Dia dalam fasa nak explore semua benda.
Main cabut plug elektrik, sepahkan baju dalam almari, sepahkan barang dapur, main dengan makanan.
Ikutkan hati, memang sentiasa menguji kesabaran.
Ini sedikit tips nak urus tingkah laku negatif anak.
Sebabnya dia dalam fasa nak cuba semua benda.
Kebanyakan benda yang dia buat itu memang akan "salah" berbanding "betul."
Tetapi, takkan semua benda kita nak marah?
Contoh, saya pilih nak halang dia main plug sebab paling bahaya.
2) Setiap kali dia mendekati plug saya akan kata:
"No."
Muka tegas.
Intonasi mula2 lembut, kalau dia tak dengar, tinggikan suara sedikit.
Kalau masih tak ikut, naikkan lagi suara.
Kalau dia nangis, pergi dekat dia, boleh pujuk & tenangkan dulu.
TAPI TETAP JANGAN BAGI DIA MAIN PLUG.
4) Lepas dia dah tenang, cakap semula:
"Papa/mama sayang adik, tapi adik tak boleh main plug."
Kalau dia dah biasa buat, dah lama baru kita nak tegur, nanti lagi sukar nak ubah tingkah laku itu.
6) Pasangan pun apply rule yang sama.
Jangan mama tak bagi main, tiba2 papa bagi main.
7) Bila anak sudah tak lagi buat kesalahan itu, banyakkan puji dia.
"Bagus adik tak main plug, mama sayang adik."
"Pandai adik dengar cakap mama."
Maksudnya, banyakkan puji, sayang, cium, peluk, berbanding "no," "tak boleh," "jangan," "kejap papa busy."
Setiap kali dia main plug, setiap kali itu perlu tegur.
Jangan kadang2 tegur, kadang2 biarkan.
Nanti dia keliru. Maka tingkah laku tidak terbentuk.
Contohnya, main dengan makanan.
Orang makan makanan, dia main. Memang nak marah la kan? Haha.
Buat macam tadi. Ulang Step 1 hingga 9.
Tak perlu marah2, pukul2, maki hamun budak.
Kalau nak denda pun, ada caranya.
Semua orang perlu belajar skil urus anak kecil.
Tiada siapa yang dilahirkan serba tahu nak urus tingkah laku anak.
Saya hanya kongsi sedikit pengalaman saya sebagai bapa kepada anak umur 1 tahun dan kaitannya dengan teori psikologi.
Masih banyak perlu belajar dan tak cukup pengalaman lagi nak jadi "pakar."
Mohon tunjuk ajar & nasihat ibu bapa berpengalaman.