, 21 tweets, 4 min read Read on Twitter
Mengapa orang rasa tidak ada apa-apa perubahan selepas pertukaran kerajaan semasa PRU-14. Saya nak cuba buat thread...
1. Selepas PRU-14, sidang Dewan Rakyat hanya bermula pada bulan 7, selama 5 minggu. Sebelum tu kita berpuasa dan raya Aidilfitri. Ingat?
Sebelum sidang boleh bermula, kabinet persekutuan perlu dibentuk. Nak sidang macam mana jika tak ada portfolio yang jelas untuk dibahas? Ahli-ahli Parlimen angkat sumpah pada permulaan sidang.
Semasa akhir sidang ini barulah Menteri Kewangan bentang RUU untuk menguntukkan semula peruntukan bagi kementerian2. Selepas PRU kementerian2 disusun semula dan tanpa penguntukan semula ini mereka tak boleh membuat perbelanjaan sesuka hati.
Bila kementerian dah disusun semula lengkap dengan segala agensi di bawahnya, barulah peruntukan kerajaan boleh ditentukan ke mana. Semua ini melibatkan sistem rekod fail. Agensi-agensi juga perlu lantik lembaga pengarah utk membuat keputusan dasar.
Selepas penguntukan semula peruntukan kepada kementerian2 dan agensi2, duit betul2 masuk ambil masa dari atas ke bawah sekitar 1 bulan. Ingat tak masa tu Menteri Kewangan kata duit dalam akaun kerajaan hanya ada lebih RM450 juta sahaja? google.com.my/amp/s/www.bhar…
Sbb itu kerjaaan buat keputusan utk semak semula semua projek. Yg tak mula lagi atau di bawah 15% dibatalkan atau ditangguhkan dulu. Yg dah lebih 15% boleh teruskan. Semakan terhadap byk fail kewangan perlu dilakukan utk dpt gambaran penuh situasi sebenar ekonomi.
Tidak ada projek baru diumum kerana 1) Tempoh masa semakan yg agak panjang, 2) Baki wang semasa yg tidak begitu besar, 3) Tempoh masa untuk nak jalankan projek tidak cukup - nak buka tender, pilih kontraktor semua tu.
Pejam celik dah sampai masa untuk bentang Belanjawan 2019 pada awal November 2018. Dalam kata lain nak tutup buku kewangan 2018. Nak buka buku kewangan 2019.
Sebelum bentang Belanjawan 2019, Dewan Rakyat membahaskan Semakan Semula RMK-11. Di sini kita harus sedar rancangan belanjawan 2019 sedikit sebanyak terikat dengan perancangan RMK-11. Tak boleh terlalu jauh sebab sebahagian projek dah berjalan 3 tahun.
Teks Semakan Semula RMK-11 ni boleh baca atas talian. Nah capaian dokumen berkaitan kabinet.gov.my/bkpp/pdf/Kajia…
Jika kita lihat kpd Belanjawan 2019, sebenarnya kerajaan telah kemuka belanjawan yg lebih besar berbanding belanjawan 2018. Jadi kenapa orang ramai rasa tak ada duit? Jawapan saya: kerana keutamaan perbelanjaan berbeza. Menteri Kewangan kata utk 2-3 tahun pertama sahaja.
Seperti biasa duit hanya turun ke agensi bermula lewat Februari ke sepanjang Mac 2019. Selepas Mac 2019 kita mula nampak ada banyak kerja mula berjalan. Tapi bayangkan, sejak Mei 2018 ke Mac 2019 situasi agak stagnant. Org rasa mcm negara tidak bergerak.
Ada 1 konsep penting Belanjawan PH yg perlu diketahui. YB @Khairykj pun nyatakan ia baik semasa beliau bahas Belanjawan 2019. Konsep ini ialah zero based budgeting. Belanjawan bermula sifar.
Dalam bahasa mudah amalan dulu jika ekonomi diunjur tumbuh 5%, maka kerajaan boleh rancang tambahan belanjawan lebih kurang pada kadar yg sama - tertakluk kepada keputusan kerajaan nak kurangkan defisit atau mcm mana. Ada kementerian yg dpt lebih 5% ada yg kurang.
Sbb tu ahli2 Parlimen sering bahas kenapa peruntukan tahun lepas byk ni tahun ni berkurang. Seolah2 jika kurang tak bagus jika lebih bagus.
Zero based budgeting dalam bahasa mudah ialah peruntukan belanjawan kpd mana2 kementerian bukan berdasarkan top up kepada belanjawan lama. Katakan dulu RM100 juta, ekonomi tumbuh 5% maka boleh top up sekitar 5% drpd belanjawan lama. Cara baru ialah semua bermula kosong.
Dalam kata lain setiap kementerian perlu menjustifikasi perbelanjaan mereka setiap tahun bagi memastikan wang benar2 dibelanja ikut keperluan. Ini dpt mengelak ketirisan dan berlaku situasi perbelanjaan sbb nak perhabis duit yg dok ada.
Berdasarkan pengalaman bekerja di pejabat MB Selangor semasa pentadbiran TS Khalid, saya boleh katakan aturan semula kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya dua-tiga tahun. Dalam tempoh itu kena bersabar la dgn mcm2 sumpah seranah. Ingat dulu Selangor diburukkan tiap hari di TV?
Pada masa yg sama koordinasi perlu ditingkatkan. Mesti fokus dan tegas ambil tindakan jika ada elemen sabotaj. Lebih baik luangkan banyak masa merancang bersama daripada mencari populariti peribadi. TEAM = Together Everyone Achieve Mission. Together Everyone Achieve More.
Semasa taklimat RMK-11, YB @AzminAli ada tunjukkan kpd kami MP2 bagaimana agenda dlm manifesto PH dipadankan dlm semakan semula RMK-11. Mmg tak dpt nak masuk semua Tapi byk juga yg dimasukkan. Requested officers from his office to share the doc but to no avail until now.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Amin Ahmad
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!