My Authors
Read all threads
Maklumat penting daripada ucapan TSMY bagi saya:
1. RM250B bukan bermaksud bagi tunai RM250B. [Ini adalah bebenang]
Sebab itu beliau sebut: “Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi. Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan ...”
... dlm jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan. Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dlm jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal utk jangka masa panjang.”
Saya faham ini bermaksud kerajaan tetap mahu memastikan hutang kerajaan di bawah had statuori 55% KDNK. Jadi bagaimana kerajaan kata pakej rangsangan ini RM250B? Bukankah kerajaan tidak ada duit?
Ada beberapa cara Kerajaan guna. 1) melalui suntikan langsung sebanyak RM25B (ms. 21). Selain itu kebanyakan adalah bersifat off-budget. Off-budget = di luar Belanjawan kerajaan misalnya perbelanjaan GLC dan pengeluaran KWSP akaun 2, diskaun dan perubahan syarat2 tertentu.
Kerajaan juga perlu mengambil kira kedudukan akaun semasa memandangkan anggaran belanjawan dibuat dengan jangkaan harga minyak berada pada tahap 62USD setong. Ia kini telah berkurang secara drastik (pada anggaran 27USD setong).
Pada masa yang sama hasil cukai dan bukan cukai juga mungkin terjejas rentetan kesan pandemik ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jangan lupa bahawa kita negara dagang. Terimaan balik pinjaman juga akan terjejas.
RM250B ini termasuk RM20B pakej rangsangan awal yang telah diumumkan oleh Tun Mahathir semasa menjadi PM Interim. (ms 2). Boleh baca di bharian.com.my/berita/nasiona….
Sayangnya pakej ini dibentang ketika krisis politik dan wabak belum diumum sebagai pandemik jadi mungkin tak ramai bagi perhatian. Sebahagian yg diumum oleh PM tadi adalah ulangan dan ada juga tambahan kepada apa yg telah diumum oleh Tun M sbg PM Interim sblm ini
Sbg cth: 1) bayaran ‘one-off’ sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yg berdaftar. 2) elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, & RM200 kepada Imigresen & kakitangan lain yg terbabit
3) beli peralatan, ubat & brgn guna pakai dlm usaha pengawalan wabak COVID19, 4) Awalkan byrn BSH bulan Mei RM200 ke bulan Mac (ms. 5) & 5) Peruntukan tambahan RM2B bagi pelaksanaan segera kerja penyelenggaran & pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara (ms. 20)
Selain itu perbelanjaan drpd pengumuman Belanjawan 2020 diteruskan i.e. program MySalam di bwh pakej kesihatan sebanyak RM2B (elaun khas frontliners, tambahan jururawat kontrak, belian dan sewaan khidmat swasta, pembelian peralatan, perluasan saringan dll belanja kesihatan).
Jumlah besar off-budget yang diumumkan oleh PM ialah - Moratorium pinjaman. Ini daripada pinjaman individu (sekadar makluman bahawa hutang isi rumah kita adalah yang tertinggi di rantau ini), pinjaman perniagaan dsbgnya sebanyak RM100B.
- Seterusnya DanaJamin bagi sektor yang terjejas sebanyak RM50B. Pembiayaan kepada IKS sebanyak RM9B.
- Untuk penjawat awam RM1.7B (termasuk yang telah ditulis tentang kesihatan). Subsidi gaji sebanyak RM6B.
- Anggaran pengeluaran Akaun 2 KWSP sekitar RM40B. Ini tidak termasuk pengecualian bayaran EPF dan HRDF kepada syarikat sebanyak RM6B.
- Bantuan Perihatin RM12B.
- Perbelanjaan modal GLC sebanyak RM30B.
- Belanja pembangunan kecil RM2B.
- Diskaun tenaga RM0.2B.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Amin Ahmad

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!