakkan kedudukannya pada sesuatu yg tidak pasti. Justeru itu keputusan diambil untuk menamakan Anwar sbg calon tunggal PM. Ini dicapai melalui mesyuarat PH.
UMNO dan PAS tiba-tiba mendesak Parlimen dibubarkan. Pada hari Rabu 26hb Februari 2020, Bersatu menegaskan bahawa mereka akan menamakan Tun M sbg calon PM.
Kumpulan Azmin juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyokong Tun M sebagai calon PM.
Selepas penamaan calon PM, ketika ramai melihat power struggle yg berlaku adalah antara Tun M dan Anwar, nama ketiga muncul di Istana Negara meskipun didakwa mendapat undi tercorot.
Tuan Ibrahim telah membocorkan pilihan PAS pada ketika itu yg menamakan Muhyiddin Yassin. Ini kemudian dinafikan oleh Takiyuddin. Takiyuddin menjelaskan kenyataan rasmi PAS hanya akan dikeluarkan oleh Presiden PAS atau beliau sendiri selaku SU Agung parti tersebut.
Tun M dalam kenyataan pada hari Rabu, 26hb Februari 2020 menjelaskan beliau dimaklum semua pihak menyokongnya untuk jadi PM. Jadi jika boleh beliau mahu bebas bentuk Kabinet. Beliau tidak setuju Bersatu bersama UMNO dan PAS kerana ia menjadikan parti yg kalah bentuk kerajaan.
Kenyataan Tun M ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh PH dan UMNO-PAS. PM tidak wajar diberi kuasa yg begitu besar untuk menentukan Kabinet sendiri merentas parti seolah-olah parti yg menang tidak mempunyai fungsi dalam hala tuju kerajaan.
Kenyataan Tun M sebab apa beliau letak jawatan PM.
Ini gambar MP-MP KEADILAN semasa kami ke Istana Negara.
Saya tidak tahu keputusan sebenar undian. Setakat cakap-cakap di belakang, Anwar mendapat undi tertinggi, kedua Tun M dan ketiga Muhyiddin. Ya, nama Muhyiddin sebenarnya tidak pernah dibangkitkan sebelum itu.
Tapi jangan ingat tidak ada pelobi yang mula berperanan...
Meskipun Anwar dikatakan mendapat undian tertinggi, jumlahnya tidak mencecah 112, jumlah minima untuk membentuk majoriti di Dewan Rakyat.
Kita tidak amalkan demokrasi berkadar (proportionate democracy). Di negara yg amalkan sistem ini, pemegang undi tertinggi diberi hak untuk mulakan rundingan dengan parti-parti lain bagi mendapatkan cukup majoriti.
Kemudian Istana mengumunkan kerana tidak ada yg mendapat majoriti mudah 112 sokongan, maka pemimpin-pemimpin parti akan dipanggil bagi menentukan sokongan mereka.
Di sini lagi sebenarnya timbul masalah kerana kita tidak tahu siapa yang berkedudukan lebih tinggi dalam Bersatu dari segi hierarki. Pengerusi atau Presiden? Kita tahu Tun M tidak ke Istana untuk menyatakan sokongan parti tersebut sebaliknya TSMY yg pergi.
Keputusan Istana ini dikatakan dicapai melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja yg dilakukan pada hari Jumaat, 28hb Februari 2020.
PH segera bermesyuarat dan mencapai persetujuan untuk cuba berunding semula dengan Tun M. Saya masih ingat selepas itu Anwar memanggil MP-MP Keadilan untuk disampaikan keputusan ini. Beliau menyatakan kesediaan untuk terus bersabar.
Ketika taklimat tersebut seorang staf beliau masuk kerana ada panggilan daripada as-Syeikh Yusof al-Qaradhawi. Beliau kemudian meminta as-Syeikh membacakan doa buat kami semua yg diperdengarkan melalui loud speaker.
Saya difahamkan kumpulan Azmin panik dgn keputusan PH untuk berunding semula dgn Tun.
GPS dipercayai akan menyokong Tun M. Mereka hanya bermesyuarat pada hari Ahad di Kuala Lumpur. Namun, keputusan telah diambil lebih awal melalui panggilan Istana.
Memandangkan tidak ada had tarikh dan waktu untuk mengumpul sokongan, masing-masing berusaha keras. Saya pun selamba telefon Shahidan Kassim (Arau) dan Zahidi (Pdg Besar) tanya boleh bagi sokongan tak? No harm to try.
Ada juga yg saya mesej termasuk Dr Maszlee. Masa tu tersebar gambar Dr Maszlee berada di rumah TSMY.
Sehingga pukul 4 ptg lebih kurang, kami mendapat 114 sokongan. Senarai yg Tun M umum pada waktu itu ialah berdasarkan 1) sokongan SD secara fizikal, 2) komitmen verbal untuk nyatakan sokongan.
Namun segalanya bertukar apabila tersebar panggilan Istana yg menyatakan persetujuan melantik TSMY sbg PM ke-7. Sehingga waktu itu (malah sehingga kini), kita tidak tahu siapa yg beri sokongan kpd beliau. Tidak mustahil ada yg sign sokong beliau dan Tun (kedua-dua sekali).
Maka timbullah pertikaian yg belum diselesaikan hingga kini, iaitu legitimasi TSMY di Dewan Rakyat.
Adakah Istana membuat keputusan yg salah? Tidak semestinya. Mcm saya katakan tadi, mungkin ada yg sign sokong kedua-dua. Cuma mungkin yg lebih baik ialah ditetapkan tempoh had mendapatkan sokongan di mana pihak-pihak yg merasakan ada sokongan kemukakan bukti mereka.
Jika benar didapati ada MP yg beri sokongan kpd kedua-dua (atau lebih calon), satu mekanisme perlu ditentukan untuk menyelesaikan kebuntuan tersebut. Dalam hal ini pengumuman Istana telah memberi kelebihan kpd TSMY. Ini dpt dilihat bila ada yg tarik balik sokongan.
Antara contoh MP yg tarik balik sokongan pada hari tersebut tetapi kemudian partinya tidak mahu sokong PN.
Dalam kekalutan menentukan sokongan kita juga dimaklum melalui akaun FB isteri Jonathan Yassin bahawa beliau tidak pernah beri persetujuan keluar parti. Saya dimaklum beliau juga sign SD sokong Tun M jadi PM.
Gambar Sabtu, 29 Februari 2020. 114.
Dalam tempoh seminggu itu laman FB rasmi Bersatu memaparkan pergolakan di dalam parti itu bila kenyataan-kenyataan berbeza daripada 2 kumpulan berbeza bersilih ganti dinaikkan. Kenyataan ini mungkin relevan dgn isu wakil parti yg saya nyatakan sblm ini.
Pagi 1 Mac 2020 kami ke Yayasan Bukhary bertemu Tun M. Paling gembira tgk Dr Maszlee juga ada. Geram juga dgn dia pada mulanya, haha.
Pagi itu Tun M menceritakan kepada kami apa yg berlaku. Beliau kemudian membuat kenyataan media.
"Agong telah membuat keputusan utk tidak berjumpa saya lagi tetapi (mahu) utk melantik Muhyiddin sbg Perdana Menteri, jadi saya tidak mempunyai peluang utk memberitahu Agong bahawa dia tidak mempunyai majoriti. Itu sahaja... Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana [...]”
Kami di bilik lain. Tak dengar kenyataan media yg diberikan. Tapi saya masih ingat Tun ada sebut semasa kami bersamanya lebih awal: “Mereka mahu segera melakukan ini kerana keputusan kes Najib dan Zahid sudah tidak lama lagi.”
Saya tidak pasti sama ada Tun M ada menyebut hal ini dalam kenyataan media tersebut. Tapi beliau ada nyatakan kepada kami bahawa pihak polis baru memaklumkan kepada beliau ada ‘bukti baru’ tentang kes ini.
@thereadreaderapp unroll
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Amin Ahmad

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!