, 14 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
MELAYU DAN HARIMAU JADIAN (BAH 1)

Frank Swettenham menulis tentang harimau jadian dalam 'Malay Sketches' (1895). Beliau mengatakan bahawa masyarakat Kerinchi dari Sumatera memiliki ilmu luar biasa iaitu mampu menukar diri menjadi harimau. 1/14
Swettenham juga menyatakan bahawa ilmu ini digunakan oleh segelintir ahli masyarakat tersebut yang memiliki kurniaan ilmu harimau jadian untuk membalas dendam atau melakukan khianat ke atas sesiapa yang ingin mereka cederakan atau bunuh. 2/14
Alexander Hamilton pula pada tahun 1930 turut menyatakan di dalam bukunya yang berjudul 'A New Account of the East Indies' bahawa sekitar abad ke-18, mendapati bahawa terdapat dari kalangan orang Melayu Minangkabau yang menguasai ilmu menunduk dan menunggang harimau. 3/14
Maka seperti yang umum ketahui, masyarakat awal di wilayah-wilayah awal tanah Adat Perpatih, lama sebelum Negeri Sembilan wujud, kawasan ini didatangi dan dibuka oleh Melayu dari Sumatera, khususnya Minangkabau. 4/14
Selain membawa Adat Perpatih untuk diasimilasikan dengan penduduk asal orang asli di sini, mereka juga membawa ilmu-ilmu hutan, perubatan, persilatan termasuklah ilmu-ilmu ghaib, sihir atau magis yang hingga sekarang masih sukar diperjelaskan dengan sains serta logik akal. 5/14
Di Seremban (dahulu dikenali sebagai Sungai Ujong) ada sebuah mukim yang dinamakan Paroi. Nama Paroi ini pula dikatakan berasal dari nama Tok Paroi, seorang pimpinan tersohor masyarakat dagang yang juga kebetulan datang dari Minangkabau, Sumatera. 6/14
Beliau bersama juak-juaknya adalah antara kelompok Melayu terawal dari Minangkabau yang membuka penempatan di Sungai Ujong dan Johol ketika itu, bermula lama dan dipercayai sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka lagi. 7/14
Antara kisah Tok Paroi yang paling menarik ialah kisah tentang ketinggian ilmu ghaib beliau yang mampu menjelma sebagai harimau jadian. 'Urban legend' yang dikenali sebagai lagenda Harimau Tok Paroi ini sebenarnya telah wujud sejak turun temurun, diperturunkan oleh... 8/14
orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak mereka yang keluar malam atau pulang lewat senja. Suatu ketika dahulu ada ungkapan bagi menggambarkan betapa besar dan dahsyatnya sesuatu itu dengan ayat "Ia sebesar Tok Paroi!" 9/14
Malah ada juga diceritakan bahawa Tok Paroi selain mampu menjelma sebagai harimau, beliau juga mampu membesar sehingga lebih tinggi dari pokok meranti yang paling tinggi di dalam hutan Gunung Angsi. 10/14
Winstedt sendiri ada menulis tentang kisah Harimau Tok Paroi ini di dalam artikel beliau berjudul 'Karamat' pada para 16 berkenaan 'Karamat of Paroi' di dalam Royal Asiatic Society, Journal Malayan Branch Vol II Part III, padanya Winstedt menyatakan bahawa ketika beliau... 11/14
menulis berkenaan lagenda tersebut, rata-rata masyarakat Negeri Sembilan mempercayai akan kewujudan Harimau Tok Paroi dan bagaimana ia dipuja masyarakat setempat suatu ketika dahulu. 12/14
Beliau bahkan turut mengatakan bahawa Tok Paroi juga merupakan tuan kepada semua harimau jadian yang mendiami hutan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Utara Johor pada masa itu. 13/14
Nak maghrib dah. Ok tamat dulu bahagian 1. Nanti aku akan sambung Harimau Jadian dalam peradaban Melayu dari kacamata pendita Za'aba pula, khusus berkenaan "Harimau Tok Paroi". Catatan beliau lebih dekat dan rapat dengan kita dalam bahagian 2 nanti. 14/14
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ashraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!