Apabila melibatkan pertelingkahan antara DC dan AC, orang akan terus ingat Perang Arus ialah perang idea antara Thomas Edison dan Nikola Tesla.
#UntaianZM
Tak semua bandar dapat bekalan elektrik Edison, jadi Westinghouse pasang penjana di tempat yang tak dapat — telah ada persaingan antara DC & AC.
Sistem AC semakin popular, malah sedikit demi sedikit sistem AC mengambil alih sistem DC yang diliputi oleh syarikat Edison.
Tetapi Edison menolak kerana isu keselamatan.
Edison tak mahu apabila ada apa² terjadi kepada pengguna, akan menimbulkan panik di kalangan orang awam. Dikhuatiri, panik & ketakutan tersebut akan menyebabkan penggunaan elektrik tak dapat diteruskan.
Walaupun Edison tak terlibat secara langsung, dia bagi dana & sediakan makmal untuk Brown supaya eksperimen itu dapat dilakukan & ditayang kepada umum.
Westinghouse mengkritik Brown kerana demontrasi itu menampakkan kelemahan sistem AC.
Awalnya, Thomson ada hubungan diplomatik dengan Westinghouse. Sejak isu keselamatan meningkat, hubungan diplomatik mereka terhenti.
Walaupun Edison sering digambarkan sebagai anti-AC, tetapi sebenarnya Edison okey saja kalau mahu guna sistem AC tetapi voltannya direndahkan.
Walaupun arus DC tewas, bukanlah bermaksud arus ini tidak digunakan lagi pada hari ini. Malah, banyak teknologi hari ini masih menggunakan sistem DC.
Tesla hanya main peranan kecil sahaja dalam perang ini. Bukanlah signifikan seperti yang digembar-gemburkan dan diromantiskan.
Kalau Tesla ada masalah peribadi, dia cuma ada masalah peribadi dengan pengurusan syarikat Edison, bukan Edison sendiri